Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.wi.ba.wa] | برويباوا

Definisi : = berkewibawaan mempunyai wibawa (kewibawaan): penggunaan kata ini akan diterima orang akhirnya jika kamus tersebut ~; utk menjadi media massa yg ~, maka gaya, isi, dan pendekatannya harus ditumpukan pd manusia dan permasalahannya yg sebenar; pemimpin juga harus cekap berfikir, cekap berpidato, mempunyai karisma tertentu, ~ tinggi, serta sentiasa bercakap positif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.wi.ba.wa] | برويباوا

Definisi : 1 mempunyai kepakaran dlm sesuatu bidang ilmu pengetahuan. 2 berkuasa dan berhak mengeluarkan perintah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wibawa
Kata Terbitan : kewibawaan, berwibawa,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kenapa pihak berwibawa tidak membuat audit terhadap buku-buku terbitan Kementerian Kesihatan kerana pihak tersebut tidak menerbitkan buku-buku dalam versi bahasa Melayu (hanya versi bahasa Inggeris).Usaha memartabatkan bahasa kebangsaan khususnya dalam sektor awam terus dimantapkan dari semasa ke semasa. Audit penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dan betul dalam sektor awam yang sedang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan antara langkah yang dilaksanakan dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan ini. Teguran hasil daripada dapatan audit ini kepada pihak yang berkenaan merupakan agenda kesinambungan usaha pemartabatan bahasa kebangsaan. Pandangan tuan dalam hal ini amat kami hargai dalam mengisi ruang yang boleh ditambah baik dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan.Lain-lain17.11.2014
INGIN MENDAPATKAN KEPASTIAN SAMA ADA AYAT DIBAWAH BOLEH DIGUNA PAKAI ATAU TIDAK. 1. KARISMA PERTUBUHAN, MANIFESTASI KECEMERLANGAN. 2. PERTUBUHAN BERWIBAWA, MANIFESTASI KECEMERLANGAN.Lebih sesuai PERTUBUHAN BERWIBAWA, MANIFESTASI KECEMERLANGANLain-lain11.02.2019
Sejak saya mengenali Kamus Dewan pada tahun 1980, tiada sebarang ilustrasi yang dimasukkan di dalam buku yang berwibawa itu. Pada hemat saya, ilustrasi amat penting apabila terdapat sesuatu perkataan yang tidak dapat dijelaskan dengan hanya memasukkan kata-kata terutama sekali bagi pelajar bukan Melayu yang benar-benar ingin mengetahui maksud sesuatu kata tetapi gagal untuk memahami penjelasan yang diberi semata-mata tiada sebarang ilustrasi. Sebagai contoh, saya perturunkan kata-kata seperti: memapah, mengelek dan kekisi. Harap mendapat perhatian dan penjelasan daripada pihak yang berkenaan.Pandangan saudara kami hargai dan untuk makluman saudara juga terdapat pelbagai jenis kamus dan kumpulan sasaran penerbitannya dan cadangan saudara akan kami kemukakan untuk penerbitan Kamus Pelajar dalam edisi yang akan datang.Lain-lain14.05.2010
Selamat sejahtera. Minta tuan/puan menyemak sama ada ayat-ayat di bawah betul atau salah. Jika salah, minta tuan membetulkannya. Terima kasih. 1. Sultan Ammar Muhaimin berkenan untuk mengurniakan tokoh pemimpin yang berwibawa itu pingat darjah kebesaran sempena sambutan majlis keputeraan baginda yang ke-63. 2. Setelah lebih sebulan terbaring sakit, kini barulah Pak Siham cekap berdiri tanpa bantuan isterinya. 3. Pergerakan tangan Ahmad yang cekap menyukarkan pihak lawan untuk menangkis serangannya. 4. Kamisan menyimpan dendam terhadap peniaga yang bersikap cekap darah itu. 5. Anak yatim yang kami jumpa semalam menceritakan semula peristiwa yang meragut nyawa kedua-dua orang tuanya. 6. En. Jefridin bersetuju memperisterikan anaknya dengan jejaka idaman pilihan anak emasnya itu.

Ayat yang betul ialah:

1. Sultan Ammar Muhaimin berkenan untuk mengurniakan pingat darjah kebesaran kepada tokoh pemimpin yang berwibawa itu bersempena dengan sambutan majlis keputeraan baginda yang ke-63.

2. Setelah lebih sebulan terbaring sakit, kini barulah Pak Siham cekap berdiri tanpa bantuan isterinya

3. Pergerakan tangan Ahmad yang cekap menyukarkan pihak lawan untuk menangkis serangannya.

4. Kamsian menyimpan dendam terhadap peniaga yang bersikap cekik darah itu.

5. Encik Jefridin bersetuju mengahwinkan anaknya dengan jejaka idaman pilihan anak emasnya itu.
Tatabahasa03.05.2022
adakah boleh memulakan ayat dengan kata kera seperti berikut: FOKUS 1: PENYEDIAAN BAKAT TERBAIK NEGARA Memperkukuh peranannya sebagai “‘inkubator’” bakat melalui ekosistem pendidikan tinggi yang menyeluruh dan holistik, USIM memberi penekanan terhadap kurikulum responsif, bimbingan akademik yang berwibawa, serta pendekatan pembelajaran interaktif yang berasaskan teknologi, universiti ini menjadi platform penting dalam membentuk graduan yang berdaya saing, inovatif dan berintegriti. Pelbagai inisiatif pembangunan sahsiah dan nilai teras turut dilaksanakan bagi memastikan pelajar bersedia menyumbang di peringkat nasional dan antarabangsa.Adakah maksud tuan penggunaan kata kerja "Memperkukuh"? Sekiranya betul, kami mencadangkan ayat tersebut dibetulkan menjadi: 
FOKUS 1: PENYEDIAAN BAKAT TERBAIK NEGARA, iaitu memperkukuh peranannya sebagai “inkubator” bakat melalui ekosistem pendidikan tinggi yang menyeluruh dan holistik. USIM memberi penekanan terhadap kurikulum responsif, bimbingan akademik yang berwibawa dan pendekatan pembelajaran interaktif yang berasaskan teknologi. Universiti ini menjadi platform penting dalam membentuk graduan yang berdaya saing, inovatif dan berintegriti. Pelbagai inisiatif pembangunan sahsiah dan nilai teras turut dilaksanakan bagi memastikan pelajar bersedia menyumbang idea/tenaga pada peringkat nasional dan antarabangsa. 
Tatabahasa23.06.2025
Saya ingin minta pengesahan samada betul menterjemah "to empower" sebagai "mengwibawa" dan "empowerment" sebagai "pengwibawaan". Sekian.Empower boleh diterjemahkan kepada memberi kuasa atau menjadikannya berwibawa dan empowerment diterjemahkan kepada pemberian kuasa atau pemerkasaan bergantung pada konteks yang digunakan.Penyemakan dan penterjemahan21.06.2019
saya ade masalah tekanan dalam hidup macam mane nak mengatasi masalah saya nie?Soalan saudara tiada kaitan dengan bahasa, sila rujuk kepada pihak yang berwibawa.Lain-lain09.07.2012
Persatuan Alumni Institut Pertanian Sabah yang baru ditubuhkan ingin mendapat pengesahan mengenai penggunaan bahasa dalam "moto persatuan" dan juga "matlamat persatuan" yang telah dicadangkan. moto persatuan :- " BERWAWASAN, BERWIBAWA DAN BERWAJA" matlamat Persatuan :- 1. menaikan martabad dan imej Institut Pertanian Sabah. 2. meningkatkan taraf hidup sosial & ekonomi bekas-bekas pelajar Institut Pertanian Sabah 3. mengujudkan kemuafakatan & usahasama dikalangan bekas-bekas pelajarMoto yang dikemukakan boleh digunakan. Matlamat : 1. Menaikkan martabat dan imej Institut Pertanian Sabah 2. Meningkatkan taraf hidup sosial dan ekonomi bekas pelajar Institut Pertanian Sabah 3. Mewujudkan  semangat kemuafakatan dan usaha sama dalam kalangan bekas pelajar,  Tatabahasa27.03.2008
Kamus Dewan mencatatkan menaksir (= mentaksir) ialah mengira atau menghitung banyaknya sesuatu seperti harga dan lain-lain. Penaksiran (= pentaksiran) ialah perihal menaksir. Ada pendapat mengatakan bahawa Daftar Kata Bahasa Melayu (DKBM) lebih berwibawa dari segi ejaan. Persoalannya, mengapakah DKBM tidak menyenaraikan “mentaksir” dan “penaksiran” di bawah masukan taksir? hlm. 1660 – 1661.Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi tidak menyenaraikan semua entri seperti Kamus Dewan. Walau bagaimanapun, pihak kami akan mengambil maklum tentang perkara ini untuk edisi seterusnya. Istilah01.12.2009
Mohon pihak tuan memberikan definisi/penerang lebih terperinci untuk Misi dan Visi berikut : a. Misi: Mempertahankan Kedaulatan Dan Kepentingan Maritim Negara Menerusi Dominan Peperangan Bawah Air. b. Visi: Angkatan Kapal Selam yang Berwibawa Dan DigeruniDBP tidak mempunyai maklumat mengenai misi dan visi jabatan. DBP hanya boleh memberikan maksud sesuatu perkataan berdasarkan makna yang diberikan dalam Kamus Dewan. Sila rujuk makna setiap perkataan tersebut melalui laman prpm.dbp.gov.myMakna16.01.2017
12345

Kembali ke atas