adakah "Kilang Membuat Kejuruteraan Besi" atau "Kilang Kejuruteraan Besi"? | Kilang Kejuruteraan Besi | Istilah | 01.10.2014 |
diperbuat dari besi atau diperbuat daripada besi? | Ayat yang betul ialah "Diperbuat daripada besi". | Tatabahasa | 21.09.2014 |
Sime Darby Auto Performance dengan bangganya mengalu-alukan kedatangan anda ke Porsche Centre 3S yang terbesar di Malaysia. Lokasi strategik yang terletak berhampiran dengan pusat perdagangan Kuala Lumpur, Porsche Centre Sungai Besi terbaru mudah dihubungi melalui rangkaian lebuhraya utama. Bangunan ikonik ini tersergam megah di pusat Kuala Lumpur, dilengkapi dengan peralatan yang terkini, kemewahan Porsche Centre Sungai Besi jelas mencerminkan gaya Porsche. Porsche Centre Sungai Besi terbaru mengalukan anda dipersonakan di dalam dunia Porsche. Kunjungi kami hari ini untuk mengalami 911 Targa 4S dan rangkaian Cayenne baharu di Porsche Centre Sungai Besi. | Sime Darby Auto Performance dengan bangganya mengalu-alukan kedatangan anda ke Porsche Centre 3S yang terbesar di Malaysia. Lokasi strategik yang terletak berhampiran dengan pusat perdagangan Kuala Lumpur. Porsche Centre Sungai Besi terbaru mudah dihubungi melalui rangkaian lebuh raya utama. Bangunan ikonik ini tersergam megah di bnandar raya Kuala Lumpur dan dilengkapi dengan peralatan yang terkini. Kemewahan Porsche Centre Sungai Besi jelas mencerminkan gaya Porsche. Porsche Centre Sungai Besi terbaru mengalu-alukan kedatangan anda ke dunia Porsche. Kunjungi kami hari ini untuk mengalami 911 Targa 4S dan rangkaian Cayenne baharu di Porsche Centre Sungai Besi. | Tatabahasa | 01.06.2015 |
Diminta Bantuan perkataan jawi untuk : KEJURUTERAAN BESI | Ejaan jawi KEJURUTERAAN BESI ialah کجوروتراءن بسي | Ejaan | 31.12.2019 |
Perkataan Jawi untuk : PUSAT BESI BURUK Terima Kasih. | Ejaan jawi bagi PUSAT BESI BURUK adalah seperti yang berikut: ڤوست بسي بوروق | Ejaan | 05.12.2019 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai ayat berikut. Mohon disediakan penerangan yang terperinci. "Serbuk besi paling tertarik pada/kepada kutub utara dan kutub selatan magnet." Dalam ayat ini, mana satukah penggunaan perkataan yang betul? "Pada" atau "kepada"? | Serbuk besi paling tertarik pada kutub utara dan kutub selatan magnet. Kata sendi nama pada menunjukkan keterangan waktu atau tempat, manakala kata sendi nama kepada untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 275 (ayat 258). | Tatabahasa | 26.05.2016 |
Berikan saya sumber rujukan atau bukti yang menyatakan asal kata dalam bahasa Melayu hanya ada tiga perkataan iaitu "babi, besi dan batu". Terima kasih | Tidak ada bukti kukuh yang mengatakan bahawa perkataan padi, besi, babi, dan ubi merupakan kata asli bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (Bab 1: Sejarah Ringkas Bahasa Melayu) penulis: Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood. Saudara juga boleh merujuk buku Susur Galur Bahasa Melayu Edisi Kedua, penulis: Asmah Haji Omar. Saudara juga digalakkan membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut. | Lain-lain | 09.04.2010 |
Terdapat empat perkataan asli bahasa Melayu, iaitu padi, besi, babi, dan ubi. Soalannya, apakah bukti keempat-empat istilah ini ditemui? Jika ada, sila berikan judul rujukan tersebut supaya saya boleh merujuknya. Bilakah istilah-istilah tersebut bermula dalam kosa kata bahasa Melayu? Terima kasih. | Ada pendapat mengatakan kata padi, besi, babi, dan ubi merupakan kata asli bahasa Melayu, walau bagaimanapun tiada bukti kukuh tentang kesahihan pendapat tersebut. Untuk membantu saudara menyelesaikan tugasan kuliah saudara, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (Bab 1: Sejarah Ringkas Bahasa Melayu) penulis: Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood. Saudara juga boleh merujuk buku Susur Galur Bahasa Melayu Edisi Kedua, penulis: Asmah Haji Omar. Saudara juga digalakkan membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut. | Tatabahasa | 06.04.2010 |
Bagaimana saya nak terjemahkan perkataan ini, GRAB BAR yang merujukm kepada batang besi yang di pasangkan pada dinding untuk membantu orang yang sakit atau lemah berjalan sambil berpaut atau berpegang padanya. | Kami mencadangkan "grab bar" diterjemahkan sebagai "bar cekau", "bar genggam" atau "bar cengkam", bergantung kepada bentuk bar, batang besi atau palang tersebut serta konteks dan konsep penggunaannya. | Istilah | 14.07.2020 |
Sila menterjemahkan ke dalam bahasa Jawi KEJURUTERAAN BESI | [ke.ju.ru.te.ra.an] | کجوروتراءن [be.si] | بسي | Ejaan | 16.12.2019 |