Salam sejahtera, saya ingin menanyakan 1. Apakah beza penggunaan BESAR KEMUNGKINAN dengan KEMUNGKINAN BESAR dalam ayat. | Besar kemungkinan dan kemungkinan besar, membawa maksud yang sama. Kedua-duanya boleh digunakan. Contoh ayat: Besar kemungkinan - Besar kemungkinan, berita itu akan dikesampingkannya sahaja. Kemungkinan besar - Ada kemungkinan besar bahawa kegiatan terĀsebut yg selama ini diharamkan di negeri itu akan dihalalkan | Istilah | 25.06.2015 |
Sangat besar sekali, amat besar sekali, sungguh besar sekali, agak besar sekali, frasa-frasa adjektif tersebut betul? | Frasa adjektif yang betul ialah: · Sangat besar · Besar sekali · Amat besar · Agak besar · Sungguh besar · Besar sungguh Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 259-260. | Tatabahasa | 28.10.2024 |
1. guru besar perlu tulis huruf besar G dan huruf besar B dalam ayat tak? 2. Buah kelapa muda itu mahal harganya di Restoran Mahligai. Ayat di atas betul tak? Add kesalahan tak? | 1. Guru besar tidak perlu dieja dengan huruf besar kerana guru besar merupakan kata nama am. 2. Ayat yang gramatis ialah Buah kelapa di Restoran Mahligai itu mahal harganya. | Tatabahasa | 30.08.2017 |
Minta penjelasan daripada tuan tentang penggunaan kata ganda. Yang manakah betul? Guru-guru besar / Guru besar-guru besar | Frasa yang betul ialah guru-guru besar. | Tatabahasa | 17.10.2017 |
Ayat-ayat berikut yang manakah betul? Tolong membuat penerangan. Kata bilangan jamak & kata adjektif 1 Banyak ikan yang besar belaka ditemui di situ. 2 Ikan-ikan yang besar belaka ditemui di situ. 3 Ikan yang besar-besar belaka ditemui di situ. 1 Semua jurulatih di situ garang belaka. 2 Jurulatih-jurulatih di situ garang belaka. 3 Jurulatih di situ garang-garang belaka. 1 Saya dan keluarga di sini sihat belaka. 2 Saya dan keluarga di sini sihat-sihat belaka. | Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Kata adjektif pula ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama atau frasa nama. Kata adjektif dikenali juga sebagai kata sifat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.
| Tatabahasa | 21.01.2022 |
Salam tuan/puan/cik. Saya sedikit keliru: Adakah perkataan menteri besar nama khas? Perlu ditulis setiap masa menggunakan perkataan Menteri Besar atau bolehkah ditulis menteri besar bila dibuat ayat? Ini kerana rata-rata dalam khidmat nasihat DBP menggunakan perkataan Menteri Besar, huruf besar didepan Yang mana betul apabila dibuat ayat: 1. Sesi bergambar bersama mantan-mantan menteri besar 2. Sesi bergambar bersama mantan-mantan Menteri Besar | Perkataan "Menteri Besar" dieja dengan huruf besar kerana merujuk kepada nama jawatan. Ayat yang betul: Sesi bergambar bersama mantan-mantan Menteri Besar. | Lain-lain | 10.04.2019 |
Selamat sejahtera, Puan Ambika Guru Besar di SJKT Bukit Permai.Puan Ambika guru besar yang peramah.(adakah kedua-dua guru besar perlu ditulis huruf besar?) Terima kasih. | Perkataan guru besar dalam kedua-dua ayat tersebut tidak perlu menggunakan huruf besar pada huruf pertama kerana merujuk kepada kata nama am. Perkataan guru besar hanya ditulis menggunakan huruf besar pada huruf pertama dan sekiranya merujuk kepada kata nama khas, seperti Guru Besar SJKT Bukit Permai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 84 - 85. | Tatabahasa | 15.01.2024 |
Gandaan untuk jawatan. Adakah ditulis: 1. Pengurus Besar - Pengurus Besar; atau 2. Pengurus-Pengurus Besar Mohon pengesahan penggunaan gandaan jawatan yang betul. Terima kasih. | Jawapan yang tepat ialah Pengurus-pengurus Besar. | Ejaan | 02.09.2016 |
1. Perlu tak perkataan guru besar ditulis huruf besar iaitu Guru Besar. 2. Ayat di bawah betul atau tidak betul. Buah kelapa muda itu mahal harganya di Restoran Mahligai. Jika ayat itu tak betul, boleh tak tunjukkan di mana kesalahannya. |
| Lain-lain | 15.08.2017 |
"Sebagai pemimpin di sekolah, peranan Guru Besar dan guru-guru adalah sebagai pemimpin kurikulum." adakah perkataan Guru Besar di dalam ayat ini perlu ditulis huruf besar? | Ayat yang betul ialah peranan guru besar. Guru besar ialah kata nama am, Guru Besar SK Keramat ialah kata nama khas. | Tokoh | 08.06.2015 |