Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berwarna 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Macam mana dgn ayat ini, Saya ada baju berwarna merah , kuning ,hijau dan biru. Adakah baju yg saya ada 1 merah, 1 kuning, 1 hijau dan 1 biruSaya ada baju berwarna merah, kuning, hijau dan biru. Ayat ini bermaksud memiliki baju berwarna merah, kuning, hijau dan biru tanpa diketahui jumlah bagi setiap warna atau keseluruhan baju.Makna11.01.2017
soalan 1: 1. Saya nak ucap terima kasih juga kepada Setiausaha Agung yang rambutnya teristimewa sekarang ini.......Kesalahan yang terdapat pada ayat ini ialah "yang rambutnya teristimewa" sekarang ini...... (boleh jelaskan kenapa "yang rambutnya teristimewa salah") 2. Yang pertama, bahawa... Yang pentingnya,....kenapa perkataan "yang" tidak sesuai diguna pakai di awal ayat??? boleh tolong jelaskan?Jawapan 1:
Ayat yang lebih sesuai ialah "yang berambut "istimewa" sekarang ini...". Perlu ada tanda "  " pada perkataan istimewa kerana istimewa di sini boleh menjelaskan pelbagai maksud. Mungkin juga berambut cantik, berambut pelik dan sebagainya.
Jika hendak menggantikan ayat yang lebih sesuai ialah "yang rambutnya sangat istimewa atau yang rambutnya sangat luar biasa sekarang ini". Maksud "teristimewa" ialah "yang luar biasa, yang sangat khas, terkhusus"(Kamus Dewan Edisi Keempat).Jika ayat "yang rambutnya teristimewa" digunakan, maka ayat ini salah kerana ayat yang digunakan berbunyi" yang rambutnya yang luar biasa" . Penggunaan "yang" dua (2) kali berturut-turut dalam ayat bahasa Melayu adalah tidak sesuai dan hendaklah dielakkan.

Jawapan 2:
"yang" adalah kata hubung dalam bahasa Melayu. Kata hubung bermaksud menghubungkan satu perkataan dengan perkataan yang lain. Contohnya: Saya membeli baju yang berwarna hijau. Perkataan "yang" menghubungkan perkataan "baju" dan "berwarna". Perkataan "yang" hanya biasa digunakan dalam penulisan seperti slogan, puisi atau pantun dan seumpamanya sahaja. Contohnya: "Yang indah itu bahasa".
Tatabahasa29.03.2013
1. Taburkan beras hancur berwarna di atas lakaran. 2. Taburkan beras hancur berwarna pada lakaran. Ayat mana yang betul? terima kasih.Ayat yang betul ialah Taburkan beras hancur berwarna pada lakaran.Tatabahasa26.04.2025
Manakah yang betul? 1. Kereta mewah yang berwarna hitam itu besar..........( nian, sungguh) 2. Payung itu tersandar ( di, pada ) dinding.1. Kereta mewah yang berwarna hitam itu besar sungguh.
 2. Payung itu tersandar pada dinding.
Tatabahasa24.03.2015
1. Kami memperindah ruang tamu dengan belon yang berwarna-warni / belon-belon yang berwarna-warni 2. Mereka membuang sampah di merata-rata tempat / merata-rata tempat.

1. Kami memperindah ruang tamu dengan belon yang berwarna-warni.

2. Mereka membuang sampah di merata-rata tempat.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut.

Tatabahasa05.06.2010
saya ingin memohon supaya menyemak 2 ayat di bawah ini samada ada kesalahan tatabahasa / struktur ayat atau lain-lain. 1) Ali membeli belon berwarna merah, kuning dan hijau. 2) Ali membeli belon berwarna merah, kuning, dan hijau. ada pandangan lain menerangkan bahawa : ayat 1 : Ali beli 2 belon sahaja iaitu merah dan satu lagi kuning dan hijau. ayat 2 : Ali beli 3 belon iaitu merah, kuning dan juga hijau. Ini agak mengelirukan saya, harap pihak tuan/puan boleh memberi satu penjelasan yang tepat. Sekian, terima kasih. Ms.ChanAyat yang betul ialah:

Ali membeli tiga belon yang berwarna merah, kuning dan hijau.

Terima kasih.

Tatabahasa21.08.2017
1)Manakah ayat yang betul ? a) Kita perlu berjimat air. b) Kita perlu menjimatkan air. c) Kita perlu berjimat menggunakan air. 2) Adakah ayat ini dianggap betul ? a) Langit berwarna merah. b) Langit berwarna putih. b) Langit sangat tinggi. Terima kasih1. Yang Betul  = Kita perlu berjimat menggunakan air.

2. Ketiga-tiga ayat tersebut betul.
Tatabahasa19.10.2012
Adakah ayat berikut betul, 1. Kulit pisang semasa muda berwarna hijau.
Ayat yang betul ialah kulit pisang muda berwarna hijau
Tatabahasa03.05.2017
Bolehkah ayat-ayat berikut diterima? 1. ‘Baju saya merah.’ Dalam ayat ini, haruskah perkataan ‘berwarna’ hadir di hadapan perkataan ‘merah’ ataupun ayat tersebut boleh diterima tanpa penggunaan perkataan ‘berwarna’? 2. ‘Kertas itu disalah cetak’ atau ‘Kertas itu dicetak salah’ ? 3. ‘Buku ini mahal.’ Dalam ayat ini, haruskah perkataan ‘harga’ hadir di hadapan ‘buku’ ataupun tidak perlu? 4.’Buku itu saya punya’ atau ‘Buku itu kepunyaan saya’ ?1. Ayat 'Baju saya merah.' boleh digunakan tanpa menambah perkataan 'berwarna' kerana perkataan 'merah' membawa maksud warna seperti darah.
2. Ayat yang betul ialah 'Kertas itu dicetak salah.'
3. Ayat 'Buku ini mahal.' boleh digunakan tanpa menambah perkataan 'harga' kerana perkataan 'mahal' membawa maksud tinggi harganya.
4. Kedua-dua ayat boleh digunakan. 
Tatabahasa30.03.2021
1. Nombor yang berwarna merah menyatakan "standard pembelajaran" dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). 2. Dalam KSSR ada kriteria untuk mengukur setiap "standard kandungan". Adakah ungkapan “standard pembelajaran” dan "standard kandungan” persis?Dari aspek bahasa "standard kandungan" dan "standard pembelajaran" membawa maksud yang berbeza. Walau bagaimanapun ada kemungkinan kedua-dua ungkapan tersebut merujuk perkara yang sama jika kementerian berpendapat pembelajaran berasaskan kandungan yang telah disediakan. Oleh itu, sila rujuk dengan pihak Kementerian Pelajaran untuk kesahihan penggunaan ungkapan tersebut.Makna21.04.2012
12345

Kembali ke atas