Nama saya Nasrah Sani belajar bahasa melayu dasar ingin bertanya tentang bahasa melayu apakah makna beruntong? | Maksud perkataan "beruntung" ialah 1 mendapat atau beroleh untung. 2 bernasib baik; mujur: Dia sungguh beruntung kerana suaminya sangat bertimbang rasa. Untuk maklumat lanjut sila layari beruntung">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=beruntung | Tatabahasa | 04.11.2015 |
Nama saya Solihah Chewae belajar bahasa melayu dasar ingin bertanya tentang bahasa melayu. Apakah makna beruntung | Menurut data kami, maksud beruntung ialah 1 mendapat atau beroleh untung. 2 bernasib baik; mujur: Dia sungguh ~ kerana suaminya sangat bertimbang rasa. | Makna | 16.11.2015 |
SALAM 1 MALAYSIA, adakah perkataan 'sekolah kurang beruntung' dalam ayat berikut sesuai digunakan? mohon cadangan lain daripada pihak tuan (jika ada): Lazimnya, sekolah kurang murid (SKM) sering dikaitkan dengan sekolah kurang beruntung (disadvantaged schools) kerana pelbagai masalah seperti kekurangan guru berkualiti, kekurangan prasarana berkualiti, persekitaran yang kurang kondusif, dan kekurangan sumber pengajaran dan pembelajaran. terima kasih | Kami mencadangkan disadvantaged school diterjemahkan kepada sekolah berkeperluan. | Istilah | 04.12.2015 |
salam 1 Malaysia, soalan saya. Bolehkah perkataan 'deprivasi' digunakan untuk merujuk kepada keadaan tidak beruntung? contoh ayat; keadaan infrastruktur yang kurang di kawasan luar bandar, menyebabkan masyarakat luar bandar dalam keadaan terdeprivasi dalam semua aspek--sosial,ekonomi, dan politik. terima kasih | Perkataan "terdeprivasi" tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Cadangan kami ialah, tuan boleh mengantikan perkataan tersebut dengan "ketinggalan." | Tatabahasa | 24.11.2015 |
Nama saya Sunee kasem saya. innginkan bertanya apakah makna bertuah terima kasih | Bertuah bermaksud: 1. Mempunyai tuah, bernasib baik, berbahagia, beruntung. 2. Mendatangkan tuah, berhikmat, sakti. 3. Ketulahan, terpesona (ark-kuno) | Makna | 28.10.2015 |
Nama saya Nureeta Yayor. Saya ingin bertanya apakah makna Bertuah Terima kasih. | Bertuah bermaksud: 1. Mempunyai tuah, bernasib baik, berbahagia, beruntung. 2. Mendatangkan tuah, berhikmat, sakti. 3. Ketulahan, terpesona (ark-kuno) | Makna | 28.10.2015 |