maksud perbincangan? | Merujuk Kamus Dewan perbincangann ialah perihal bertukar-tukar pendapat antara satu dgn yg lain mengenai sesuatu perkara yg penting. | Makna | 10.02.2008 |
Adakah ayat di bawah ini betul? Selain itu, melalui persatuan ini, pelajar dapat bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran masing-masing. | Ayat yang diberikan adalah betul. | Tatabahasa | 05.04.2020 |
pertukaran atau penukaran ? | Pertukaran ialah perbuatan atau hal bertukar, pergantian, perubahan, dsb bertukar-tukar(melibatkan sesuatu yang baru). Contoh ayat, pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan ia sakit. Penukaran pula ialah perbuatan (hal dsb) menukar atau menukarkan. Contoh ayat, penukaran permata asli dgn permata palsu itu dibuat secara sulit. | Makna | 03.02.2010 |
1- Adakah bahasa melayu dan bahasa indonesia disifatkan merupakan bahasa yang sama di peringkat antarabangsa? 2- Bagaimanakah cara terselamat untuk bertutur bahasa melayu/indonesia tanpa menyisihkan warga asing yang hanya belajar antara bahasa melayu atau bahasa indonesia sahaja? 3-Bolehkah kita bertukar-tukar istilah antara bahasa melayu dan bahasa indonesia selagi istilah tersebut mempunyai rekod didalam kamu dbp? Kerana, industri yang menekankan pasaran seperti muzik telah menerima pakai perkataan indonesia seperti coba, meski, ujung, dll. Terima kasih. | 1. Bahasa Melayu dan bahasa Indonesia termasuk dalam kumpulan bahasa Nusantara. 2. Tidak timbul isu menyisihkan warga asing yang hanya belajar dalam bahasa Melayu atau bahasa Indonesia kerana kedua-duanya serumpun. 3. Dalam pembentukan istilah, telah ditubuhkan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) menjadi tapak langsung kerjasama kebahasaan pada peringkat ASEAN, khasnya dalam bidang penyelarasan peristilahan antara ketiga-tiga negara. Tidak ada konsep ‘bertukar-tukar istilah’ sebaliknya penyelarasan istilah diputuskan oleh MABBIM ini.
| Penyelidikan | 26.02.2017 |
Salam DBP. Pertukaran ATAU penukaran pendapat ? Dan, apakah perbezaan antara mrk. TKasih | Yang betul ialah pertukaran pendapat, iaitu perihal bertukar (mempertukarkan), pergantian, perubahan, perbuatan, dan sebagainya bertukar-tukar (pendapat dan sebagainya); manakala penukaran bermaksud perihal menukarkan (mengubahkan, memindahkan, menggantikan, dan lain-lain), seperti penukaran cenderamata.
| Tatabahasa | 09.07.2021 |
apakah maksud wadah paling berkesan? | wadah 1. Jw bekas (tempat) utk mengisi atau diisi sesuatu; 2. alat, asas, medan, saluran (utk melakukan atau menyampaikan sesuatu): pihak penganjur berharap seminar sedemikian akan menjadi ~ utk para pendidik bahasa dan sastera Melayu bertukar-tukar pendapat; ada orang melihatnya berfungsi sbg ~ pengiklanan, medan propaganda, suatu saluran utk menyampaikan informasi, dan bermacam-macam lagi , mungkin makna yang saudara maksudkan maksud yang kedua, iaitu sebagai asas/alat/medan yang paling berkesan. | Makna | 16.10.2007 |
Assalamualaikum. Terlebih dahulu, terima kasih atas semua jawapan daripada pertanyaan saya sebelum ini. Soalan: Apakah perbedaan antara: 1. Seminar 2. Wacana 3. Diskusi 4. Konvensyen 5. Forum dan istilah-istilah yang sepertinya? Terima kasih. | 1. Seminar bermkasud perjumpaan utk berbincang atau bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu. 2. Wacana pula ialah keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; 3. kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan. 3. Diskusi bermaksud perbincangan mengenai sesuatu hal. 4. Konvensyen ialah persidangan ahli-ahli pertubuhan politik (perniagaan dll) utk membincangkan sesuatu perkara: beberapa perkara mengenai rangka perlembagaan itu akan dibincangkan dlm ~ yg akan diadakan; 2. perjanjian antarabangsa . 5. Forum bermaksud perjumpaan utk perbincangan terbuka tentang perkara yg menjadi kepentingan awam: Berita Harian akan menganjurkan sebuah majlis ~ dlm bahasa Kebangsaan; 2. perantaraan utk perbincangan terbuka, mis majalah; 3. tempat perjumpaan umum utk perbincangan terbuka. Tuan boleh merujuk atau melayari prpm.dbp.gov.my untuk carian perkataan lain. | Makna | 22.10.2013 |
Assalamualaikum Saya ingin mendapatkan makna dan definisi dari segi bahasa yang tepat makna perkataan KURSUS. Ini adalah kerana saya terlibat dalam pengajaran dewasa dan koperator bertanyakan kepada saya maksud yang betul perkataan KURSUS ini. Ini juga kerana ada tafsiran yang menyatakan kursus termasuk seminar, bengkel dan sebagainya .. jadi saya nak tahu apakah perbezaan maksud yang membezakan kursus, seminar, bengkel dan sebagainya. Ini adalah penting kerana koperator ingin meletakkan maksud ini ke dalam tafsiran Undang-undang Kecil koperasi mereka. kerjasama diucapkan ribuan terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna: Kursus - pelajaran mengenai sesuatu perkara (kepandaian, pengetahuan, dsb) yg diberikan dlm jangka masa yg agak singkat: ~ penerbitan buku selama seminggu; ~ tiga bulan dlm bidang pentadbiran. Seminar - perjumpaan utk berbincang atau bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu: pd tahun lepas, ia telah pergi menghadiri ~ utk membincangkan kedudukan kaum wanita. Bengkel - mesyuarat (perbincangan dsb) secara berkelompok utk mengkaji sesuatu atau bertukar-tukar pendapat (idea dsb) tentang sesuatu: ~ penulisan cerita kanak-kanak. Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari prpm.dbp.gov.my/ dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Istilah | 09.07.2010 |
1. Bila perlu guna perkataan penukaran dan pertukaran 2. Ejaan pengwujudan yang betul | 1. Penggunaan setiap kata perlu bersesuaian dengan maksudnya; penukaran merujuk perihal menukarkan (mengubahkan, memindahkan, menggantikan, dan lain-lain), contohnya: diadakan penukaran tandatangan sebagai cenderamata; manakala pertukaran merujuk perihal bertukar (mempertukarkan), pergantian, perubahan, perbuatan, bertukar-tukar pendapat dan sebagainya, contohnya: sebagaimana mata pelajaran lain, pelajaran senaman juga menghendaki pertukaran dari satu jenis ke satu jenis yang lain. 2. Ejaan yang betul ialah pewujudan. | Tatabahasa | 14.01.2011 |
Saya pelajar university fatoni mahu bertanya tentang makna dalam bahasa melayu,pekataan komunikasi. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, komunikasi membawa maksud perhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll); ~ massa komunikasi atau perhubungan dgn atau yg sampai kpd orang ramai amnya; berkomunikasi berhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll), mengadakan perhubungan (bercakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat, dll): bahasa ialah alat utk ~ dan alat utk berfikir dan melahirkan buah fikiran; mengkomunikasikan menyebarkan atau menyampaikan maklumat (berita, dll) melalui saluran komunikasi: muzium di Amerika Syarikat menghubungi sekolah utk ~ pengajaran yg diberikan. | Makna | 12.04.2015 |