Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.kir]/[ber.u.kir] | براوکير

Definisi : 1. berhiaskan lukisan-lukisan dll yg dibuat dgn cara memahat (menggores, menoreh, dll): kerusi yg ~; 2. bergambar pd kulit tubuh dll (digores-gores dan diwarnai), bercacah; mukanya ~ mukanya bercacah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.kir]/[ber.u.kir] | براوکير

Definisi : mempunyai hiasan yg dibuat dgn cara memahat (menggores, menarah dll): kerusi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ukir
Kata Terbitan : berukir, mengukir, terukir, ukiran, pengukir,

Puisi
 

Tiga puluh bintang di langit,
     Jatuh sebiji ke Laut Melaka;
Kapur berukir pinang berlirit,
     Sirih berlandung air mata.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolekah perkataan ‘kedubang’ digunakan di Malaysia? Contohnya dalam pertuturan Bahasa Malaysia harian. Sekian Terima KasihDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "kedubang" bermaksud 1. sejenis pedang pendek atau gedubang, 2. sejenis kelewang Acheh. Kelewang pula bermaksud 1. sejenis pedang pendek (bilahnya makin lebar arah ke hujung) 2. sejenis parang panjang yang berukir pada hujungnya. Berdasarkan maksud yang diberikan, perkataan "kedubang" boleh digunakan sekiranya ia merujuk kepada benda yang diterangkan.Istilah16.04.2014
Apakah seramik, porselin dan tembikar merujuk benda yang sama? Terima kasih.

Tembikar ialah jenis seramik, manakala porselin ialah salah satu bahan yang digunakan untuk membuat seramik, selain tanah liat. Takrifan seramik, tembikar dan porselin dalam Kamus Dewan Perdana ialah:

seramik سيراميک [se⋅rɑ⋅mik]

n 1 barang yg dihasilkan drp tanah liat, mis tembikar, pasu dan jubin: Kami menyediakan seramik berukir bagi hiasan dalaman masjid tsb. 2 bahan yg keras, rapuh dan mempunyai takat lebur yg tinggi yg dibuat drp tanah liat: Seramik yg paling penting ialah tanah liat tradisional. 3 seni dan teknik membuat barang-barang drp tanah liat, tembikar dsb: Karya yg dipamerkan ialah seni catan, cetakan, seramik, anyaman dan foto yg merupakan hasil kerja tangan pelajar UPSI.

berseramik برسيراميک [bər⋅se⋅rɑ⋅mik] ktt ada seramik atau berhias dgn seramik: Ruang dapur atas berseramik biru menjadikan dapur tampak mewah.

 

tembikar تمبيکر [təm⋅bi⋅kɑr]

n 1 cawan, mangkuk, pinggan dll yg dibuat drp tanah liat yg dibakar dan bergilap; 2 serpihan

tembikar, cawan, mangkuk dll; tembereng;

 

porselin ڤورسلين [por⋅sə⋅lin] n bahan yg dibuat drp campuran tanah liat, kuarza dsb, yg dipanaskan sehingga menjadi pepejal putih yg licin, keras dan digunakan sbg penebat elektrik, peralatan dapur, makmal dsb;

berporselin برڤورسلين [bər⋅por⋅sə⋅lin] ktt mengandungi porselin: bahan batuan berporselin.

Semoga jawapan ini menjawab persoalan tuan.

Terima kasih.

Makna22.03.2023
Saya Halimah sedang pelajar pusat bahasa Melayu peringkat dasar ingin bertanya DBP, apakah maksud pantun lapan krat itu terimakasih

Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman silam. Pantun menggambarkan cara berfikir dan nilai-nilai masyarakat Melayu tradisi. Melalui pantun, orang Melayu mengeluarkan rasa hati dan keluhan jiwa, seperti dalam bentuk kasih sayang, cinta, suka duka, sindir menyindir dan berbagai perasaan hati mereka yang diungkapkan dalam bahasa yang indah dan menarik.

Pantun juga terbahagi kepada beberapa jenis iaitu seperti pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat dan pantun berkait. Berikut contoh pantun lapan kerat;

Bagus rupa bunga melur,
Putih rupanya bunga pinang,
Berukir bertangkai perak,
Permainan raja perempuan;

Pahar cerek sudah teratur,
Cawan mangkuk sudah terletak,
Samalah duduk kita makan.


Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang ciri-ciri pantun dan syair puan boleh merujuk buku-buku berkaitan puisi Melayu Tradisional yang ada di pasaran.  Contoh buku yang disarankan ialah Puisi Melayu Tradisional  karya Dr. Harun Mat Piah, terbitan DBP.
Tatabahasa06.11.2013

Kembali ke atas