Lima Bestari atau 5 Bestari jika dalam ayat guna yang mana? | Dalam ayat biasanya ditulis 5 Bestari kerana merujuk kepada darjah 5 atau tingkatan 5. | Lain-lain | 19.11.2016 |
merujuk kelas Lima Bestari atau 5 Bestari jika dalam ayat. | Jika dalam ayat ialah merujuk kelas lima bestari. | Tatabahasa | 17.11.2016 |
Pengunaan huruf yang betul.Bertempat di Kelas 3 Bestari atau Bertempat di kelas 3 Bestari. | Penggunaan huruf yang betul ialah Bertempat di Kelas 3 Bestari | Tatabahasa | 09.05.2016 |
sekolah bestari/sekolah perdana/ sekolah premier | sekolah bestari/sekolah ulung | Istilah | 21.11.2008 |
maksud dalam bahasa melayu 1) bestari 2) bistari | Ejaan yang betul ialah bestari. Maknanya ialah cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan, berbudi pekerti yg baik. | Lain-lain | 19.10.2010 |
Salam, Saya keliru dengan penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Bolehkah tuan/puan jelaskan penggunaannya dengan lebih jelas?Antara istilah di bawah ini yang manakah tepat? 1. ketua kelas Tahun Lima Bestari @ Ketua Kelas Tahun Lima Bestari 2. Saya ingin berjumpa dengan guru besar @ saya ingin berjumpa dengan Guru Besar 3. guru kelas Tahun Enam Cerdas @ Guru Kelas Tahun Enam Cerdas 4. ketua murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan @ Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan Setakat pemahaman saya, jika jawatan itu disertai dengan kata nama khas, maka ejaannya perlulah menggunakan huruf besar. Namun, bagaimanakah pula jika jawatan itu bukanlah jawatan yang besar dan diiktiraf seperti ketua pengawas, pengerusi persatuan dan sebagainya? Sekian, terima kasih. | 1. ketua kelas Tahun Lima Bestari @ Ketua Kelas Tahun Lima Bestari = Ketua Kelas Tahun Lima Bestari 2. Saya ingin berjumpa dengan guru besar @ saya ingin berjumpa dengan Guru Besar = Saya ingin berjumpa dengan guru besar. Guru Besar ditulis dengan huruf besar sekiranya merujuk kata nama khas seperti Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Maluri. 3. guru kelas Tahun Enam Cerdas @ Guru Kelas Tahun Enam Cerdas = Guru Kelas Tahun Enam Cerdas 4. ketua murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan @ Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan = Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan. guru besar, guru kelas, ketua murid ialah kata nama am. Oleh itu, kata-kata tersebut tidak perlu ditulis dengan huruf besar pada awal kata. Sekiranya merujuk kata nama khas, huruf di awal kata ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 26.12.2012 |
Selamat Sejahtera Tuan. Saya mempunyai kemusykilan tentang penggunaan perkataan Anugerah Bestari atau Anugerah Bistari untuk satu program anugerah kecemerlangan di universiti saya. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah bestari. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Ejaan | 28.02.2009 |
Tentang persoalan penggunaan kata "antara". Yang manakah betul? Antara (murid-murid / murid ) di kelas 6 Bestari, Shela yang paling rajin. | Ayat yang betul ialah 'Antara murid di Kelas 6 Bestari, Sheila yang paling rajin.' Kata sendi nama antara biasanya dikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. | Tatabahasa | 13.08.2011 |
saya ingin bertanya tentang ejaan yang betul di dalam jawi perkataan berikut Bestari global resources Sendirian Berhad | Bestari global resources Sendirian Berhad برحد سنديرين ريسورسيس ݢلوبل بستاري | Ejaan | 28.10.2014 |
Papan iklan saya yang akan dibuat bernama " Tadika Alam Bestari Ceria" ingin mendapat pengesahan daripada pihak tuan atas permintaan Majlis Daerah Segamat. | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 17.12.2015 |