Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.wa.jib] | برواجب

Definisi : bertanggungjawab mengelolakan atau mengurus sesuatu (bkn orang, institusi, dll): bantahan itu sudah disampaikan kpd yg ~; bidang ini juga melibatkan DBP, pihakpihak yg ~, dan orang ramai dlm menentukan taraf bahasa Melayu di negara ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.wa.jib] | برواجب

Definisi : bertanggungjawab melaksanakan sesuatu: Pihak ~ mesti mengambil tindakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wajib (adverba,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan mesti, fardu, tidak boleh tidak, patut, hendaklah, kena patuhi;,
Kata Terbitan : sewajibnya, berwajib, mewajibkan, kewajipan, berkewajipan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah langkah-langkah mengatasi masalah bahasa? (seperti bahasa rojak)Penggunaan bahasa yang baik dan santun hanya dapat dibudayakan melalui pendidikan. Semua pihak perlu menjadikan pendidikan sbg wadah utk membina sahsiah generasi kita termasuk dalam soal penggunaan bahasa kecintaan kepada bahasa warisan bangsa. Kedua, penguatkuasaan dan pengawasan secara bersepadu oleh semua pihak berwajib untuk memastikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dihormati penggunaannya pd papan tandam nama jaln, tempat banguna dsb. Dalam bidang penyiaran Suruhanjaya Komunikasi Multimedia bertanggungjawab memastikan garis panduan yang mensyaratkan 60% siaran mesti dalam bahasa Melayu dipenuhi oleh stesen radio dan televisyen swaasta dan kerajaan. Untuk maklumat lanjut silalah berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP.Makna09.10.2006
Apakah langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasi kemerosotan penggunaan bahasa Melayu pada masa ini? Apakah faktor-faktor utama kemerosotan penggunaan dalam bahasa melayu?

Banyak langkah-langkah yang sesuai boleh diambil untuk mengatasi kemerosotan penggunaan bahasa Melayu (BM) pada masa kini antaranya aktiviti Bulan Bahasa dan Sastera Negara yang telah dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sejak bertahun-tahun dahulu sehingga kini. Kecenderungan masyarakat mengagung-agungkan bahasa Inggeris (BI) dalam berbagai bentuk adalah antara punca kemerosotan penggunaan BM dan ditambah lagi dengan sokongan pihak berwajib dalam penguatkuasaan penggunaan BI dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Untuk maklumat lanjut sila rujuk artikel-artikel yang berkenaan yang telah terbit di akhbar-akhbar  dan majalah-majalah tempatan bagi menjawab persoalan tuan/puan.

 
Lain-lain15.10.2008
Saya merujuki buku “Ulang Kaji Total Bahasa Melayu Terkini Tingkatan 1, 2, 3, PMR” terbitan Sasbadi, 2006, halaman 245 – 246. Dinyatakan bahawa (1) kata nama khas seperti nama orang, nama tempat dan judul buku (2) kata majmuk seperti tanah tinggi dan kompleks beli belah dan (3) cogan kata, simpulan bahasa, ungkapan dan sebagainya dikira sebagai sepatah perkataan. Contoh lain yang dianggap sebagai sepatah perkataan berdasarkan panduan itu ialah “Syed Muhammad Amin”, “Kota Kinabalu”, “bahasa jiwa bangsa” dan “bagai menatang minyak yang penuh”. Apakah pendirian KNDBP?1. Pendirian kami jelas, iaitu seperti yang termaktub dalam buku Tatabahasa Dewan. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu termasuklah nama orang, nama tempat dan judul buku.
2. Tanah tinggi ialah frasa nama dan kompleks beli-belah ialah kata majmuk.
3. Dalam contoh yang diberikan, perkataan dikira berdasarkan jumlah kata yang terkandung dalam ungkapan tersebut. Walau bagaimanpun hal ini mungkin berbeza dengan skema peperiksaan. Lazimnya kami akan mengingatkan pengguna untuk tujuan peperiksaan, eloklah dirujuk kepada pihak yang berwajib melalui guru di sekolah. Wallahu'alam.
Tatabahasa09.05.2012

Kembali ke atas