negotiate | berunding atau merundingkan | Lain-lain | 12.02.2009 |
Assalammualaikum. Saya ingin bertanya adakah ayat ini betul? "Selain itu, jika menaiki kereta sewa ada sesetengah pemandu yang kita senang untuk berunding harga tetapi hanya 3 orang sahaja yang bersetuju dengan pendapat ini manakala seramai 17 orang pelajar yang tidak bersetuju dengan pendapat ini mungkin kerana mereka menaiki kereta sewa yang menggunakan meter dan agak sukar untuk berunding harga. " | Ayat saudara tidak gramatis, tidak jelas maksud yang hendak disampaikan. Sila bina semula ayat, subjek dan predikatnya perlulah jelas. Sebagai panduan, bina ayat pendek (bukan ayat gabungan) bagi meminumumkan atau meniadakan kesalahan dalam proses membina ayat. Ayat tersebut boleh dipecahkan kepada dua atau tiga ayat bagi menjelaskan maksud yang hendak disampaikan. | Tatabahasa | 04.04.2013 |
Hi, cikgu baru berunding tentang jawapan-jawapan sebuah ujian kecil. Bagaimanapun, kami tidak dapat membuat kesimpulan tentang jawapan beberapa soalan. Yang dilampirkan ialah ujian penuh. Tolong memberikan jawapan dan juga penjelasan soalan jika boleh. Harap DBP dapat membantu kaimi. | Untuk makluman tuan, DBP tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyemak dan memberi jawapan kepada soalan peperiksaan sekolah. Kementerian Pendidikan mempunyai skema jawapan yang tersendiri. Oleh itu tuan sebaiknya berbincang tentang jawapan soalan peperiksaan dengan pihak yang mengeluarkan soalan. | Lain-lain | 16.02.2014 |
Saya baru mendapati bahawa hanya lampiran fail dalam format .doc dan .txt diterima. Dalam soalan lepas, saya telah melampirkan fail format .docx. Jadi, saya akan melampirkan fail .doc. Soalan asal: Hi, cikgu baru berunding tentang jawapan-jawapan sebuah ujian kecil. Bagaimanapun, kami tidak dapat membuat kesimpulan tentang jawapan beberapa soalan. Yang dilampirkan ialah ujian penuh. Tolong memberikan jawapan dan juga penjelasan soalan jika boleh. Harap DBP dapat membantu kaimi. | Pihak kami telah memberikan jawapan kepada 2 soalan yang sama sebelum ini Mohon rujuk jawapan kami. | Lain-lain | 17.02.2014 |
berdasarkan berikut bolehkan anda kelaskan ia mengikut kategori, contohnya, peribahasa, bidalan, kata-kata mutiara@hikmah dan sebagainya: 1. Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan 2. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali 3. Masa itu emas 4. Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat 5. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada katanya 6. Muafakat membawa berkat 7. Jangan takut berbagi ilmu, kerana semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita mendapat. - (Buya Hamka) 8. Bersatu teguh, bercerai roboh 9. Jauh perjalanan, luas pandangan 10. Sediakan payung sebelum hujan 11. Gemggam bara api biar sampai jadi arang 12. Ilmu tanpa amal , sia-sia- (Imam Al-Ghazali) Terima kasih daun keladi. >_< | Mohon maaf tuan, untuk makluman tuan soalan ini tidak berkaitan dengan makna peribahasa dan boleh dkategorikan berdasarkan rujukan yang dibuat berdasarkan buku-buku yang peribahasa. | Lain-lain | 04.03.2025 |
Apakah istilah/perkataan lain bagi panel bagi seorang sahaja jemputan? Contohnya, program tersebut ada moderator dan seorang sahaja panel. Adakah panel boleh digunakan atau sebaliknya? | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1603, perkataan panel merujuk kumpulan orang yang dilantik untuk berunding dan melaksanakan tugas atau urusan tertentu. Jika melibatkan moderator dan seorang pembicara, kami mencadangkan penggunaan pembicara atau tetamu undangan bergantung pada program atau majlis yang berlangsung. | Makna | 09.08.2024 |