Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.lang.a.li/]/[ber.u.lang.a.li/] | براولڠ-اليق

Definisi : berbolak-balik, pulang balik: kerjanya berulang-~ saja antara Kuala Lumpur dan Singapura; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.lang.a.li/]/[ber.u.lang.a.li/] | براولڠ-اليق

Definisi : berpergian dan kembali pula (berkali-kali), pergi (ke sesuatu tempat) dan balik, berulang: aku tahu perahu besar di Kuala Terengganu itu bukan sahaja ~ ke Pahang, tetapi juga ke Siam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.lang.a.li/]/[ber.u.lang.a.li/] | براولڠ-اليق

Definisi : berpergian dan kembali pula (berulang-ulang), pergi (ke sesuatu tempat) dan balik semula: Perahu besar di Kuala Terengganu itu bukan sahaja ~ ke Pahang, tetapi juga ke Siam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berulang-alik

Puisi
 

Sirih tidak pinang tidak,
     Pinang muda dalam bilik;
Kasih tidak kenang tidak,
     Saja hamba berulang-alik.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah terdapat perbezaan antara frasa Sejak kebelakangan ini dengan Sejak belakangan ini ? yang mankah yang betul? berulang-alik atau berulang alik ?

Kebelakangan bermaksud sejak masa-masa yang kemudian ini, akhir-akhir ini.

 Sejak bermaksud bermula dari, mulai, dari.

Kedua-dua kata tersebut mempunyai makna yang berbeza. Ejaan yang betul ialah berulang-alik.   

Makna29.01.2008
Cikgu Tan sering berulang-alik di antara Johor Bahru dan Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan daripada doktor pakar di Pustat Perubatan Universiti Malaya. Jawapan a) antara Johor Bahru dengan Kuala Lumpr , b) di antara Johor Baharu dengan Kuala Lumpur.Cikgu Tan sering berulang-alik di antara Johor Bahru dan Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan daripada doktor pakar di Pustat Perubatan Universiti Malaya.Tatabahasa31.07.2012
Saya menghadapi beberapa kemusykilan, diharap pihak DBP dapat membantu menyelesaikannya. Terima kasih. 1. Bolehkah pihak DBP mengklasifikasikan jenis kata majmuk untuk perkataan "kemas kini", "atur cara" , "bom tangan" dan " nasi minyak". Adakah semua kata tersebut tergolong dalam kata majmuk rangkai kata bebas ? 2. Adakah ayat berikut mengandung sebarang kesalahan ? "Kereta Encik Chua terlanggar tembok rumahnya" 3. Adakah perkataan "gemar" merupakan kata adjektif ? 4. Antara berikut, kata ganda manakah yang membawa maksud "perbuatan yang berpanjangan" A. berlari-larian C. berkibar-kibar B. berulang-alik D. berkasih-kasihan

1.  Kata majmuk bermaksud gabungan dua atau tiga perkataan yang mem­punyai satu pengertian. Kata majmuk dieja terpisah (seperti contoh yang diberi) kecuali lima belas kata majmuk yang dianggap telah mantap dan dieja satu perkataan iaitu pesuruhjaya, olahraga, setiausaha, bumiputera, kakitangan, tandatangan, antarabangsa, suruhanjaya, waranegara, tanggungjawab, jawatankuasa, matahari, sukarela, kerjasama, beritahu.  

2. Ayat tersebut kurang tepat, faktanya kurang tepat "kereta Encik Chua terlangar tembok".

3. Gemar ialah kata kerja.

4. Berulang-alik membawa maksud perbuatan yang berpanjangan iaitu berpergian dan kembali pula (berkali-kali). Berlari-larian membawa maksud dalam keadaan berlari, berkibar-kibaran bermaksud bergerak melambai-lambai (ke kiri ke kanan) kerana ditiup angin (seperti bendera dan lain-lain), berkasih-kasihan bermaksud saling berkasih atau cinta-mencintai.

Tatabahasa01.09.2009
ulang-alik dan bolak-balik kedua-dua perkataan ini ada perbezaan ?Sila berikan maksud dan penggunaannya. Terima kasih.

Makna ulang-alik ialah kerap kali (berkali-kali) pergi dan balik, bolak-balik, mundar-mandir: empat kali Pak Pandir dgn Mak Andeh berangkut ~, baharulah habis semuanya. Olak-alik pula ialah

  • berulang-ulang, bolak-balik, tidak tetap, (berubah-ubah pendirian, pegangan, percakapan, dll);
  • Makna21.10.2009

    Kembali ke atas