Bolehkah anda tolong saya mencari kesalahan dalam ayat berikut: Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan,tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik daripada seorang pemuda lagi. | Soalan: Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan,tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik daripada seorang pemuda lagi. Jawapan: Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sepadan,tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik daripada seorang pemuda lagi. | Tatabahasa | 06.10.2014 |
1)Nenek kebayan sering digambarkan sebagai seorang perempuan tua yang bertongkat dan bertubuh senget.2)Adik mengejar ayah yang baru balik dari kerja kerana terdapat onde-onde di tangannya. Tolng betulkan.Terima kasih. | 1. Nenek kebayan sering digambarkan sebagai seorang perempuan tua yang bertongkat dan bertubuh bongkok. 2. Adik mengejar ayah yang baru balik daripada bekerja kerana terdapat onde-onde di tangannya. | Tatabahasa | 08.07.2012 |
Salam sejahtera tuan, saya ada beberapa pertanyaan. Adakah ayat-ayat berikut betul? 1. Sungguhpun adik bertubuh kecil, dia terangkat meja yang besar itu sehingga banyak orang memujinya. 2. Walaupun cuaca panas, pesawah-pesawah itu terus membanting tulang empat kerat mereka. 3. Abang Mimi seorang yang sangat pendiam manakala/tetapi Mimi seorang yang sangat peramah. 4. Dalam Sejarah Melayu, Bat dikatakan keluar dari muntah lembu. 5. Pagi-pagi lagi ibu sudah pergi ke pasar bersama-sama ayah. Terima kasih. | Ayat No. 1, 2, 3, dan 5 yang diberikan adalah betul. Manakala ayat yang betul bagi No. 4 adalah seperti yang berikut: Dalam Sejarah Melayu, Bat dikatakan keluar daripada muntah lembu. | Tatabahasa | 27.06.2021 |
Salam, apakah istilah bahasa melayu untuk beaver jika otter ialah memerang? terima kasih. | Dalam pangkalan data Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP, perkataan otter memang merujuk memerang manakala perkataan beaver dengan istilah sumbernya iaitu Castor Canadensis bermaksud Roden semiakuatik genus Castor bertubuh besar yang berselaput di antara jari kaki belakang dan ekor leper yang lebar untuk membina benteng dan sarang dalam air. | Lain-lain | 02.08.2017 |