Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.sia]/[ber.u.sia] | براوسيا

Definisi : 1. mempunyai usia, berumur: beliau telah menjadi anggota parti ketika ~ 14 tahun; 2. = ~ lanjut (sudah) agak tua: pengadil biasanya terdiri drpd orang-orang yg telah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.sia]/[ber.u.sia] | براوسيا

Definisi : mempunyai usia; berumur: Ketika emaknya pergi ke Mekah, ia ~ enam tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berusia


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan/puan, Pertanyaan saya: 1. Untuk alamat rumah ~ ditulis Nombor 18 @ No. 18? 2. Wanita itu berusia enam puluhan @ berusia 60-an? Terima kasih.
Untuk penulisan alamat lazimnya ditulis dalam singkatan iaitu no. 18 manakala jawapan yang betul bagi soalan kedua ialah 60-an. 
Lain-lain29.06.2019
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya ayat yang manakah yang betul: (a) "Saya berusia antara 16 hingga 60 tahun"; atau (b) "Saya berusia antara 16 dan 60 tahun". Untuk makluman, konteks ayat ini ingin merangkumi kedua-dua umur 16 dan 60 tahun juga. Sekian, terima kasih.Frasa yang betul ialah "berusia daripada 16 hingga 60 tahun". Kata sendi berpasangan yang betul bagi antara ialah dengan, seperti "antara A dengan B".Tatabahasa14.06.2018
Saya membayangkan status facebook saya pasti berbunyi begini: Wanita bujang berusia 26 tahun yang menganggur dan tinggal bersama kedua orang tuanya, tidak tahu apa yang mahu dilakukan dengan hidupnya. [atau begini:] Saya membayangkan status facebook saya pasti berbunyi begini, "Wanita bujang berusia 26 tahun yang menganggur dan tinggal bersama kedua orang tuanya, tidak tahu apa yang mahu dilakukan dengan hidupnya." [yang mana satu yang tepat?]Yang kedua lebih tepat, iaitu menggunakan tanda petik yang merujuk petikan.Lain-lain17.11.2011
Seorang 'ulat bilik' berusia 31 tahun nyaris maut selepas ditikam oleh sekumpulan lelaki kerana cuba memonopoli semua bilik sebuah hotel di pusat peranginan Genting Highlands semalam. - Mstar online Apakah maksud 'ulat bilik' ? Terima kasih.Contoh penggunaan kata ulat yang  selalu digunakan dalam frasa ialah ulat buku yang bermaksud seseorang yang sangat rajin membaca buku. Manakala bagi contoh yang membawa maksud negatif ialah seseorang yang menjalankan kegiatan tidak mengikut peraturan yang betul seperti ulat teksi. Dalam contoh ayat yang diberikan, gambaran  ulat bilik  tidak ada dalam rujukan kami. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mendapatkan maklumat lanjut.Makna03.09.2009
1)Pemilihan syarikat konsesi bagi program penswastaan kerajaan pada masa depan seboleh-bolehnya akan dibuat menerusi pembidaan.2)Pemuda yang berusia lewat 30an itu ialah anak saudara Puan Hernina.3)Kedai Pak Nazeli dapat dilihat daripada jauh kerana warna dindingnya agak kebiru-biruan.TOLONG BETULKAN.TERIMA KASIH.1. Pemilihan syarikat konsesi bagi program penswastaan kerajaan pada masa hadapan seboleh-bolehnya akan dibuat menerusi pembidaan.
2. Pemuda yang berusia lewat 30-an itu ialah anak saudara Puan Hernina.
3. Kedai Pak Nazeli dapat dilihat dari jauh kerana warna dindingnya kebiru-biruan.
Tatabahasa23.07.2012
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya, adakah ayat berikut betul 'Bangunan itu sudah berusia 60 tahun.' Terima kasih.

Ayat tersebut betul.

Lain-lain23.11.2011
1.Adik menyarungkan kasut dekat kakinya lalu keluar dari rumah. 2.Walaupun sudah berusia,namun datuk masih teguh ke hutan mencari akar kayu. 3.Amboi,murah sekali telefon bimbit di kedai ini! 4.Sebaik sahaja kami melalui jalan ini,bangunan itu belum terbakar. 5.Pendapatannya sudah mencecah RM 10 000 sebulan sejak berniaga. 6.Linie yang sedang demam panas itu sering mengacau dengan memanggil-manggil nama ayah. 7.Pokok-pokok yang tumbang itu menahan perjalanan kenderaan. Soalan-soalan tersebut mana salah?Semua soalan tersebut tidak gramatis, contohnya ayat pertama: penggunaan frasa 'dekat pada kaki' dan 'keluar dari rumah' adalah tidak tepat. Sepatutnya ayat tersebut menjadi: Adik menyarungkan kasut lalu keluar daripada rumah. Untuk soalan kedua hingga ketujuh, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga.Tatabahasa18.02.2012
Mohon pencerahan berkaitan jawapan yang palin tepat bagi soalan berikut: Pak Cik Jamaluddin sudah berusia 87 tahun. ____________ ,dia berupaya untuk mengusahakan kebun buah-buahannya. A. Walhal B. Sekalipun C.Namun demikian D. Walau bagaimanapunC. Namun demikianTatabahasa13.05.2015
Selamat sejahtera.Berikutnya beberapa soalan yang ingin ditanya: 1. A. Dia seorang perempuan yang diam. B. Dia seorang perempuan yang pendiam. Mana satu yang betul ye? 2. Walaupun saya berusia dua tahun lebih tua daripada dia, tetapi saya lebih rendah daripada dia. Bolehkan "walaupun" dan "tetapi" digunakan dalam satu ayat yang sama? 3. A. Dia membelanjakan banyak wang untuk melancong. B. Dia banyak membelanjakan wang untuk melancong. C. Dia membelanjakan wang yang banyak untuk melancong. Sekian, terima kasih. :)Jawapan yang betul dan tepat ialah:
1. Dia seorang perempuan yang pendiam.
2. Walaupun saya berusia dua tahun lebih tua daripada dia, tetapi saya lebih rendah daripada dia.  (Berdasarkan ayat yang telah diberikan oleh saudara ini, "walaupun" boleh digunakan bersama "tetapi")
3. Dia banyak membelanjakan wang untuk melancong atau Dia membelanjakan wang yang banyak untuk melancong.
Tatabahasa17.09.2019
Penggunaan kata ganda penuh "kanak-kanak" dalam ayat berikut betul atau tidak? ~Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dimasukkan ke hospital kelmarin kerana terkena renjatan elektrik. Terima kasih.Penggunaan perkataan kanak-kanak dalam ayat adalah betul.Tatabahasa05.05.2013
123

Kembali ke atas