1. Bolehkah tolong saya menyemak ayat ini betul atau tidak? Setiausaha Datuk Salleh bukan sombong sebaliknya paling berwaspada selalu menerima tetamu. Tolong berikan alasan. 2. Saya masih keliru dengan letaknya kata penegas -kah dalam ayat berikut. Berapakah kilo durian itu ? atau Berapa kilokah durian itu ? dan Berapakah lama kamu tinggal di sini ? atau Berapa lamahkah kamu tinggal di sini? 3. Yang manakah betul ? Minta/Tolong berikan perhatian dan "Minta / Tolong bersabar tuan-tuan. Acara akan dimulakan sebentar sahaja lagi," kata juruacara itu. 4. Sultan dan permaisuri telah melawat ke kampung kami. Ketibaan baginda/ mereka berdua disambut oleh penduduk kampung dengan meriah sekali. 3. | Sdr. Ming, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Saya benar-benar berharap supaya Sdr. dapat memberikan maklumat yang lengkap pada borang pertanyaan yang disediakan. Ayat ini, Setiausaha Datuk Salleh bukan sombong sebaliknya paling berwaspada selalu menerima tetamu, boleh dibaiki seperti ini- Setiausaha Datuk Salleh bukan sombong sebaliknya sentiasa berwaspada apabila menerima tetamu- penulis atau pengucap tidak dapat memilih perkataan yang sesuai untuk digunakan. bagi soalan kedua dan seterusnya jawapannya ialah, Berapa kilokah durian itu ?, Berapa lamahkah kamu tinggal di sini?, Tolong berikan perhatian dan "Tolong bersabar tuan-tuan. Acara akan dimulakan sebentar sahaja lagi," kata juruacara itu. Sultan dan permaisuri telah melawat ke kampung kami. Ketibaan baginda berdua disambut oleh penduduk kampung dengan meriah sekali. Terima kasih. | Makna | 23.04.2009 |
1. Wanita itu menangis (teresak-esak / tersedu-sedu) kerana kehilangan suaminya yang tersayang. 2. (Banyak kanak-kanak) kelihatan (letih lesu) dalam bulan Ramadan. Bahagian manakah dalam ayat ini salah? Atau tiada kesalahan. 3. Golongan remaja perempuan perlu berwaspada agar (tidak diperdaya) oleh lelaki hidung belang. ATAU Golongan remaja perempuan perlu berwaspada agar (tidak mudah terperdaya) oleh lelaki hidung belang. 4. Ibu (memasakkan) sambal udang untuk abang yang baru pulang dari asrama. 5. Berikut (adalah) peserta yang berjaya ke peringkat akhir. 6. Sangat sukar sekali untuk kami membuat keputusan itu. 7. Mereka berjalan cepat-cepat ke sekolah kerana hujan renyai-renyai mulai turun. 8. Ken Yee (diam) di rumah banglo yang terletak di hujung kampung itu. 9. Para pelajar disuruh duduk (diam) semasa ketiadaan guru. 10. (Sementara) itu kapal belajar juga, makin lama makin laju. 11. Kami (menemukan) beg pelajar itu di belakang bangunan itu. | 1. Wanita itu menangis teresak-esak kerana kehilangan suaminya yang tersayang. 2. Banyak kanak-kanak kelihatan letih/lesu dalam bulan Ramadan. - ayat ini betul 3. Golongan remaja perempuan perlu berwaspada agar tidak mudah terperdaya oleh lelaki hidung belang. 4. Ibu memasakkan sambal udang untuk abang yang baru pulang dari asrama. 5. Berikut ialah peserta yang berjaya ke peringkat akhir. 6. Sangat sukar sekali untuk kami membuat keputusan itu. 7. Mereka berjalan cepat-cepat ke sekolah kerana hujan renyai-renyai mulai turun. 8. Ken Yee tinggal di rumah banglo yang terletak di hujung kampung itu. 9. Para pelajar disuruh diam semasa ketiadaan guru. 10. Sementara itu kapal belayar juga, makin lama makin laju. 11. Kami menemukan beg pelajar itu di belakang bangunan itu. Untuk menyemak penggunaan perkataan yang sesuai, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari. Untuk memastikan penggunaan kata penguat yang betul seperti dalam soalan ketujuh (7) rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 259. | Tatabahasa | 24.10.2011 |
Makna 'Alert' dalam Bahasa Melayu | 'Alert' bermaksud berjaga-jaga, berawas-awas, berwaspada. | Makna | 19.04.2007 |
maksud: peranan konteks dalam menentukan makna (semantik) serta contoh ayat. | Makna sesuatu perkataan yang diujarkan boleh diketahui dengan melihat konteks penggunaannya. Contoh: 1. Awak betul-betul hati batu ( hati membawa maksud degil, tetap pendirian) 2. Sedap betul makan hati dengan nasi beriyani. (Hati membawa maksud organ haiwan yang menjadi hidangan yang menyelerakan) 3. Berhati-hati di jalan raya. (Hati bermaksud berwaspada di jalan raya bagi mengelakkan kemalangan). | Tatabahasa | 18.08.2008 |