Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.war.na] | برورنا

Definisi : 1. mempunyai warna (spt merah, hijau, dll), ada warnanya: kain tabir ~ biru tua; bangsa (kulit) ~ bangsa yg kulitnya hitam (coklat dll), bukan bangsa kulit putih; 2. menarik, istimewa, berlainan drpd sesuatu yg biasa: pelbagai kaum mempunyai cara hidup, kepercayaan, dan sifat semula jadi sendiri dan ini menjadikan suasana di sini lebih ~ dan unik (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.war.na] | برورنا

Definisi : mempunyai warna: Kain langsir rumahnya ~ kuning. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berwarna

Peribahasa

Bertelau-telau seperti panas di belukar.

Bermaksud :

Perintah yang tidak sama atau tidak tetap. telau = belang yang berwarna lebih muda.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Baju raya saya berwarna merah. berwarna merah ialah frasa kerja atau frasa adjektif? tqBerwarna merah ialah frasa kerja.Tatabahasa26.09.2014
Tuan, Kamu ingin baju berwarna merah atau baju berwarna biru? ATAU Kamu ingin baju berwarna merah atau biru? Manakah ayat yang betul?Ayat yang betul ialah Kamu inginkan baju berwarna merah atau biru?Tatabahasa05.08.2010
Salam sejahtera. Buku itu berwarna biru.Perkataan berwarna dalam ayat ini ialah kata nama atau kata kerja?Biru ialah kata adjektif yang menjadi pelengkap kepada frasa kerja berwarna.Tatabahasa13.10.2014
saya suka baju biru /saya suka baju berwarna biru. kedua-dua ayat ini betul? Bilakan perkataan berwarna mesti digunakan? terima kasih.Kedua-dua ayat betul, perkataan berwarna lazimnya digunakan apabila hendak menegaskan sesuatu. Contohnya baju yang berwarna biru itu saya punya.Tatabahasa04.08.2013
Penselnya yang hilang itu tidak berwarna merah. Penggunaan tidak di sini betul atau tidak? Kalau salah, bagaimanakah penjelasannya sebab berwarna merah itu frasa adjektifFrasa "tidak berwarna merah" tidak tepat. Ayat yang betul ialah Penselnya yang hilang itu bukan yang berwarna merah.Lain-lain30.09.2021
"Kasut Gucci ini kini dalam berwarna merah." Ayat di atas, "dalam berwarna" adakah betul? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Kasut Gucci ini kini berwarna merah."Lain-lain07.02.2023
Jwp yang berikut dipetik drp halaman Khidmat Nasihat. Adakah perkataan 'berwarna' merupakan kata kerja? Perkataan berwarna ialah kata adjektif. Tatabahasa 21.02.2011 Bukankah berwarna kata kerja?Awalan ber- boleh bergabung dengan pelbagai kelas kata termasuklah kata adjektif dan menerbitkan kata kerja. Untuk maklumat lanjut, lihat halaman 169, buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa22.07.2015
1. Taburkan beras hancur berwarna di atas lakaran. 2. Taburkan beras hancur berwarna pada lakaran. Ayat mana yang betul? terima kasih.Ayat yang betul ialah Taburkan beras hancur berwarna pada lakaran.Tatabahasa26.04.2025
Apakah terjemahan bagi poison dart frog? Haiwan ini bersaiz lebih kecil daripada jari manusia dewasa. Mempunyai kulit yang berwarna terang dan berwarna-warni seperti kuning, merah, biru, ungu dan lain-lain. Selalunya bercorak seperti bintik-bintik dan berjalur. Kulit katak ini sangat beracun.Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan khidmat penterjemahan. Bagi mendapatkan khidmat penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: info@itbm.com.my.
Penyemakan dan penterjemahan04.09.2024
1. Kami memperindah ruang tamu dengan belon yang berwarna-warni / belon-belon yang berwarna-warni 2. Mereka membuang sampah di merata-rata tempat / merata-rata tempat.

1. Kami memperindah ruang tamu dengan belon yang berwarna-warni.

2. Mereka membuang sampah di merata-rata tempat.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut.

Tatabahasa05.06.2010
12345678910...

Kembali ke atas