Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tu.tur.tu.tur] | برتوتور-توتور

Definisi : bercakap-cakap, berkata-kata: setelah ~ sececah, ia pun mohon diri akan pulang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertutur-tutur


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
berikan saya konsep dan jenis ayat sapaan di Malaysia (Bahasa Malaysia)BM mempunyai sapaan yang berbeza daripada bahasa lain dan setiap penuturnya mesti menggunakannya dengan betul dalam konteks yang sesuai. Dalam situasi tidak formal, penutur menggunakan sapaan yang merujuk hubungan akrab dengan lawan tutur. Biasanya pengguna BM menggunakan perkataan yang menunjukkan rasa hormat terhadap lawan tutur mereka. Contoh Saudara/saudari sapaan kepada orang yang baru dikenali Saya Digunakan apabila bertutur dengan orang yang dihormati dan berstatus tinggi. Tuan Orang yang mempunyai kedudukan tinggi daripada penutur. Puan Orang perempuan yang sudah berkahwin dan dipakai bersama nama atau jenis jawatan spt. Puan Pengetua. Yang di-Pertuan Agong Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri Menteri Besar Ketua Menteri Yang Amat BerhormatTatabahasa26.06.2008
Saya berasa musykil tentang diftong, vokal berganda, digraf dan konsonan berganda yang diajar dlm buku teks tahun 2 KSSR. Dan saya bukan orang pertama yang keliru dengan pendekatan dalam buku teks itu. Adakah wajar perkara yang mengelirukan itu diajar dengan sekadar touch n go kepada kanak-kanak yang baru hendak mengenal bahasa?Bukan itu sahaja, ayat majmuk dan ayat tunggal juga di ajar dengan hanya mewarnakan perkataan itu dengan harapan murid tahun dua dapat membezakannya. Sesuatu perlu dilakukan oleh DBP sebagai penasihat bahasa kebangsaan untuk mengubah isu/cara touch n go ini bagi terbitan buku teks seterusnya.

Untuk makluman puan, penyediaan bahan dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun 2 SK tidaklah dibuat secara touch n go sahaja. KSSR pada Tahap 1 (Tahun 1-3)  menitikberatkan  kemahiran literasi dan aplikasi bahasa pada peringkat asas. Murid perlu menguasai asas kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis terlebih dahulu, manakala aspek seni bahasa dan tatabahasa menyokong bahan yang dipersembahkan.

 

Pendekatan untuk mengenali konsep diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan berganda dalam buku teks Tahun adalah merupakan pendekatan pembelajaran bahasa yang lebih santai dan secara didik hibur sesuai dengan tahap murid Tahun 2. Hal ini sebagaimana yang telah dinyatakan dalam halaman pendahuluan (iv-v). Murid hanya diminta mengenali perkataan yang berkaitan yang ada dlm buku teks dan buku aktiviti dengan kemahiran dengar dan sebut/tutur, misalnya hlm 2, Kemahiran Membaca hlm 3 dan kemahiran Menulis hlm 4.

 

Murid tidak diberatkan dengan penghafalan set definisi konsep tetapi lebih kepada upaya menyebut, membaca dan menulis perkataan yang berkaitan. Aktiviti  ini seupaya mungkin diaplikasikan dalam pengajaran dalam bilik darjah oleh guru.  Perincian tentang definisi/konsep  diftong, vokal berganding digraf dan konsonan berganda kerana hanya didedahkan atau  diperincikan dalam buku Bahasa Malaysia Tahun 3.

 

Begitu juga halnya dengan kaedah mengenal pasti ayat majmuk dan ayat tunggal. Murid Tahun 2 hanya menggunakan kemahiran membaca ayat misalnya hlm 7, tidak perlu menghafal definisi ayat tunggal atau ayat majmuk secara terperinci tetapi sekadar boleh menyebut, membaca dan menulis jenis ayat tersebut. Pemeringkatan kefahaman tentang ayat tunggal dan ayat majmuk dilaksanakan lebih mendalam dalam buku Bahasa Malaysia Tahun 3.

 

Perhatian puan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Tatabahasa15.05.2013

Kembali ke atas