Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.ban]/[ber.u.ban] | براوبن

Definisi : 1. mempunyai uban (rambut putih), menjadi putih (bkn rambut seseorang): lama-lama besok engkau ~ dan rabun sebab mem-baca buku saja; 2. ki sudah lanjut umurnya, sudah tua (sehingga terdapat uban pd rambut): dr muda sampai ~ pun masih belum berubah perangai engkau; 3. ki sudah lama dlm sesuatu pekerjaan, sudah lama memegang sesuatu jawatan; sudah ~ baru berguam prb perihal orang tua yg tingkah lakunya spt orang muda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.ban]/[ber.u.ban] | براوبن

Definisi : 1 sudah ada uban di kepala atau sudah mempunyai uban: Belum tua lagi, dia sudah ~. 2 sudah tua; sudah lama hidup: Aku ini sudah ~ tetapi belum juga berasa senang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
uban (kata nama)
Bersinonim dengan rambut putih;
Kata Terbitan : beruban, menguban, mengubani,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah nama dalam bahasa Melayu untuk kelompok tupai spesies "Ratufa indica" dan "Ratufa macroura". Adakah masing-masing sesuai dikenali sebagai "tupai kerawak india" dan "tupai kerawak beruban".Untuk makluman tuan/puan, penamaan spesies kelompok tupai belum dibincangkan dalam mana-mana Jawatankuasa Istilah DBP. Walau bagaimanapun, mohon jasa baik tuan/puan mengemukakan huraian lengkap yang menerangkan konsep bagi kedua-dua istilah berkenaan agar dapat memudahkan pihak kami memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang bersesuaian.Lain-lain26.01.2024

Kembali ke atas