Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.sar] | بسر

Definisi : 1 tidak kecil ukurannya; lebih drpd sedang ukurannya: Rumahnya ~ lagi cantik. 2 hampir dewasa; tahu membezakan yg buruk drpd yg baik: Anak-anaknya semua sudah ~. 3 ukuran sesuatu benda: ~ rumahnya lebih kurang dua kali rumah ini. 4 paling tinggi pangkatnya dlm sesuatu jawatan; paling berpengaruh atau berkuasa: guru ~ guru yg menjadi ketua guru-guru di sesebuah sekolah; kerani ~ kerani yg mengetuai semua kerani di sesebuah pejabat; orang ~ orang yg memegang jawatan penting dlm kerajaan, di sesebuah firma dsb. ~ hati a. bangga. b. senang atau girang hati. ~ kepala a. tidak mahu menurut kata orang lain. b. sombong. ~ mulut banyak bercakap. ~ perut a. kuat makan. b. mengandung atau hamil. berbesar; ~ hati berasa besar hati. membesar menjadi besar; bertambah besar: Tiap-tiap benda yg hidup pasti akan ~. membesarkan 1 menyebabkan menjadi besar: Dia sedang ~ rumahnya. 2 menjaga atau memelihara hingga menjadi besar: Kita hendaklah sentiasa menghormati kedua-dua ibu bapa kita yg telah bersusah payah ~ kita. 3 menganggap penting atau tinggi: Jika kita suka ~ diri, kita akan dibenci orang. membesar-besarkan mengatakan yg bukan-bukan hingga berlebih-lebihan: Janganlah kita ~ perkara yg tidak penting itu. memperbesar menjadikan lebih besar drpd yg ada: Kerajaan bercadang hendak ~ pasukan tentera negara kita ini. besar-besaran dgn cara yg besar atau berlebih-lebihan: Majlis perkahwinan itu telah diadakan secara ~. kebesaran 1 keadaan atau sifat besar: ~ Tuhan tidak ada bandingnya. 2 tanda-tanda spt pakaian dll yg menyatakan ketinggian pangkat atau darjat: Baginda duduk bersemayam dgn memakai pakaian ~. 3 hal atau perkara yg dpt dibanggakan atau yg dpt dimegahkan; kemuliaan: ~ kerajaan Melayu Melaka termasyhur ke seluruh dunia. pembesaran hal (cara dsb) membesar atau membesarkan: Beliau telah memberikan perhatian yg lebih terhadap ~ angkatan bersenjata. pembesar 1 orang yg berpangkat tinggi: Semua ~ negeri turut hadir dlm perarakan Maulud Nabi. 2 alat utk membesarkan sesuatu: ~ suara alat utk menguatkan suara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata besar

Puisi
 

Rumah besar alang besar,
     Rumah datuk permaisuri;
Kalau tidak hajat besar,
     Bilakah tuan datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(82)
Peribahasa

Besar,
     besar gunung dipandang;
kecil,
     kecil hutang disandang.

Bermaksud :

Hutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil gunung dipandang, besar hutang disandang).

 

Lihat selanjutnya...(235)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, saya ingin menanyakan 1. Apakah beza penggunaan BESAR KEMUNGKINAN dengan KEMUNGKINAN BESAR dalam ayat.Besar kemungkinan dan kemungkinan besar, membawa maksud yang sama. Kedua-duanya boleh digunakan. Contoh ayat:

Besar kemungkinan - Besar kemungkinan, berita itu akan dikesampingkannya sahaja.

Kemungkinan besar - Ada kemungkinan besar bahawa kegiatan ter­sebut yg selama ini diharamkan di negeri itu akan dihalalkan
Istilah25.06.2015
Rumah yang didiami oleh orang-orang kaya itu besar. atau Rumah yang didiami oleh orang-orang kaya itu besar-besar. ayat yang mana betul? terima kasih.Untuk membentuk ayat yang gramatis hanya satu kata ganda dalam satu ayat. Oleh itu, ayat yang gramatis ialah Rumah yang didiami oleh orang-orang kaya itu besar.Tatabahasa27.02.2012
salam sejahtera, adakah ayat berikut betul? 1. Ibu memberi saya duit. 2. Lukisan yang dipamerkan di situ indah-indah belaka. 3. lukisan yang dipamerkan itu besar-besar belaka. terima kasih atas maklum balas.1. Ibu memberi saya duit. - ayat ini betul
2. Lukisan yang dipamerkan di situ indah-indah belaka. - ayat ini lewah, yang gramatisnya Lukisan yang dipamerkan di situ indah belaka.
3. Lukisan yang dipamerkan itu besar-besar belaka. - lewah, lihat penerangan di atas.
Tatabahasa15.03.2012
Ejaan yang betul 1.Guru Besar atau Guru besar Ayah saya seorang Guru Besar atau Ayah saya seorang Guru besarAyat yang betul ialah Ayah saya seorang guru besar. Guru besar ialah kata nama am, Guru Besar SK Keramat ialah kata nama khas.Tatabahasa18.01.2012
1. guru besar perlu tulis huruf besar G dan huruf besar B dalam ayat tak? 2. Buah kelapa muda itu mahal harganya di Restoran Mahligai. Ayat di atas betul tak? Add kesalahan tak?1. Guru besar tidak perlu dieja dengan huruf besar kerana guru besar merupakan kata nama am.

2. Ayat yang gramatis ialah Buah kelapa di Restoran Mahligai itu mahal harganya.
Tatabahasa30.08.2017
Minta penjelasan daripada tuan tentang penggunaan kata ganda. Yang manakah betul? Guru-guru besar / Guru besar-guru besarFrasa yang betul ialah guru-guru besar.Tatabahasa17.10.2017
Salam sejahtera; Tuan; 1. Bilakah "guru besar"perlu ditulis dengan huruf besar? 2. Guru Besar sekolah saya sedang berucap di atas pentas. Soalan: Dalam ayat di atas, perlukah frasa "Guru Besar" ditulis dengan huruf besar? Sekian, terima kasih.Guru besar ialah kata nama am sama seperti guru, namun apabila diganding dengan sekolah contohnya Guru Besar Sekolah Menengah Setapak maka ia menjadi kata nama khas.Ejaan30.09.2011
ejaan yang betul bagi sebutan guru-guru besar atau guru besar-guru besarEjaan yang betul ialah guru-guru besar, bagi kata majmuk apabila dijamakkan hanya perkataan pertama digandakan.Ejaan15.08.2012
mana satu betul. sama ada guru - guru besar atau guru besar- guru besar?Frasa yang betul ialah guru-guru besar.Tatabahasa06.07.2012
Yang manakah penggunaan yang tepat bagi perkataan 'menghadap' @'mengadap' dalam ayat berikut: 1) Perdana Menteri akan menghadap Sultan Pahang. 2) Perdana Menteri akan mengadap Sultan Pahang.Merujuk Kamus Dewan, daripada perkataan hadap menjadi menghadap yang bermaksud datang menemui (raja atau orang besar-besar). Perkatan mengadap juga ditemukan dalam Kamus Pelajar yang bermaksud menghadap (raja atau orang besar-besar). Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut betul, namun dalam konteks ayat yang tersebut perkataan mengadap lebih kerap digunakan.Tatabahasa17.05.2013
12345678910...

Kembali ke atas