Adakah kata kerja "beserta" perlu diikuti oleh kata sendi nama "dengan" jika belakang terdapat kata nama? Contohnya: beserta dengan surat ini atau beserta surat ini? | Ejaan yang betul ialah "berserta". Perkataan berserta tidak perlu diikuti dengan perkataan "dengan" kerana berserta itu sendiri sudah bermaksud "dengan". | Lain-lain | 21.07.2014 |
Apakah beza BESERTA dengan BERSERTA? | Ejaan yang betul ialah berserta kerana kata dasarnya ialah serta, dan ditambah awalan ber. | Ejaan | 28.08.2014 |
definisi anak beserta istilah | Anak diberi makna sebagai manusia atau binatang yang masih dalam kandungan atau yang baru lahir atau baka yang diturunkan oleh ibu dan bapa. Untuk melihat makna pelbagai frasa yang dikaitkan dengan anak seperti anak bukit, anak buah dan sebagainya sila rujuk Kamus Dewan. | Makna | 04.10.2009 |
Salam, Saya ingin bertanya yang mana adalah betul " beserta ' atau ' berserta' Contohnya ayat : Pemohon dikehendaki mengemukakan borang permohonan 'beserta/berserta' bayaran sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus. | Ejaan yang betul ialah berserta. Contoh ayat uang betul pula ialah pemohon dikehendaki mengemukakan borang permohonan berserta bayaran sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus. | Lain-lain | 02.02.2010 |
visual papan iklan beserta ukuran dalam meter persegi dan telah mendapatkan kelulusan daripada dewan bahasa dan pustaka dari segi tatabahasa. | Pembetulan: PERKHIDMATAN LANDSKAP DAN HORTIKULTUR Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 21.09.2015 |
adalah,ialah (guru) beserta atau berserta | hadir di hadapan frasa adjaktif frasa sendi nama -adalah hadir di hadapan kata /frasa nama -ialah | Tatabahasa | 06.03.2012 |
beri pemahaman lengkap beserta contoh mengenai ''bijak membuat pertimbangan wajar''. | Makna pertimbangan ialah fikiran atau renungan mengenai buruk baik dll sesuatu perkara (masalah dll), sbg dasar sesuatu keputusan (tindakan dll), timbangan, perhitungan, perhatian (pene-litian): seseorang pemberita haruslah mem-pergunakan ~ sendiri utk menilai sesebuah berita. | Lain-lain | 12.04.2010 |
makna JAWATAN TERAPUNG BESERTA CONTOH | Bagi mendapatkan jawapan yang tepat, saya sarankan soalan ini diajukan terus kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam melalui laman webnya http://www.jpa.gov.my/ | Lain-lain | 26.02.2008 |
Apakah maksud dan huraian beserta contoh bagi ayat: Melestarikan penyelidikan dengan memberi fokus kepada ... | Melestarikan bermaksud menetapkan dan mengekalkan/memelihara sesuatu supaya kekal. Ayat tersebut bermaksud Mengekalkan penyelidikan dengan memberi focus kepada .... | Makna | 08.10.2018 |
Mohon mengemukakan maksud "kesetaraan" beserta dengan contoh ayat dan penggunaan untuk rujukan saya Jasa baik pihak tuan/puan adalah dihargai |
| Makna | 07.08.2017 |