Assalam tuan Adakah sama peribahasa kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai dengan peribahasa kalau kail panjang sejengkal jamgan lautan hendak diduga untuk maksud peribahasa kalau takut menanggung kesusahan, janganlah melakukan kerja yang susah. Terima kasih Azura | 1. Peribahasa "Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai" bermaksud: Jangan melakukan sesuatu kerja yang berisiko yang kita tidak sanggup/mampu tangani atau hadapi /Kalau takut berhadapan dengan penderitaan, lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah 2. Peribahasa "Kalau kail panjang sejengkal jamgan lautan hendak diduga untuk bermaksud: Sekiranya ilmu kita sedikit, jangan cuba hendak bertanding dengan orang yang lebih banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan./ Jangan lakukan sesuatu kerja yang di luar kemampuan atau kebolehan (kepakaran) kita. | Lain-lain | 30.05.2019 |
Saya ada 3 soalan. 1. Betulkah perkataan tunawisma asal daripada bahasa Jawa? 2. Bolehkah tunawisma digunakan dalam Bahasa Melayu? 3. Boleh bagi contoh ayat yang menggunakan perkataan tunawisma? | 1. Betul, tunawisama ialah bahasa Jawa yang bermaksud orang yang tidak berumah. 2. Dalam konteks penggunaan di negara kita, istilah orang tanpa rumah yang digunakan. 3. Untuk melihat contoh penggunaan tunawisma boleh rujuk teks bahasa Indonesia. | Tatabahasa | 04.10.2021 |
Bolehkah sy tahu buku/sumber apakah yg patut sy gunakan dalam penyemakan penulisan jawi? Bukankah ada buku ejaan jawi baharu selepas Daftar Kata BM Rumi-Sebutan Jawi? Namun konsep ejaannya (lebih-lebih lagi melibatkan huruf hamzah) amat tidak selaras. Bolehkah sy diberikan penjelasan tentang penulisan huruf hamzah? | Untuk makluman tuan, penulisan huruf Hamzah dalam tulisan Jawi telah diselaraskan sebaris dengan huruf lain sebelum dan selepasnya contohnya, لاءوت , وضوء untuk memudahkan penulisan. Manakala cara penulisan Hamzah di atas huruf alif ( أ ), Hamzah di bawah huruf alif ( إ ) dan Hamzah berumah masih kekal. contohnya: seimbang= سأيمبڠ /e-mel = إي-ميل /tahniah= تهنيئه. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk laman prpm.dbp.gov.my dengan menaip perkataan dengan huruf kecil, "laut" klik perkataan "Cari" dan boleh lihat papan ejaan Jawi "لاءوت" | Ejaan | 26.11.2020 |
Mana jawapan yang betul.... 1. 'Mari kita ikut ........ke bilik komputer,'kata Ani kepada Izah. dia atau mereka 2. ..............,bila agaknya tarikh pengumunan keputusan keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini! 3. i.Kakak DIAM membatu apabila dileteri ibu. ii. Kami sekeluarga telah lama DIAM di taman perumahan ini. iii. Secara DIAM pasukan perisik mencari bukti untuk menumpaskannya. iv. Sejak semalam Raihah DIAM sahaja kerana memikirkan masalah keluarga 4.1. Cara pembiakan tumbuhan ini bagaimana? ii. Yang paling pandai di kelas ini siapakah? iii. Mengapa kita harus berkumpul di makmal komputer? iv. Awakkah yang menghantar bungkusan ini kepada Cikgu Ani? | Saudari/Saudara, Jawapan yang betul ialah: 1. Boleh digunakan perkataan 'dia' atau 'mereka' dalam konteks ayat tersebut. 2. Sila hubungi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengetahui maklumat lanjut. 3. Keempat-empat penggunaan perkataan 'DIAM' dalam konteks ayat tersebut adalah betul. Hal ini kerana, diam, merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud, tidak bercakap, senyap, dengan senyap-senyap, tinggal (duduk, berumah, bertempat). 4. i. Bagaimana cara pembiakan tumbuhan ini? II. Siapakah yang paling pandai dalam kelas ini? III. Ayat ketiga penggunaan ayat adalah betul. IV. Ayat keempat penggunaan ayat adalah betul. | Tatabahasa | 14.08.2012 |