apakah maksud produktif dan kompetitif dalam maksud yang tepat | Produktif bermaksud 1. berupaya atau boleh mengeluarkan hasil yg banyak; 2. mencapai banyak hasil, berhasil; 3. berupaya membiak, melahirkan anak atau menyebabkan kelahiran, subur. Kompetitif pula bermaksud bersifat persaingan, cenderung atau suka bersaing. | Makna | 18.04.2007 |
Adakah ayat ini betul? Remaja yang tidak mendapat didikan agama dan moral tidak berupaya membezakan antara intan dengan kaca. | Remaja yang tidak mendapat didikan agama dan moral tidak berupaya membezakan antara intan dengan kaca, ayat ini tidak gramatis (kurang tepat). | Tatabahasa | 17.04.2015 |
mana satu betul? 1)mencincang daging @mencenceng daging 2)mencium durian @mengcium durian 3) sayatidak upaya melayan kerenahnya atau saya tidak berupaya untuk melayan karenahnya. 4)usaha membenteras maksiat itu patut dipuji @ usaha membanteras maksiat itu patut dipuji. | Penggunaan yang betul ialah: 1) mencenceng daging; 2)mencium durian; 3) saya tidak berupaya untuk melayan kerenahnya; dan 4) usaha membanteras maksiat itu patut dipuji. Untuk mendapatkan tentang ejaan dan tatabahasa, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan (kata kunci) yang diperlukan dalam ruangan CARI dan saudara akan memperoleh data daripada pelbagai bidang termasuklah kamus, istilah, peribahasa dan sebagainya. | Tatabahasa | 14.05.2011 |
1. Kini telefon bimbit berkamera mula mendapat perhatian pengguna. 2. Telefon bimbit berkamera berupaya mengambil gambar secara pegun atau visual. 3. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar bergerak sangat pantas. 4. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar tidak terkejar oleh pengguna. 5. Telefon bimbit dilengkapi dengan fungsi capaian internet, berkamera dan memuat turun muzik. 6. Telefon bimbit moden turut bertindak sebagai PDA iaitu umpama diari digital bergerak yang menjaga rutin anda setiap hari. Tuan, apakah kata hubung yang sesuai digunakan untuk menggabungkan ayat-ayat di atas supaya menjadi 3 ayat saja? | 1. Kini telefon bimbit berkamera yang berupaya mengambil gambar secara pegun atau visual mula mendapat perhatian pengguna. 2. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar bergerak sangat pantas sehinggakan tidak terkejar oleh pengguna. 3. Telefon bimbit dilengkapi dengan fungsi capaian internet, berkamera dan memuat turun muzik turut bertindak sebagai PDA, iaitu diari digital bergerak yang menjaga rutin hidup anda setiap hari.
| Tatabahasa | 14.05.2020 |
Makanan pedas didapati berupaya menjadi agen yang merangsang selera makan dengan menggalakkan peredaran air liur dan jus gastrik. apakah jenis ayat ini? pendedahan atau penghujahan | Jenis ayat ini ialah ayat penyata yang mendedahkan sesuatu fakta. | Lain-lain | 15.01.2015 |
Frasa mana yang lebih tepat? 1. orang kurang upaya ATAU 2. orang kurang berupaya. Saya amat menghargai sekiranya pihak tuan dapat memberikan alasan jawapan terhadap soalan saya ini. | Ejaan yang betul ialah orang kurang upaya. | Ejaan | 04.08.2008 |
Apa perbezaan perkataan ORGANISMA & ORGANISME | Oraganisma ialah haiwan, tumbuhan, dan benda-benda yang berupaya menjalani proses kehidupan seperti bernafas, makan, membesar, dan membiak. Manakala organisme merujuk kepada atau berkaitan dengan faktor atau proses yang terlibat dalam integrasi dan pengekalan keindividuan satu organisma. | Makna | 11.08.2009 |
Perbezaan kata 'dapat' dengan 'boleh'. | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud dapat ialah boleh (berupaya) melakukan sesuatu atau sanggup. Manakala boleh pula bermaksud tidak mustahil untuk melakukan sesuatu. Maka dapat dan boleh merujuk kepada maksud yang sama dan boleh digunakan mengikut konteks ayat. | Makna | 18.05.2016 |
Mohon pencerahan berkaitan jawapan yang palin tepat bagi soalan berikut: Pak Cik Jamaluddin sudah berusia 87 tahun. ____________ ,dia berupaya untuk mengusahakan kebun buah-buahannya. A. Walhal B. Sekalipun C.Namun demikian D. Walau bagaimanapun | C. Namun demikian | Tatabahasa | 13.05.2015 |
Makna Karisma | Makna karisma ialah kualiti (daya kepimpinan, daya penarik) atau sifat-sifat tertentu seseorang individu yg menjadikannya berupaya mempengaruhi atau menjadi perangsang kpd khalayak ramai. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 23.09.2008 |