Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tingkat (kata nama)
Bersinonim dengan paras, lantai;,
Kata Terbitan : tingkat-tingkat, bertingkat-tingkat, meningkat, meningkatkan, tingkatan, peningkatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya ingin mengetahui asal usul perkataan Tetangga. Kata asas ialah tangga. adakah maksudnya satu tangga. Mungkin rumah kampung mengunakan satu tangga untuk jiran bersebelahan. Tolong jelaskan bagi saya.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, tetangga bermaksud orang yang tinggal di sebelah-menyebelah rumah kita atau yangg tinggal berdekatan dgn kita; jiran. 

Tangga pula bermaksud:
 1.Tempat tumpuan kaki yang bertingkat-tingkat utk naik turun rumah dan lain-lain 2. Alat untuk tumpuan memanjat (takuk pada pokok, sigai, dan lain-lain), injak-injak; 3. bahagiĀ­an daripada sesuatu yang bertingkat-tingkat, peringĀ­kat, skala, tingkatan (Kamus Dewan Edisi Keempat) 
Lain-lain14.05.2018
saya mewakili syarikat memerlukan terjemahan sesuai untuk perkataan berikut: - 1) walk-in wardrobe 2) built-in cabinet 3) penthouse 4) perbezaan antara lanai, balkoni dan serambi sekian terima kasihKami cadangkan padanan perkataan walk-in wardrobe ialah almari pakaian terbuka dan built-in cabinet ialah kabinet pasang siap. Padanan penthouse ialah emper. Lanai bermaksud dataran, balkoni bermaksud anjung kecil pada tingkat atas rumah bertingkat dan serambi bermaksud selasar yang panjang (bersambung dengan ibu rumah tetapi biasanya rendah sedikit).Tatabahasa14.06.2012
Salam sejahtera, apakah padanan kata yg sesuai bagi kata "balcony"? Adakah "balkoni" atau "beranda"? Mohon jawapannya. Terima kasih.Terdapat perbezaan makna bagi perkataan "balkoni" dan "beranda". Berikut merupakan definisi untuk perkataan-perkataan tersebut:

BALKONIDefinisi : 1. anjung kecil pd tingkat atas rumah bertingkat (sbg tempat berangin); 2. tempat duduk di tingkat atas pd panggung wayang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

BERANDA: Definisi : 1. ruang terbuka yg berbumbung dan berlantai di bahagian depan atau tepi rumah: kerusi dan meja telah teratur di ~ muka utk menerima tetamu; 2. ark sj bilik dlm perahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Oleh itu, tuan boleh menggunakan perkataan-perkataan ini mengikut kesesuaian.
Penyemakan dan penterjemahan13.10.2019
Salam sejahtera, tuan. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Ali tertarik dengan keindahan di Pulau Redang. Ali terpikat oleh keindahan di Pulau Redang. 2. Banglo yang bertingkat dua itu tersergam indah di atas bukit. 3. Bunga telur ini bukan ditempah daripada Puan Zain tetapi Puan Salimah. 4. Dengan adanya Rakan Cop, masalah jenayah di kawasan ini dapat diatasi. 5. Polis trafik itu menyaman Abang Sudin yang memandu keretanya dengan laju. Terima kasih.

1. Ali tertarik dengan keindahan di Pulau Redang.1">

2. Banglo dua tingkat itu tersergam indah di atas bukit.1">

3. Ayat nombor 3 betul1">

4. Ayat nombor 4 betul
5. Polis trafik itu menyaman Abang Sudin kerana memandu kereta dengan laju.

Tatabahasa19.08.2021

Kembali ke atas