Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.run.dur]/[ber.un.dur] | براوندور

Definisi : berjalan ke belakang, surut ke belakang, lwn maju: dia ~ dan menjatuh-kan dirinya ke atas kerusi; 2. = ~ dr pergi menjauhkan diri (dr), menghindar (dr), pergi (dr); seorang demi seorang ~ dgn hormat meninggalkan kedai itu; 3. surut (kerana tidak dapat melawan lagi dlm peperangan), mundur: maka Peringgi pun patah perang-nya, dan banyak mati, lalu ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.run.dur]/[ber.un.dur] | براوندور

Definisi : 1 berjalan ke belakang; surut ke belakang. 2 menjauhkan diri dr sesuatu tempat; pergi dr sesuatu tempat: Kerana serangan musuh terlalu kuat, kami terpaksa ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
undur
Kata Terbitan : berundur, mengundur, mengundurkan, pengunduran,

Puisi
 

Kain putih koyak di tengah,
     Pakaian anak naik ke hulu;
Tengah kasih datang fitnah,
     Biar saya berundur dahulu.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Apakah maksud peribahasa "pantang berundur sebelum berjuang"? Terima kasih.Ungkapan "pantang berundur sebelum berjuang" tidak ada dalam senarai peribahasa dalam pangkalan data kami. Pada pengamatan kami ungkapan tersebut lazim diucapkan dalam drama yang berlatarkan cerita zaman dahulu.  Lain-lain22.06.2011
apakah maksud peribahasa pantang berundur sebelum berjuang? dan maksud cepat kaki ringan tangan?

Ungkapan "pantang berundur sebelum berjuang" tidak ada dalam senarai peribahasa dalam pangkalan data kami. Ungkapan tersebut lazim digunakan dalam drama dan penulisan pada masa dahulu tetapi bukan merupakan peribahasa. Cepat kaki dan ringan tangan, kedua-duanya bermaksud pantas dan rajin bekerja.

Tatabahasa20.06.2011
1)Ketulenan sesuatu barangan yang hendak kita beli tidak boleh ditentukan dengan hanya melihat harganya sahaja.2)Lori di bahu jalan itu berundur setelah terlajak beberapa meter ke belakang.3)Tuan Gurdip telah memajak susu lembu itu untuk dihantar ke bahagian pengumpulan.(TOLONG BETULKAN JIKA SALAH.TERIMA KASIH)Ayat yang lebih gramatis adalah seperti yang berikut:
1. Ketulenan sesuatu barangan yang kita hendak beli tidak boleh ditentukan dengan melihat harganya sahaja.
2. Lori di bahu jalan itu berundur setelah terlajak beberapa meter ke hadapan.
3. Encik Gurdip telah memerah susu lembu itu untuk dihantar ke bahagian pengumpulan.
Tatabahasa14.09.2012

Kembali ke atas