Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tu.ru.tan] | برتوروتن

Definisi : 1. tidak berantara antara satu dgn lain, lepas satu-satu, terus-menerus dgn teratur (tidak berselang), tidak berhentinya, beruntun-runtun, bersam-bung-sambung: beliau telah kalah dlm tiga pilihan raya kecil kpd parti lawannya secara ~; 2. terus melakukan sesuatu dgn tiada henti-nya, bertubi-tubi, berulang-ulang: maka meriam pun sudahlah diisi, lalu ditembaknya tiga pucuk ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon penerangan tentang aspek tanda baca iaitu tanda koma dan penggunaannya. Terima kasih.Tanda koma (,) berfungsi sebagai unsur pemisah kata dan frasa yg berturutan, unsur nombor yg berturutan, pembilangan dan pengulangan, ungkapan yg diulang, beberapa ayat setara, kata hubung tak setara atau bertentangan fakta daripada ayat ayat induk, memisahkan baris pantun khususnya akhir baris pertama dan baris ketiga, baris-baris syair, bahagian awal ayat dengan petikan langsung, klausa komplemen yg mendahului ayat induk (dalam ayat songsang), klausa ketrangan musabab, syarat, waktu, pertentangan, harapan, cara, alat, atau gaya yg mendahului ayat induk dan byk lagi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.Tatabahasa23.07.2013
Bolehkah dua kata hubung gabungan digunakan berturutan dalam satu ayat? Contohnya penggunaan "dan malahan". Dia peramah dan malahan pemurah. Terima kasih.Lazimnya, dalam sesuatu ayat, kata hubung tidak berturutan. Penggunaan yang betul ialah "Dia peramah dan pemurah" atau "Dia peramah malahan pemurah"Tatabahasa10.10.2018
Salam sejahtera. Penerangan tentang diftong dan vokal berganding senang difahami. Sebaliknya, Penerangan tentang digraf dan terutamanya konsonan bergabung amat mengelirukan. Digraf diterangkan sebagai konsonan bergabung iaitu dua huruf konsonan berturutan yang mewakili satu bunyi. Ada kali konsonan bergabung diterangkan sebagai dua huruf konsonan yang berturutan tetapi dipisahkan dalam suku kata. Soalan 1. Kalau tidak silap, konsonan berganding ialah konsonan berturutan yang terpisah dalam suku kata. Kini, masih wujudkah konsonan berganding? Adakah konsonan bergabung ialah konsonan berganding? 2. Perkataan "Klinik" tergolong sebagai digraf atau konsonan bergabung ataupun kedua-dua? 3. Adakah kemungkinan wujud kesalahan dalam definisi terkini bagi konsonan bergabung dalam buku teks? Ini adalah kerana krayon diberikan sebagai contoh bagi konsonan bergabung. Padahal contoh seperti konkrit (n k) , terminal (r m) , kompleks (mp) diberikan oleh dbp. Sungguh mengelirukan, manakah yang tepat sekali? Yang dahulu, tidak wujud kekeliruan , mudah difahami kerana definisi bagi konsonan bergabung hanyalah satu dan tepat. 4. (Yang terkini) Adakah hanya perkataan daripada b.Inggeris ( seperti trak, promosi, hibrid, program dan lain- lain ) diterima sebagai k. bergabung (contoh buku teks dan buku aktiviti) ? Harap tuan dapat menguraikan kekeliruan saya. Sekian, terima kasih.Kamus Dewan memberikan takrifan digraf, iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy; atau disebut juga dwihuruf, dwi­lambang, huruf rangkap. Tidak ada maklumat yang jelas tentang konsonan berganding, konsonan bergabung dan konsonan yang berturutan dalam pangkalan data kami.  Adapun perkataan lain yang mempunyai urutan huruf konsonan itulah yang disebut konsonan berganding atau konsonan bergabung, dan berkemungkinan dua huruf atau tiga huruf seperti dalam perkataan klinik dan bankrap. Tidak dinyatakan turutan huruf konsonan ini dalam satu suku kata atau sebaliknya.Tatabahasa14.12.2015
Bolehkah dua kata ganda diletakkan berturutan dalam satu ayat? Sebagai contoh “Benar, ayah. Belalang sembunyikan dalam semak-semak kira-kira sebatu jauhnya dari bendang itu,” kata Belalang.Penggunaan kata ganda dalam ayat yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan. Tidak ada peraturan yang menyatakan bahawa kata ganda tidak boleh diletakkan berturutan dalam satu ayat.Tatabahasa25.02.2016
Boleh tak kata kerja berturutan dalam ayat seperti di bawah:? (Dia berusaha meningkatkan prestasinya) Adakah ayat di bawah lebih tepat? (Dia berusaha untuk meningkatkan prestasinya ATAU Dia berusaha dan meningkatkan prestasinya. Yang mana lebih tepat(gramatis)?Ayat yang gramatis ialah Dia berusaha untuk meningkatkan prestasinya. Kata kerja tidak boleh hadir secara berturutanTatabahasa23.02.2012
Anak kecil itu menunggu ayahnya di hadapan pintu hingga ke petang. Adakah kata sendi nama tidak boleh digunakan secara berturutan, spt sejak dari, oleh kerana, hingga ke?

Kata sendi nama tidak digunakan secara berturutan. Berikut adalah contoh penggunaan kata sendi yang betul seperti yang tuan kemukakan:

 

(I)    Anak kecil itu menunggu ayahnya di hadapan pintu dari pagi hingga ke petang.

(II)   Saya telah menunggu bas  sejak pukul 6.30 pagi tadi.

(III)  Struktur ayatnya janggal oleh sebab nasih menyerupai acuan tatabahasa bahasa Inggeris.

(IV)   Perlawanan bola sepak itu berlangsung dari pukul 3.00 petang hingga pukul 5.00 petang.
Tatabahasa10.09.2014
Bunyi ombak yang menghempas pantai itu kedengaran hingga ke rumah saya. penggunaan kata sendi nama hingga ke boleh ke digunakan secara berturutan?Bunyi ombak yang menghempas pantai itu kedengaran hingga  rumah saya. - hingga dan ke, kedua-duanya merupakan kata sendi nama dan tidak digunakan secara berturutan.Tatabahasa09.07.2008
merujuk kepada jawapan no.12, jika berturutan dengan peratus, adakah betul jika saya sebut 1.23% satu perpuluhan dua puluh tiga peratus?Betul,  1.23% disebut sebagai satu perpuluhan dua puluh tiga peratus.Lain-lain08.10.2010
Adakah penggunaan imbuhan apitan "di....kan" secara berturutan dibenarkan? contohnya, Akaun ahli diuruskan dan dilaburkan mengikut syariah atau akaun ahli diurus dan dilaburkan mengikut syariah.Penggunaan imbuhan dalam ayat mesti mengikut bentuk kata terbitan, iaitu tidak boleh apitan "di-...-kan" pada perkataan sebelumnya digugurkan kerana berangkai dengan perkataan dengan apitan "di-...-kan" selepasnya. Frasa yang betul, diuruskan dan dilaburkan...Tatabahasa12.04.2016
Saya pernah mendengar bahawa frasa "mungkin barangkali" tidak wajar digunakan secara berturutan dan dianggap lewah. Boleh pihak DBP menjelaskan dengan lebih terperinci? Hal ini demikian kerana saya tidak bertemu jawapan yang tepat apabila membuat pencarian di internet. Contoh ayat: Mungkin barangkali dia akan tiba esok. Terima kasih.Antara maksud kata 'barangkali' ialah mungkin. Penggunaan yang betul ialah 'Mungkin dia akan tiba esok' atau  'Barangkali dia akan tiba esok'. Penggunaan yang bertururtan menjadikan ayat tersebut tidak gramatis.Tatabahasa10.12.2010
123456

Kembali ke atas