Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tu.kar] | برتوکر

Definisi : ; ~ barang bertukar barang dgn barang (dlm perdagangan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tu.kar] | برتوکر

Definisi : 1. memberi dan menerima ganti­nya, saling memberi: kedua-dua lelaki ber­jabat tangan, sedang kedua-dua perempuan ~ sapa; 2. berubah kpd bentuk (rupa dll) yg lain: mukanya yg jernih tadi tiba-tiba ~ menjadi muram; ~ dr yg sudah-sudah ber­lainan (berubah) dr yg sudah-sudah; 3. ber­ganti dgn yg lain, bersalin (pakaian dll), bersilih (kulit, bulu, dll): timbanya yg dibuat drpd upih itu empat hari sekali ~; 4. berpindah dr suatu tempat ke tempat yg lain (dr kereta ke kereta yg lain dll): dia sekarang sudah ~ ke Ipoh (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tu.kar] | برتوکر

Definisi : 1 memberikan ganti kpd apa-apa yg diterima; saling mem­beri: Mereka ~ hadiah. 2 berubah menjadi rupa atau bentuk yg lain: Cuaca pun ~ drpd panas terik menjadi sejuk. 3 berganti dgn yg lain; bersalin (pakaian dll): Aku hendak ~ pakaian. 4 berpindah ke tempat atau ke rumah lain: Ayahnya sudah ~ ke Kuala Pilah. ~ fikiran a. berbincang; berbahas. b. berubah pen­­dapat atau berubah fikiran. c. gila. ~ haluan berubah arah. ~ kulit bersalin kulit drpd yg lama kpd yg baru. ~ tangan menjadi milik atau hak orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Hari Rejab bulan Syaaban,
     Tidak hari bertukar tahun;
Jikalah sekejap rasa sebulan,
     Tidakkah sehari rasa setahun?


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Bertukar beruk dengan cigak,
     mengimbuh dengan kera.

Bermaksud :

Yang lama sama dengan yang baru. cigak = kera; imbuh = tambahan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
pindah

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud pindah ialah bertukar tempat (kediaman, kerja, dll); ~ milik bertukar pemilik atau tuan punya; ~-randah selalu bertukar tempat (kediaman, dll); ~ tangan bertukar tuan (barang, harta benda, dll); tujuh kali ~ jadi papa = orang pindah-pindahan bertanam tak boleh dimakan prb pekerjaan yg tiada tetap akan merugikan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau layari laman web DBP.

Makna24.01.2010
Salam. Adakah ayat ini betul? "Mengapa bertukar kepada LED?" atau "Mengapa bertukar ke LED?" (terjemahan daripada ayat - Why switch to LED?) Terima kasih.Laras iklan yang baik "Mengapa bertukar kepada LED?".Tatabahasa25.09.2012
soalan 1(a) Saintis mencipta kereta yang boleh bertukar warna. 1(b) Saintis mencipta kereta yang dapat bertukar warna. ayat yang manakah lebih tepat dan betul?Ayat yang tepat ialah "Saintis mencipta kereta yang boleh bertukar warna'.Tatabahasa12.08.2009
pertukaran atau penukaran ?Pertukaran ialah perbuatan atau hal bertukar, per­gantian, perubahan, dsb bertukar-tukar(melibatkan sesuatu yang baru). Contoh ayat, pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan ia sakit. Penukaran pula ialah perbuatan (hal dsb) me­nukar atau menukarkan. Contoh ayat, penukaran permata asli dgn permata palsu itu dibuat secara sulit.Makna03.02.2010
Salam sejahtera. "Negara A menukar / menukarkan / bertukar nama negara menjadi / kepada Negara B." Apakah kata kerja dan kata sendi nama yang sesuai bagi ayat di atas? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Negara A menukarkan namanya kepada Negara B" atau "Negara A bertukar nama menjadi Negara B." Kata kerja yang sesuai bagi ayat pertama ialah menukarkan manakala ayat kedua ialah bertukar nama. Kata sendi nama yang sesuai bagi ayat pertama ialah kepada.Tatabahasa21.03.2007
Salam sejahtera, 1. Apakah perbezaan antara perkataan klasifikasi. kategori dan jenis? Bolehkan ia digunakan secara bertukar ganti? 2. Apakah padanan yang sesuai untuk frasa 'degree of individualization'? 3.Adakah kendiri dan berdikari membawa maksud yang sama?. Bolehkah ia digunakan secara bertukar ganti? Terima Kasih.

Kasifikasi: 1. penyusunan mengikut kelas; 2. susunan sistematik ke dlm kumpulan menurut kriteria yg ditetapkan.

Kategori: 1. bahagian dlm sesuatu sistem klasifikasi, kumpulan (golongan dsb) besar berdasarkan ciri-ciri tertentu: majalah ini boleh digolongkan dlm ~ majalah peng guna; 2. asas atau dasar sesuatu pengertian (dlm falsafah);

Jenis: golongan benda (binatang, tumbuh-tumbuhan, dll) yg mempunyai sifat-sifat yg sama, bangsa.

Kata tersebut tidak boleh digunakan secara bertukar ganti sewenang-wenangnya. 

Padanan untuk frasa 'degree of individualization' tiada dalam rekod kami. Mungkin "Darjah keperibadian" boleh digunakan.

Kendiri bermaksud sendiri dan berdikari bermaksud berdiri atas kaki sendiri. Kata tersebut juga tidak boleh digunakan secara bertukar ganti sewenang-wenangnya. 

Makna01.07.2009
Apakan kata sendi yang sesuai di dalam ayat ini? "Status Fatimah bertukar dari/daripada golongan bangsawan ke/kepada/hingga seorang wanita yang kehilangan kampung halaman." Terima kasih.Status Fatimah bertukar daripada golongan bangsawan kepada seorang wanita yang kehilangan kampung halaman.Tatabahasa04.03.2007
1)Aktiviti berkumpulan dapat menyemai semangat kekitaan,saling berinteraksi secara berhemah dan bertukar pendapat dalam menyelesaikan masalah.2)Kemerdekaan yang dikecapi oleh Malaysia bukan atas dasar tentera kuat tetapi atas dasar perundingan.3)Kami terpesona apabila melihat kebolehan Pak Cik Jalil menganyam serawan jala dalam masa yang singkat.(TOLONG BETULKAN.TERIMA KASIH)1) Aktiviti berkumpulan dapat menyemai semangat kekitaan, saling berinteraksi dan bertukar pendapat dalam menyelesaikan masalah.
2) Kemerdekaan yang dikecapi oleh Malaysia bukan atas dasar kekuatan tentera tetapi atas dasar perundingan.
3) Kami terpesona melihat kebolehan Pak Cik Jalil menganyam serawan jala dalam masa yang singkat.
Tatabahasa16.09.2012
kenapa bahasa melayu bertukar menjadi bahasa malaysia?Dalam akhbar bertarikh 5 Jun 2007, Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kabinet memutuskan untuk menukar istilah bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia dalam semua bidang dengan alasan untuk tujuan perpaduan.Lain-lain05.04.2009
"Saintis mencipta kereta yang (boleh / dapat) bertukar warna." Dalam konteks ini, yang manakah lebih sesuai digunakan? Tolong berikan sebabnya.Kedua-duanya boleh digunakan kerana salah satu makna 'boleh' juga 'dapat'.Lain-lain11.08.2009
12345678910...

Kembali ke atas