| Macam mana dgn ayat ini, Saya ada baju berwarna merah , kuning ,hijau dan biru. Adakah baju yg saya ada 1 merah, 1 kuning, 1 hijau dan 1 biru | Saya ada baju berwarna merah, kuning, hijau dan biru. Ayat ini bermaksud memiliki baju berwarna merah, kuning, hijau dan biru tanpa diketahui jumlah bagi setiap warna atau keseluruhan baju. | Makna | 11.01.2017 |
| Assalamualaikum, Apakah maksud rama-rama yang betul? Daripada kamus DBP: Rama-rama : [1.sj serangga yg sayapnya lebar dan cantik (dlm pelbagai warna), kupu-kupu; 2. kupu-kupu (besar dan tidak berwarna-warni sayapnya).] ATAU; [serangga bersayap empat yg lebih banyak terbang pd waktu malam dan tertarik pd cahaya (warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk drpd badan kupu-kupu).] Berlaku percanggahan maksud. Kalau dalam English butterfly=kupu-kupu, moth=rama-rama. Yang manakah yang betul? | Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, rama-rama ialah serangga bersayap empat yang lebih banyak terbang pada waktu malam dan tertarik pada cahaya, dan warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk daripada badan kupu-kupu. Kupu-kupu ialah serangga yang mempunyai sepasang sesungut, empat sayap dan biasanya berwarna-warni dan terang warnanya. Jika berlaku percanggahan dalam data kami, untuk melihat makna yang lebih persis kami sarankan tuan/puan mengambil data daripada Kamus Pelajar. | Makna | 25.10.2013 |
| Bolehkah ayat-ayat berikut diterima? 1. ‘Baju saya merah.’ Dalam ayat ini, haruskah perkataan ‘berwarna’ hadir di hadapan perkataan ‘merah’ ataupun ayat tersebut boleh diterima tanpa penggunaan perkataan ‘berwarna’? 2. ‘Kertas itu disalah cetak’ atau ‘Kertas itu dicetak salah’ ? 3. ‘Buku ini mahal.’ Dalam ayat ini, haruskah perkataan ‘harga’ hadir di hadapan ‘buku’ ataupun tidak perlu? 4.’Buku itu saya punya’ atau ‘Buku itu kepunyaan saya’ ? | 1. Ayat 'Baju saya merah.' boleh digunakan tanpa menambah perkataan 'berwarna' kerana perkataan 'merah' membawa maksud warna seperti darah. 2. Ayat yang betul ialah 'Kertas itu dicetak salah.' 3. Ayat 'Buku ini mahal.' boleh digunakan tanpa menambah perkataan 'harga' kerana perkataan 'mahal' membawa maksud tinggi harganya. 4. Kedua-dua ayat boleh digunakan.
| Tatabahasa | 30.03.2021 |
| Penggunaan bentuk tulisan dan warna memberikan maksud atau perasaan yang berbeza dalam sesebuah penulisan. Sila jelaskan sekiranya; 1. Semua aksara yang digunakan huruf besar. Ianya bermaksud amaran. Adakah ia benar? 2. Semua Aksara yang digunakan berwarna merah. Ianya memberikan maksud marah. Adakah ia benar? Terima Kasih. | Tidak ada maklumat yang diperkatakan dalam pangkalan data kami. Pada pandangan kami maklumat yang disampikan mungkin benar dan mungkin juga tidak benar bergantung pada konteks penggunaannya. Contohnya dalam dokumen perjanjian, ada perkataan yang ditulis dengan huruf besar kesemuanya bagi menjelaskan perkataan tersebut agar diambil perhatian oleh pembacanya. | Tatabahasa | 26.07.2012 |
| Salam sejahtera, Tuan. 1. Apakah perbezaan antara rama-rama dan kupu-kupu? 2. Serangga yg berwarna-warni hinggap pada bunga itu dipanggil rama-rama @ kupu-kupu? 3. catur Cina @ catur cina? Huruf c bagi perkataan "cina" sepatutnya huruf besar @ kecil? 4. Ampun, tuanku. Patik akan menurut perintah tuanku. @ Ampun tuanku. Patik akan menurut perintah tuanku. ( selepas perkataan ampun sepatutnya letakkan tanda koma atau tidak) Terima kasih atas penjelasan Tuan. | 1. Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, rama-rama ialah serangga bersayap empat yang lebih banyak terbang pada waktu malam dan tertarik pada cahaya, dan warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk daripada badan kupu-kupu. Kupu-kupu ialah serangga yang mempunyai sepasang sesungut, empat sayap dan biasanya berwarna-warni dan terang warnanya. 2. Dalam konteks ini, nama yang lebih tepat ialah kupu-kupu. 3. Cina perlu dieja dengan huruf besar. 4. Ayat yang betul ialah: Ampun tuanku, patik akan menurut perintah tuanku. (koma selepas tuanku dan tidak perlu noktah) | Tatabahasa | 29.08.2020 |
| Saya ada satu kemusykilan. Adakah perkataan 'kaleidoskop' juga membawa maksud 'pelbagai peristiwa yang telah berlaku pada sesuatu tahun'? Terima kasih. | Tuan, Mengikut Kamus Dewan, kaleidoskop bermaksud: 1. sejenis alat mainan (berbentuk tiub, dengan lubang kecil pada satu penghujung) yang membolehkan seseorang melihat corak tertentu yang berwarna-warni (melalui lubang tersebut) apabila tiub itu diputarkan; 2. pola warna, imej, dan sebagainya yang sering berubah dengan cepat. | Istilah | 08.06.2019 |
| makna efek,teoretisi,kaleidoskop? | Kata efek tak wujud dalam bahasa Melayu jika diterjemakan daripada kata effect (bahasa Inggeris) terjemahan dalam bahasa Melayunya ialah kesan (bukan efek) . Teoretisi tiada dalam bahasa Melayu yang ada hanyalah teoretis iaitu berdasarkan teori, berhubung dgn atau menurut teori. Kaleidoskop bermaksud; 1. sj alat mainan (berbentuk tiub, dgn lubang kecil pd satu peng hujung) yg membolehkan seseorang melihat corak tertentu yg berwarna-warni (melalui lubang tersebut) apabila tiub itu diputarkan; 2. pola warna, imej, dsb yg sering berubah dgn cepatnya. | Makna | 12.02.2008 |