Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tum.bu/] | برتومبوق

Definisi : 1. saling meninju (antara dua orang yg berkelahi dll), bergocoh, bertinju: mereka berpandangan spt ingin ~; 2. yg ditumbuk (tidak digiling atau dikisar): raja China tiada makan beras ~ sampai seka­rang; 3. berlanggar atau berlaga (dgn), bertub­ruk­an (dgn): hampir ~ hidungnya dgn Leman; 4. terlanggar atau terbentur (pd): lututnya ~ dgn kaki meja; 5. bertemu (dgn), terjumpa (dgn): suatu hari nanti dia akan ~ dgn beberapa kesulitan yg akan menyusah­kan dirinya; 6. bertembung (dgn), bertaut (dgn), bersambung (dgn): tiba-tiba ~lah pan­dangannya dgn pandangan Tuan Direktor yg telah berdiri di pintu; 7. berbetulan dgn (waktunya), bertepatan dgn, bersamaan dgn; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tumbuk
Kata Terbitan : bertumbuk, menumbuk, tumbukan, penumbuk,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salamualaikum.. saya ada 2 soalan, pertama, apakah fungsi kata apitan 'ber'? contohnya; saya bermain bola sepak. apakah penerangan sebaiknya untuk diterangkan dan seerti dalam bahasa inggeris. untuk lebih memahami soalan saya ini. saya lanjutkan dengan contoh lain seperti' saya sedang bermain bola sepak'. penggunaan sedang menunjukkan 'masa sekarang@kini' dan seerti dalam bahasa inggeris adalah present tense. soalan kedua ialah apakah buku yang sesuai terdapat di pasaran untuk digunakan sebagai rujukan bagi pelajar antarabangsa untuk mempelajari bahasa melayu. sekian terima kasihAwalan beR- membentuk kata kerja yang bersifat tak transitif sama ada berpelengkap atau tanpa pelengkap. Pada dasarnya perkataan yang berawalan beR- ialah kata kerja yang membawa pengertian berlakunya sesuatu mengikut makna yang terkandung dalam kata dasar seperti bertukar dan bersenam. Namun begitu terdapat juga pengertian khusus, bergantung pada golongan perkataan tertentu seperti bercukur, bertumbuk dan bertulis. Kata kerja bermain membawa maksud yang terkandung dalam kata dasar main. Dalam bahasa Melayu, perkataan yang menandai masa perbuatan didahului dengan perkataan telah, sedang dan akan. Walau bagaimanapun dalam konteks ayat yang dapat menjelaskan masa berlakunya sesuatu perbuatan, maka perkataan telah, sedang dan akan boleh digugurkan. Contohnya ayat Ahmad sedang bermain bola sepak di Stadium Bukit Jalil menunjukkan perbuatan itu sedang dilakukan dan ayat Ahmad bermain bola sepak di stadium semalam, tidak perlu lagi didahului kata telah.
Tatabahasa26.11.2012

Kembali ke atas