MAKANAN BERUNSURKAN ISLAM | MAKANAN HALAL | Tatabahasa | 25.03.2011 |
Apakah contoh-contoh novel kanak-kanak yang berunsurkan islam? | Semua novel kanak-kanak yang diterbitkan oleh DBP mempunyai unsur-unsur Islam, kerana dalam setiap novel nilai-nilai murni menjadi salah satu nilai yang diterapkan dalam novel. Setiap novel yang dipilih untuk diterbitkan mesti mempunyai nilai murni, seperti berbudi bahasa, berbaik sangka, ketaatan kepada ibu bapa, menghormati orang tua dan sebagainya. | Lain-lain | 16.07.2009 |
saya lihat ramai anak muda sekarang suka berbahasa inggeris daripada bahasa melayu. adakah pihak tn. setuju bahawa anak muda suka berbahasa inggeris adalah disebabkan proses pembentukan kata bahasa melayu banyak berunsurkan bahasa inggeris.contohnya seperti perkataan akronim seperti felda, rtc dan sebagainya.berikan ulasan anda... | Pada pandangan saya pembentukan akronim hanyalah sebahagian kecil daripada unsur bahasa yang tidak sepatutnya menyumbang kepada kegoyahan jati diri rakyat Malaysia kepada bahasa kebangsaan lebih-lebih lagi orang Melayu kepada bahasa ibundanya sendiri. Keutuhan jati diri penting bagi setiap rakyat Malaysia termasuklah mempunyai rasa sayang akan bahasa kebangsaannya. Tidak salah untuk sesiapa sahaja termasuklah anak muda menggunakan apa-apa bahasa sekalipun asalkan dalam konteks dan tempat yang betul. Dalam urusan rasmi dan kenegaraan bahasa Melayu ialah bahasa pengantarnya. Wallahua'lam. | Lain-lain | 08.03.2013 |
Assalamualaikum. Apakah terjemahan bahasa Melayu yang tepat untuk istilah bahasa Inggeris ini: "Islamic folklore"? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "Islamic folklore" ialah cerita rakyat Islam atau cerita rakyat berunsurkan Islam. | Istilah | 13.11.2013 |
ERTI PERKATAAN MAGIS | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, magis bermaksud luar biasa dan mengandungi (mempunyai) keupayaan dsb yg tersembunyi, ghaib:Contoh ayat, kisah kehidupan di angkasa raya dgn kekuasaan ~ atau yg berunsurkan tahyul; mengikut Winstedt, raja itu juga mempunyai kuasa ~. | Lain-lain | 01.06.2010 |
Apakah terjemahan yang tepat untuk 20 tonnes; dan 25.9 tonnes per person? Berdasarkan prpm, perkataan tonnes diterjemahkan "tonne" (matematik), dan "ton" untuk beberapa bidang lain. Perkataan yang mana yang lebih tepat untuk bahan-bahan bacaan umum berunsurkan sains? Terima kasih. | Dalam bidang Kejuruteraan, tonnes diterjemahkan kepada tan (tonnes bentuk jamak dalam bahasa Inggeris) seperti displacement tonnes ialah tan sesaran. | Tatabahasa | 27.12.2011 |