Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tuah (kata nama)
Bersinonim dengan untung, nasib, rahmat, rezeki, berkat, anugerah, limpahan, habuan, ganjaran, balasan, durian runtuh;,
Kata Terbitan : bertuah, menuahi, menuahkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nama saya Sunee kasem saya. innginkan bertanya apakah makna bertuah terima kasihBertuah bermaksud:

1. Mempunyai tuah, bernasib baik, berbahagia, beruntung.
2. Mendatangkan tuah, berhikmat, sakti.
3. Ketulahan, terpesona (ark-kuno)
Makna28.10.2015
Nama saya Nureeta Yayor. Saya ingin bertanya apakah makna Bertuah Terima kasih.Bertuah bermaksud:

1. Mempunyai tuah, bernasib baik, berbahagia, beruntung.
2. Mendatangkan tuah, berhikmat, sakti.
3. Ketulahan, terpesona (ark-kuno)
Makna28.10.2015
Adakah ayat dalam Bahasa Melayu sama maksud dengan ayat tulisan Jawi? Gollll! Menangi hadiah eksklusif ini dengan Pakej Advance MaxCheck! * Tertakluk pada Terma & Syarat. Satu (1) cabutan bertuah bagi setiap pembelian pakej Advance MaxCheck. Tawaran sah sementara stok masih ada. Gوللل مآناgي هادياه آكسكلوسيف يني دآنgان باكآج ادفانثآ ماخشآثك! طآرتاكلوك بادا تآرما دان سيارات. صاتو (أ) ثابوتان بآرتواه باgي سآتياب بآمبآليان باكآج ادفانثآ ماخشآثك. طاواران ساه سآمتارا ستوثك ماسيه اداLihat Lampiran.Ejaan31.03.2014
1. Apakah yang mesti ada dalam ayat pasif tak transitif? 2. Adakah ayat di bawah ini betul? a. Norisah telah diisytiharkan sebagai olahragawati sekolahnya. b. Setiap tetamu yang hadir akan diberikan kupon untuk cabutan bertuah.1. Untuk melihat ciri-ciri ayat pasif tak transitif seperti contoh ayat yang tuan berikan, boleh merujuk ayat pasif kata ganti nama diri ketiga yang ditandai dengan kata kerja apitan di-...-kan. 
2. Kedua-dua ayat yang diberikan itu betul.
Tatabahasa11.03.2015
Selamat Pagi,Tuan/Puan. Apakah kesalahan bahasa dalam beberapa ayat yang di bawah? 1.Berbeza keadaannya dengan kita di negara bertuah ini, walaupun merasai nikmat keamanan dan kesejahteraan, namun kita sebenarnya menghadapi serangan musuh Islam. 2.Jika kita tidak mempertahankan cara pemikiran Islam, maka aliran pemikiran yang terpesong mudah mempengaruhi kita. 3.Ia semakin mempengaruhi umat Islam sehinggakan tidak lagi berkesempatan untuk berfikir amal baik apakah yang perlu dipersiapkan untuk hari esok. 4.Justeru, marilah kita bulatkan tekad, beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan Rasul, berusaha mempersiapkan bekalan amalan baik dengan ibadah sebanyak-banyaknya di samping ikhlas mengabdikan diri kepada Allah SWT. 5.Setiap kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk berjihad mempertahankan kesucian Islam di negara ini. 6.MUSLIM tidak hanya dianjurkan memerhatikan hubungan vertikalnya dengan Allah SWT, sebaliknya perlu menjaga hubungan horizontal dalam konteks hidup bermasyarakat. 7.Keperluan memelihara lidah daripada menyakiti saudaranya juga sangat penting hingga Imam al-Ghazali memperuntukkan satu bab dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin.
  1. Berbeza keadaannya dengan kita di negara bertuah ini, walaupun merasai nikmat keamanan dan kesejahteraan, namun kita sebenarnya menghadapi serangan musuh Islam.
  2. Jika kita tidak mempertahankan cara pemikiran Islam, maka aliran pemikiran yang terpesong mudah mempengaruhi kita.
  3. Ia semakin mempengaruhi umat Islam sehinggakan tidak lagi berkesempatan untuk berfikir amal baik yang perlu dipersiapkan untuk hari esok.
  4. Selain itu, marilah kita bulatkan tekad, beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan Rasul, berusaha mempersiapkan bekalan amalan baik dengan ibadah sebanyak-banyaknya di samping ikhlas mengabdikan diri kepada Allah SWT.
  5. Setiap kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk berjihad mempertahankan kesucian Islam di negara ini.
  6. Orang Muslim tidak hanya dianjurkan memerhatikan hubungan vertikalnya dengan Allah SWT, sebaliknya perlu menjaga hubungan horizontal dalam konteks hidup bermasyarakat.
  7. Keperluan memelihara lidah daripada menyakiti saudaranya juga sangat penting hingga Imam al-Ghazali memperuntukkan satu bab dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin.

Tatabahasa01.07.2021
Salam sejahtera. "Daulat Bahasa Malaysia" bolehkah digunakan untuk tajuk buku kerja bahasa Melayu? Adakah perkataan Daulat dikursuskan penggunaannya? Sekian, terima kasihMenurut Kamus Dewan Edisi Empat, daulat bermaksud 1. bahagia, kebahagiaan (kepada raja-raja yang memerintah); 2. ya, benar (digunakan ketika menyambut titah raja dsb); 3. kuasa (raja, kerajaan); 4. ark tulah; ditimpa ~ kena tulah (raja); ~ dirgahayu mudah-mudah­an berbahagia dan lanjut usia; ~ tuanku a) benar tuanku, ya tuanku; b) berbahagialah tuanku;
 
Manakala berdaulat 1. bertuah, berbahagia; 2. mem­punyai kuasa (yang tertinggi): raja yang ~; 3. (merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuh­nya di atas urusan atau pemerintahan sendiri: negara yang merdeka dan ~; 4. mempunyai kedudukan yang tinggi dan berkuasa, berwibawa: bahasa Melayu dapat menjadi bahasa yang ~ di negeri kita, bukan bahasa Inggeris atau bahasa asing yang lain;

Berdasarkan takrifan tersebut, perkataan daulat boleh digunakan dalam tajuk buku "Daulat bahasa Melayu".
Tatabahasa31.10.2013
1)Mak Eton menggelek adunan kuih itu sehingga sebati.2)Sesiapa yang ditawarkan sebagai model barangan tersebut sungguh bertuaah kerana akan menikmati pendapatan yang lumayan.(ADA SALAH TAK?)

Saudara Ho,

Kedua-dua ayat yang dikemukakan betul dari aspek tatabahasanya, namun untuk ayat yang kedua lebih gramatis jika
'Sesiapa yang ditawarkan sebagai model barangan tersebut sungguh bertuah, kerana akan menikmati pendapatan  lumayan.'

Tatabahasa03.10.2012
Maksud lansungLangsung bermaksud 1. tidak berhenti-henti (perbuatan dll), tidak berantara, lantas, terus: aku pun mengambil sebuah majalah Inggeris ~ membelinya; dr jauh menjunjung duli, sudah dekat ~ menyembah; 2. kekal (utk beberapa waktu), selama-lamanya, terus: aku fikir kalau engkau dan aku benci padanya, tentu dia tak pulang ~; 3. sedikit pun, sama sekali: anak bertuah ini, ~ tak boleh menolong orang; kadang-kadang ada bahagian untuknya, kadang-kadang tidak ada ~; 4. tidak menyimpang atau menyeleweng, tepat, terus: dlm menghadapi kesulitan ini, secara ~ atau tidak, hendaklah kita memberikan sumbangan dgn tidak mengharapkan pujian dan sanjungan; 5. tidak tergendala (pekerjaan dll), diteruskan, jadi: kedua-dua orang muda itu mempunyai harapan supaya pertunangan mereka itu boleh ~; ada orang yg sakit hati kalau perkahwinan itu jadi ~; 6. terlebih drpd matlamat (tujuan, sasaran, dll): ~ dr sasaran; Lain-lain04.08.2010
Soalan 1 Bolehkah penggunaan kata bantu aspek seperti 'belum' dan 'pernah' hadir bersama-sama dalam satu ayat?Contohnya Saya belum pernah datang ke sini. Sekiranya penggunaan tersebut dibolehkan,apakah sebabnya Soalan 2 Bagaimana pula dengan penggunaan perkataan 'lagipun' Adakah perkataan ini boleh ditulis dalam ayat? Terima kasih

1. Dalam bahasa Melayu, kata bantu boleh hadir secara berderetan lebih daripada satu dalam ayat, iaitu sebelum kata kerja. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 473.

2. Berdasarkan Kamus Dewan, perkataan lagipun boleh digunakan yang bermaksud lagi pula.Contoh ayat: tidaklah berani orang Kemboja melawan ayam Raja Chulan sebab ayamnya sangat bertuah konon, lagipun taruhnya terlalu besar.

  

Tatabahasa16.04.2010
Apakah perbezaan di antara salinan dokumen dan cabutan dokumen? Contoh salinan sijil nikah dan cabutan sijil nikah.Menurut data kami, salinan ialah 1. turunan (surat dan lain-lain), halaman atau lembaran yang bukan asal, tetapi sama setiap butirannya dengan yang asal: hanya ~-~ sijil sahaja yang perlu dihantar; 2. terjemahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat) manakala cabutan bermaksud 1. apa yang (sudah) dicabut, diambil daripada sesuatu; ~ bertuah undian yang dibuat dengan mencabut keratan kertas bernombor secara rambang yang menawarkan hadiah tertentu; 2. petikan (daripada karangan dan sebagainya); (Kamus Dewan Edisi Keempat). Sehungan dengan itu, rangkai kata yang sesuai ialah salinan sijil nikah.Makna27.12.2018
12

Kembali ke atas