Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mempunyai ukuran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berukuran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Garisan rekahan berukuran melebihi 2.0 mm lebar x 1000 mm panjang telah ditampal dengan bahan pengapan atau menggantikan bahan yang merekah. Rekahan buaya yang berukuran melebihi 5m2 perlu dibaiki dengan kaedah lain. Line cracks more than 2 mm wide x 1 m long to be sealed or cracked material replaced. Crocodile cracks exceeding 5 sq.m in area to be repaired by other methods. Mohon semakan

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Penyemakan dan penterjemahan02.07.2020
Tuan , saya ingin tahu sama ada penggunaan kata pemeri dalam ayat-ayat berikut adalah betul atau sebaliknya. 1. Kayu yang sesuai ialah yang berukuran 20 meter. 2. Pukat payang yang sesuai untuk sesetengah perairan adalah yang berukuran 200 meter panjang. Harap dapat penjelasan daripada tuan. Terima kasih.Penggunaan kata pemeri dalam ayat pertama betul. Walau bagaimanpun penggunaan kata pemeri dalam ayat kedua tidak gramatis kerana kata pemeri adalah hadir di hadapan kata adjektif atau kata sendi nama. Untuk maklumat lanjut lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 265.Tatabahasa10.06.2012
Adakah huruf "t" pada perkataan "temubual" itu perlu ditulis menggunakan huruf besar? (sebab dalam kurungan) Semua baluh dram Gu ini berukuran 82 sentimeter tinggi (temubual dengan Chan Kok Hoong, LRCO, April 2022).Ejaan yang betul ialah: Semua baluh dram Gu ini berukuran 82 sentimeter tinggi (Temu bual dengan Chan Kok Hoong, LRCO, April 2022).Ejaan09.05.2024
apakah ayat yang sesuai untuk " Kolam Renang yang mempunyai saiz panjang berukuran olimpik' tapi ayat ini terlalu panjang dan saya tak nak buang perkatan olimpik? kolam renang ni hanya saiz panjang sama mcm olimpik tpi lebar nye tak sama

Ayat yang betul ialah “Kolam renang yang panjangnya berukuran Olimpik”.

Tatabahasa22.02.2022
Membaiki pavemen yang berlubang berukuran melebihi 25 mm dalam x 200 mm lebar dari arah mana pun di atas permukaan jalan yang berturap ditampal dengan sempurna. Repair when pothole exceeds 25 mm deep x 200 mm wide in any direction from edge of edge of pavement.

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Penyemakan dan penterjemahan02.07.2020
perlukah papan nama kedai yang berukuran 2.5m panjang dan 0.9m lebar dan 1.75m persegi luas perlu memohon lesen iklan papan tanda di permis. Dan jika perlu apakah langkah2 yang patut saya lakukan untuk memohon lesen iklan ini. Berapa bayaran dikenakan untuk memohon lesen.

Untuk hal berkenaan pengesahan iklan, sila layari http://dbpsahbahasa.my/

 

Terima kasih.

Lain-lain21.06.2017
Saya ingin mendapatkan pengesahan untuk papan tanda perniagaan saya. Bersamaan ini, saya melampirkan sekali lakaran papan perniagaan saya yang berukuran 2m x20m. Diharap pihak Tuan /puan dapat menolong saya berkenaan ini. Terima kasihMohon hantar pengesahan bahasa untuk iklan ke http://dbpsahbahasa.my.Lain-lain01.06.2017
Merujuk kepada lampiran berikut, minta nasihat Tuan sama ada bahasa yang digunakan dalam papan tanda mamatuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Papan tanda berukuran panjang ini diletakkan di depan kedai bagi tujuan perniagaan. Papan tanda yang berbentuk tegak pula dipasang dalam kedai. Harap Tuan dapat megesahkan untuk tujuan pemohonan lesen papan tanda bagi premis perniagaan. Sekian, terima kasih.Untuk pengesahan bahasa dalam iklan sila klik "e-perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain14.06.2011
Bagaimana hendak membuat nota kaki?Nota yang dicetak pada ruang di antara teks dengan jidar kaki. Bahan ini dipisahkan daripada teks oleh garis pemisah mendatar setebal 0.1 poin, berukuran 2.5 cm, dan ditulis santak kiri. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi KetigaEjaan09.08.2006
Saya sedang mencari buku Add Math yang diterbitkan oleh DB&P dan kalau tidak silap, telah ditulis oleh Tan Boon Seng. Buku ini pernah saya guna semaSA menghadapi SPM dalam tahun 1985. Buku ini agak tebal berukuran lebih kurang 6" x 10" , berwarna hijau muda dan coklat hitam. Saya sangat memerlukan buku ini untuk kegunaaan anak saya.Kami memohon maaf kerana tidak dapat membantu Sdr dalam hal ini. Buku berkenaan tiada dalam simpanan pihak kami.Lain-lain04.07.2010
12

Kembali ke atas