Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.to.la/] | برتولق

Definisi : 1. berangkat, belayar: kami ~ dgn perahu besar esok paginya; 2. pergi, beralih dr, pergi meninggalkan, berangkat: dia ~ petang ini dr Lapangan Terbang Subang; 3. ber­mula (dgn sesuatu sbg asas), berpunca, ber­pangkal: sistem sosialis ~ drpd pendapat bahawa nasib rakyat hanya boleh dibaiki kalau kerajaan campur tangan dlm ekonomi; definisi pula perlu ~ drpd dua sudut pandangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.to.la/] | برتولق

Definisi : pergi meninggalkan sesuatu tempat; berangkat; berlepas: Ia ~ dr rumah pd pukul 4.00 petang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tolak
Kata Terbitan : bertolak, bertolak-tolak, menolak, tolakan, penolakan, penolak,

Puisi
 

Bertolak dari Kimanis,
     Belayar angin utara;
Berhadapan mulutnya manis,
     Lain belakang lain bicara.


Lihat selanjutnya...(11)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Masalah ini tidak akan selesai jika kamu berdua tidak mahu saling bertolak ansur. MUNSYI, SEKALI LAGI, ADAKAH SALING BERTOLAK ANSUR TIDAK SESUAI DIGUNAKAN KERANA ADA BUKU KATAKAN SALAH. TK MUNSYIFrasa "saling bertolak ansur" adalah tidak gramatis. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kamus dan dapatkan maksud bertolak ansur.Tatabahasa16.04.2012
Adakah perkataaan "bertolak ansur" mempunyai sengkang (-) di tengah-tengah perkataan?Ejaan yang betul ialah bertolak ansur, tidak ada tenda sempang ditengah-tengahnya.Ejaan12.04.2012
1. Salam sejahtera. Apakah persamaan dan perbezaan antara perkataan 'bersama' dengan perkataan 'bersama-sama'? 2. Antara ayat berikut, yang manakah yang betul? i) Kita mestilah bertolak ansur demi kepentingan bersama. ii) Kita mestilah bertolak ansur demi kepentingan bersama-sama.Salam Sejahtera,

Jawapan 1:  Perbezaan dan persamaan perkataan "bersama" dengan perkataan "bersama-sama" menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

bersama 1. = bersama-sama berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit; 2. semuanya sekali, seluruhnya: tempat per­undingan itu harus dipersetujui ~ oleh kedua-dua belah pihak; kedua-dua laki isteri itu pun duduk makan ~ dgn penuh selera; 3. utk sesamanya, utk sekaliannya: harta ~; kemakmuran ~; 4. bh melakukan hubungan jenis, bersetubuh: isteri diwajibkan melayani suami apabila dia mahu ~;

Jawapan 2: Jawapan yang betul ialah
i) Kita mestilah bertolak ansur demi kepentingan bersama.
Tatabahasa11.03.2013
'Awal PAGI KEESOKANNYA, kami bersedia bertolak.' Itulah ayat yang saya baca dalam sebuah buku, tetapi saya juga pernah baca ayat seperti berikut: 'Awal KEESOKAN PAGINYA, kami...' Saya tertanya-tanya sama ada struktur untuk menyatakan masa telah ditentukan atau tidak?'Awal PAGI KEESOKANNYA, kami bersedia bertolak. - ayat ini betul kerana kerana yang awal ialah pagi (awal pagi) bukan keesokan.Tatabahasa09.07.2010
Apakah kesalahan istilah dan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam ayat berikut: 1. Hanya dua buah pesawat sahaja yang akan bertolak ke Tokyo di hari ini setelah ditunda selama dua hari ekoran rusuhan di Lapangan Terbang Bangkok.1. Hanya dua buah pesawat sahaja yang akan bertolak ke Tokyo pada hari ini setelah ditunda selama dua hari ekoran rusuhan di Lapangan Terbang Bangkok.Lain-lain29.10.2009
nilai bekerjasama atau nilai kerjasama, mana satu yang betul? tempat letak kereta atau tempat meletak kereta? nilai kerajinan atau nilai rajin? sifat kerajinan atau sifat rajin? nilai bertolak ansur atau nilai tolak ansur?

Yang betul ialah nilai bekerjasama, tempat meletak kereta, nilai kerajinan, dan nilai bertolak ansur. Bagi sifat pula yang betul ialah sifat rajin.

Tatabahasa14.04.2010
Apakah kesalahan istilah dan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam ayat berikut: 1. Hanya dua buah pesawat sahaja yang akan bertolak ke Tokyo di hari ini setelah ditunda selama dua hari ekoran rusuhan di Lapangan Terbang Bangkok. 2. Beberapa kawasan-kawasan yang dilimpahi banjir di negeri Pahang akan dimajukan sebagai kawasan pertanian dan ternakan ikan air tawar.

1. Hanya dua buah pesawat sahaja yang akan bertolak ke Tokyo pada hari ini setelah ditunda selama dua hari ekoran rusuhan di Lapangan Terbang Bangkok.

 
2. Beberapa kawasan yang dilimpahi banjir di negeri Pahang akan dimajukan sebagai kawasan pertanian dan ternakan ikan air tawar.

Tatabahasa29.10.2009
Saya Cikgu Ng dari SJK Chung Hua No.4. Saya mempunyai satu persoalan tentang kata ganti nama diri. soalan : Perpaduan antara penduduk berbilang kaum dapat diwujudkan jika __________ bertolak ansur. A. kita B. mereka C. dia D. kalian Terima kasih atas kemuliaan tuan.

Perpaduan antara penduduk berbilang kaum dapat diwujudkan jika mereka bertolak ansur. - kata ganti nama diri ketiga yang menunjukkan ramai.

Tatabahasa07.05.2010
1) lepas makan boleh kita bertolak pulang ke kampung 2) tiada seorang pun yang akan lepas daripada hukuman 3) budak perempuan itu selalu cakap lepas 4) baju yang baru dibeli itu tidak lepas kerana kakak terlalu tinggi. betul atau tidak penggunaan kata lepas dlm ayat di atas...Ayat yang betul ialah ayat pertama, kedua dan ketiga.Tatabahasa21.08.2013
Mana pilihan yang sesuai Para penonton (berasak-asak atau berduyung-duyung)ke Stadium Shah Alam untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan SelangorMenurut Kamus Dewan Edisi ke-4, berasak-asak bermaksud  berhimpit-himpit dan bertolak-tolakan, berdesak(-desak), manakala berduyun-duyun (bukan berduyung-duyung) pula bermaksud beramai-ramai dan tidak putus-putus, berbondong-bondong (datang, pergi dan sebagainya). Oleh itu dalam contoh ayat di atas, kedua-dua perkataan berasak-asak dan berduyun-duyun boleh digunakan dengan membawa maksud yang berbeza.Makna09.02.2009
12

Kembali ke atas