1. Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia SJKC Peringkat Daerah Klang Zon Selatan 2.Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia SJKC Daerah Klang Zon Selatan 3.Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia SJKC Zon Selatan Daerah Klang Antara tiga ayat di atas , yang mana satu betul ? Terima kasih. | Ayat yang paling tepat ialah "Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia SJKC Zon Selatan Daerah Klang", jika zon selatan tersebut dalam daerah Klang. | Tatabahasa | 16.06.2011 |
apakah pengertian filologi dari sudut sastera | Secara umum, filologi bermaksud kajian saintifik terhadap bahasa dan kesusasteraan. Dalam pengertian yang lebih khusus filologi ialah ilmu pengkajian naskhah yang bercetak atau bertulis tangan. Kajian ini meliputi semua bahan bertulis atau bahan kesusasteraan untuk dihubungankan dengan konteks kebudayaan dan masyarakat pada masa naskhah itu ditulis. Kajian yang dilakukan tidak sahaja terbatas pada naskhah lama tetapi meliputi juga naskhah semasa. | Lain-lain | 04.09.2008 |
prasasti perakam bahasa melayu bertulis.benar atau tidak?apakah bukti-buktinya? | Saudara boleh rujuk bahan-bahan berkaitan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau pusat bahasa di IPTA/IPTS. | Lain-lain | 22.10.2009 |
bahasa melayu komunikasi-komunikasi bertulis | Bahasa Melayu telah menjadi bahasa persuratan sejak zaman Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15 Masihi. Banyak kitab agama dan hikayat tersohor telah ditulis oleh pembesar Melayu. Selain, dalam persuratan, bahasa Melayu pada zaman itu juga telah dijadikan bahasa pentadbiran, perniagaan dan bahasa komunikasi sosial. Hingga sekarang, bahasa Melayu tetap menjadi media komunikasi dalam semua aspek kehidupan masyarakat di negara ini. Dalam konteks bahasa Melayu komunikasi sama ada secara lisan ataupun tulisan, penggunaan bahasa Melayu adalah berkaitan dengan aspek tatabahasa yang betul, laras yang sesuai, santun, dan mudah difahami. Dalam bidang penulisan, penulis mestilah seseorang yang mempunyai pengetahuan bahasa Melayu yang tinggi dan menguasai bidangnya apabila menggunakan bahasa Melayu terutama dari segi istilah dan laras. | Lain-lain | 09.02.2008 |
penggunaan perkataan dan angka. Contoh: '....memberi tiga puluh (30) hari notis bertulis' Pertanyaan saya, perlu guna kedua-duanya atau guna salah satu. Jika guna perkataan 'tiga puluh' tak perlu lagi letak angka dalam kurungan. | Puan, Kedua-duanya boleh digunakan. Penggunaan angka adalah untuk memperjelas maksud yang hendak disampaikan. | Ejaan | 03.09.2010 |
SAYA INGINKAN KEPASTIAN TENTANG ISTILAH 'BAHASA MALAYSIA'. DARI MANAKAH BOLEH SAYA DAPATKAN ARAHAN BERTULIS ( CONTOHNYA PEKELILING ATAU DASAR ) TENTANG PERTUKARAN PENGGUNAAN ISTILAH BAHASA MELAYU KE BAHASA MALAYSIA DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DI SEKOLAH? TERIMA KASIH | Dalam Perlembagaan istilah bahasa Melayu digunakan, namun pada bulan Jun 2007 kebinet telah mengeluarkan arahan bahawa istilah bahasa Malaysia hendaklah digunakan dalam semua urusan apabila merujuk penggunaan Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Melayu. Dalam hal yang saudara nyatakan ini, kami sarankan saudara merujuk Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 12.05.2010 |
BAGAIMANAKAH PENGUNAAN ANDA?. BOLEHKAH DIGUNAKAN SECARA LANGSUNG DALAM MAJLIS YANG RAMAI ATAU DALAM IKLAN ATAU BERTULIS SAHAJA? | Anda ialah kata ganti nama diri kedua yang tidak membezakan taraf, tingkat dan umur. Dalam majlis, perkataan anda jarang-jarang dugunakan kerana hadirin terdiri daripada pelbagai traf, tingkat dan umur yang melibatkan kesantunan berbahasa. Walau bagaimanapun, perkataan anda kerap digunakan dalam iklan. | Lain-lain | 24.07.2012 |
Saya terbaca di dalam buku teks Bahasa Melayu "Mekar" terbitan Kementerian Pendidikan Singapura mengenai ayat yang bertulis "Buku itu saya baca" Ada ibu bapa yang mengatakan ayat itu songsang.Sepatutnya, "Saya baca buku itu." Harap pihak tuan dapat jelaskan tentang kedudukan ayat tersebut. Sekian. Terima kasih | Dalam buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga ayat Buku itu saya baca menjadi contoh ayat pasif yang terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif Saya baca buku itu, sila rujuk halaman 484. | Tatabahasa | 03.02.2010 |
Apakah konsep sastera mengikut DBP? | Konsep kesusasteraan terlalu luas. Secara umumnya kesusasteraan ialah karya bertulis atau lisan yang dihasilkan dalam bentuk prosa atau puisi oleh sesebuah peradaban atau masyarakat. Kesusasteraan mengandungi nilai keindahan, kemanusiaan, falsafah, intelektual, emosi, unsur kerohanian, dan sebagainya yang digarap melalui bahasa. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang kesusasteraan, saudara dicadangkan supaya merujuk buku yang berikut , iaitu Citra Sastera oleh Sohaimi Abdul Aziz (DBP,2008), Konsep dan Pendekatan Sastera oleh Hamzah Hamdani (penyelenggara) (DBP,1988), Glosari Istilah Kesusasteraan (DBP,1988) dan Kamus Dewan Edisi Keempat (DBP,2007). | Lain-lain | 11.04.2008 |
Saya berminat untuk menjadi editor/penyunting bahan-bahan keluaran DBP. Bagaimana caranya? | Sdr. boleh mengemukakan permohonan bertulis kepada: Pengarah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KUALA LUMPUR. Sila sertakan juga maklumat mengenai diri Sdr. untuk penelitian pihak kami. | Lain-lain | 28.04.2010 |