1. bagaimanakah hendak membezakan sesuatu kata dasar yang bermula dengan huruf r adalah digabungkan dengan imbuhan pe-(allomof bg peN-)atau imbuhan per-. contoh 1. peramah 2. peramai 3. peramal 2. bolehkah senaraikan kata-kata dasar yang bermula dengan huruf r yang bergabung dengan imbuhan per-? sekian terima kasih | Awalan pe- mempunyai dua makna; i. orang atau benda yang mengalami perbuatan dalam kata dasar atau keadaan, contohnya petinju (orang yan bertinju), dan ii. oran yang melakukan kerja yan terkandung dalam maksud kata dasar, contohnya paramal (orang yang meramal). untuk maklumat lanjut tentan awalan pe- dan peN- sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halamn 108 - 116 dan rujuk juga Kamus Dewan untuk mendapatkan senarai kata yang bermula dengan huruf R serta kata terbitan daripada kata dasar yang bermula dengan huruf R (kata peramai tidak ada dalam Kamus Dewan). | Tatabahasa | 25.07.2009 |
apakah beza penggunaan 'per' dan 'pe'? | Perbezaan penggunaan awalan peR- dan pe- seperti yang dinyatakan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 114-115 adalah seperti yang berikut: Awalan peR- sebagai penanda alat atau tempat : perasap(tempat membakar kemenyan); perbara(tempat bara api untuk membakar kemenyan). Awalan peR- sebagai penanda makna orang yang melakukan kerja(dengan awalan ber-): perburu(orang yang berburu);pertapa(orang yang bertapa). Awalan pe- sebagai penanda makna orang atau benda yang mengalami perbuatan dalam kata dasar atau keadaan: petinju(orang yang bertinju)petaruh(benda yang dipertaruhkan). Awalan pe-sebagai penanda makna orang yang melakukan kerja yang terkandung dalam maksud kata dasar:pekebun(orang yang berkebun);pekedai(orang yang berkedai). | Tatabahasa | 16.03.2009 |