Adakah perkataan beruang mempunyai maksud lain? Adakah perkataan beruang adalah kata tunggal? | Perkataan beruang adalah kata tunggal bagi 'beruang', bermaksud sejenis mamalia buas (yg besar, berbulu tebal, dan berekor kontot) dlm famili Ursidae. Perkataan beruang juga adalah kata terbitan bagi 'ruang', bermaksud mempunyai ruang yang kosong/lapang. | Lain-lain | 13.01.2010 |
ANAK PATUNG BERUANG PERLUKAN PENJODOH BILANGAN ATAU X??? 1. Dua ekor anak patung beruang 2. Dua anak patung beruang | Penjodoh bilangan untuk anak patung beruang ialah ekor. | Tatabahasa | 30.07.2011 |
apakah suku kata bagi perkataan QURAN dan BERUANG. terima kasih | Suku kata bagi Quran ialah 'Qur' dan 'an', manakala beruang pula ialah 'be' dan 'ruang'. | Lain-lain | 15.04.2009 |
Apakah perkataan 'teddy bear' dalam bahasa Melayu? Bolehkah saya menggunakan 'beruang teddy' untuk menggantikan 'teddy bear' dalam penulisan buku? Terima kasih. | Terjemahan "beruang teddy" boleh digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.09.2015 |
Slm. Bolehkah tuan semak ayat di bawah. 1. Dalam perjalanan/perjalanannya pulang 2. Setelah memeriksa sangkar Dodo, barulah pengawal keselamatan itu menyedari bahawa Dodolah beruang yang terlepas dari sangkar itu. Pengawal itu menyesali perbuatannta yang cuai. Jika Dodo terlepas dan bertindak ganas terhadap manusia, pasti sesuatu yang buruk akan berlaku. 3. Gunting ini boleh digunakan untuk menggunting banyak benda," kata bapa arnab sambil memangkas bunga. 4.Sedang Si Buaya termenung, tiba-tiba dia nampak seekor monyer sedang bergayut dari sebatang pokok ke pokok yang lain. 5.Tiba-tiba, Si Buaya berenang masuk ke dalam air sehingga air melepasi kepala Si Monyet pula. 6. "Ha ... ha ... ha kamu telah ditipu wahai Si Buaya yang jahat. Hati saya tidak pernah tinggalkan badan saya," kata Si Monyet. 7. Kamu lebih memerlukannya. Nanti kamu tentu akan demam jika berpanas dia bawah matahari terik. 8.Askar patung kayu menyerang mereka dengan menggunakan air. Akibatnya, askar patung besi menjadi berkarat. | Ayat yang betul ialah: 1. Dalam perjalanan pulang... 2. Setelah memeriksa sangkar beruang Dodo, barulah pengawal keselamatan itu menyedari bahawa beruang Dodo telah terlepas dari sangkar itu. Pengawal itu menyesali perbuatannya yang cuai. Jika beruang Dodo terlepas kemungkinan beruang Dodo akan bertindak ganas terhadap manusia, pasti sesuatu yang buruk akan berlaku. 3. Gunting ini boleh digunakan untuk menggunting banyak benda," kata bapa arnab sambil memangkas bunga. 4. Sedang si buaya termenung, tiba-tiba dia nampak seekor monyet sedang bergayut dari sebatang pokok ke pokok yang lain. 5. Tiba-tiba, si buaya berenang masuk ke dalam air sehingga air melepasi kepala si monyet. 6. "Ha ... ha ... ha kamu telah ditipu wahai si buaya yang jahat. Hati saya tidak pernah tinggalkan badan saya," kata si monyet. 7. Kamu lebih memerlukannya. Nanti kamu pasti akan demam jika berpanas dia bawah matahari yang terik. 8. Askar patung kayu menyerang mereka dengan menggunakan air. Akibatnya, askar patung besi menjadi berkarat.
| Tatabahasa | 18.12.2018 |
Slm, Mohon pihak tuan/puan check ayat di bawah : a) Height measurement = pengukuran ketinggian b)Si Beruang telah menjadi tinggi. Rakan-rakan tidak lagi ketawakannya. c)Kenderaan yang manakah perlu membuka lampu? Tandakan (/) pada gambar yang betul. d) Bahaya untuk kanak-kanak menunggang basikal pada waktu malam. e)Cola boleh diminum oleh manusia dan juga digunakan untuk menghapuskan kotoran. (cola boleh digunakan?) f) ice cube =ais batu tq | a) Height measurement - pengukuran ketinggian b) Si Beruang telah menjadi tinggi. Rakan-rakan tidak lagi mengetawakannya. c) Kenderaan yang manakah perlu membuka lampu? Tandakan (/) pada gambar yang betul. d) ...membahayakan kanak-kanak yang menunggang basikal pada waktu malam. e) Cola boleh diminum oleh manusia dan digunakan juga untuk menghapuskan kotoran. f) ice cube - ais/air batu | Tatabahasa | 18.09.2015 |
Julie Hi Hello Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, please advise which is correct? Cerakinkan. buaya = (bu) (a) (ya) or (bua) (ya)? beruang = (be) (ruang) or (be) (ru) (ang)? Januari = (Ja) (nua) (ri) or (Ja) (nu) (a) (ri)? laut = (laut) or (la) (ut)? kuih = (kuih) or (ku) (ih)? radio = (ra) (dio) or (ra) (di) (o)? Thank you. | Sila terangkan makna “cerakinkan” yang diperlukan. Sekiranya “cerakinkan” bermaksud sebutan, berdasarkan buku Daftar kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, terbitan DBP,2004, berikut jawapan yang diperlukan: 1. Buaya [bua.ya] 2. Beruang [be.ruang] 3. Januari [ja.nua.ri] 4. Laut [laut] 5. Kuih [ kuih] 6. Radio [ra.dio] Perlu dingatkan bahawa, sebutan berbeza daripada pemisahan suku kata. | Tatabahasa | 28.04.2014 |
ingin pasti pemenggalan suku kata untuk : makanan - ma.kan.an, sayur-sayuran-sa.yur-sa.yur.an, buah-buahan-bu.ah-bu.ah.an, beruang-be.ru.ang, bermain-ber.ma.in, membuang-mem.bu.ang, dia-di.a, laut-la.ut, siang-si.ang, bayaran-ba.yar.an, soal-so.al, buaya-bu.a.ya, tuala-tu.a.la | Pemisahan suku kata yang diberikan adalah betul: makanan ma-kan-an sayur-sayuran sa-yur-sa-yur-an buah-buahan bu-ah-bu-ah-an beruang be-ru-ang bermain ber-ma-in membuang mem-bu-ang dia di-a laut la-ut siang si-ang bayaran ba-yar-an soal so-al buaya bu-a-ya tuala tu-a-la | Ejaan | 23.03.2012 |
Slm, Betulkah ejaan bunyi haiwan di bawah: a)serigala - woof! woof! woof! b)beruang - graa! graa! graa! tq | Bunyi binatang "woof" dan "graa" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Bentuk bunyi tersebut boleh diterima dengan penyesuian ejaan menjadi "wof" dan "gra". Jika bunyinya panjang, namun tidak perlu ditambah huruf vokal dalam ejaan tersebut. | Lain-lain | 12.11.2015 |
Apakah terjemahan ke Bahasa Malaysia untuk perkataan TEDDY BEAR? | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah beruang teddy. | Istilah | 27.04.2017 |