Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tungkus
Kata Terbitan : bertungkus-lumus,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ejaan yang betul untuk bertungkus-lumus atau bertungkus lumus?Bertungkus lumus dieja tanpa tanda sempang kerana kedua-dua perkataan tersebut apabila diasingkan mempunyai makna yang tersendiri.Ejaan19.10.2013
bertungkus lumus atau bertungkus-lumus?Ejaan yang betul ialah bertungkus lumus.Ejaan06.03.2024
ejaan bertungkus lumus atau bertungkus-lumus yang mana satu betul?Ejaan yang betul ialah bertungkus lumus.Ejaan03.05.2013
bertungkus lumus atau bertungkus-lumus? kedua-duanya ada dalam kamus dewan? yang mana satu yang betul? terima kasih.Bertungkus lumus dieja tanpa tanda sempang kerana kedua-dua perkataan tersebut apabila diasingkan mempunyai makna yang tersendiri.Tatabahasa16.02.2015
kata bertungkus-lumus betul atau bertungkus lumus? saya cari dalam kamus dewan, kedua2nya ada. sila jelaskan tqSebagai entri dalam Kamus Dewan dan Kamus Pelajar bertungkus-lumus dieja terpisah. Sangat jelas, bertungkus lumus dieja tanpa tanda sempang kerana kedua-dua perkataan tersebut apabila diasingkan mempunyai makna yang tersendiri.Ejaan03.03.2014
Salam sejahtera, 1. Di dalam Kamus Dewan = bertungkus-lumus Di dalam kamus Pelajar Edisi Khas KBSM = bertungkus lumus (tiada tanda sempang). 2. berjimat-cermat @ berjimat cermat Mohon pandangan tuan yang manakah betul.Bertungkus lumus dieja tanpa tanda sempang kerana kedua-dua perkataan tersebut apabila diasingkan mempunyai makna yang tersendiri.Tatabahasa29.04.2012
Salam sejahtera, tuan. Tuan, adakah ayat ini gramatis? Beberapa orang pelajar menyapu lantai dengan bertungkus lumus. Sekian terima kasih.

Mengikut buku Kamus Dewan, tungkus lumus bermaksud asyik atau teruk mengerjakan sesuatu, bertungkus lumus bermaksud mengerjakan sesuatu dgn tungkus-lumus. Ayat yang betul ialah Beberapa orang pelajar bertungkus-lumus menyapu lantai.

Tatabahasa08.07.2014
Salam sejahtera tuan, murid-murid saya suka menulis ayat seperti: makan dengan seronok, gotong-royong dengan bekerjasama, membaca dengan asyik , memadamkan api dengan bertungkus lumus dan sebagainya. Adakah semua ayat tersebut gramatis?Salam sejahtera tuan, murid-murid saya suka menulis ayat seperti: makan dengan seronok, gotong-royong dengan bekerjasama, membaca dengan asyik , memadamkan api dengan bertungkus lumus dan sebagainya. Adakah semua ayat tersebut gramatis?
Jawapan:
Ayat yang gramatis ialah ayat yang berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa.Oleh itu, ayat yang gramatis sama maksud dengan ayat yang betul dari segi tatabahasanya. Berdasarkan ayat yang tuan berikan, ada ayat yang gramatis dan ada juga ayat yang tidak gramatis bergantung pada penggunaan ayat.
Tatabahasa17.08.2014
tolong sahkan ayat ini betul atau tidak "Emak saya bertungkus-lumus menjaga anaknyaAyat ini betul.Tatabahasa22.11.2012
Pak Rahim (mengesat) peluh yang mengalir di dahinya semasa dia bertungkus-lumus di sawah padi. Mengapakah kita tidak boleh menggunakan "mengelap" ?
  • mengesat

    1. menyapu-nyapu atau menggosok supaya kering: budak itu menggeleng-geleng sambil ~ air matanya; ~ peluh; ~ darah; 2. bp menyapu-nyapu (menggosok) kerana membersihkan sesuatu (drpd habuk, kotoran, dll);
  • mengelap

    menyapu atau mengeringkan dgn kain lap dll, menyeka: dia berdiri seketika, kemudian ~ dahinya; tidak mengapa tumpah sedikit saya boleh lap;
  • Berdasarkan  makna yang diberikan di atas, apabila dipadankan dengan contoh ayat , menunjukkan kedua-dua kata tersebut boleh digunakan, namun yang lebih tepat dan biasa digunakan ialah mengesat.

    Makna02.10.2009
    12

    Kembali ke atas