Saya ada satu pertanyaan mengenai penjodoh bilangan.Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk betik sekiranya betik itu dipotong.Adakah penggunaan penjodoh bilangan sepotong atau sejorong betik? terima kasih | Tiada penjodoh bilangan yang khusus untuk betik yang dipotong, begantung kepada jenis potongan tersebut. | Lain-lain | 13.03.2017 |
Salam sejahtera. Ayat yang manakah tepat tanda bacaannya. A) Siti suka makan buah-buahan contohnya betik, epal dan manggis. B) Siti suka makan buah-buahan. Contohnya, betik, epal dan manggis. C) Siti suka makan buah-buahan contohnya, betik, epal dan manggis. | Ayat yang lebih tepat ialah "Siti suka makan buah-buahan seperti betik, epal dan manggis." | Tatabahasa | 14.02.2014 |
Salam. Benarkah perkataan 'papaya' sudah dipinjamkan ke dalam BM sebagai perkataan yang sinonim dengan betik? Terima kasih. | Wsalam. Istilah yang betul ialah betik. Tidak ada istilah papaya digunakan dalam bahasa Melayu. Papaya kekal sebagai sebutan dalam bahasa Inggeris. | Lain-lain | 09.06.2015 |
Saya sudah menulis sebuah buku berkaitan melinjau dan betik Saya berminat nak terbitkan buku tersebut tapi tak tahu nak hantar ke mana Mohon maklumat dan nasihat Terima kasih atas perhatian | Sila hantarkan manuskrip tersebut kepada Ketua Bahagian Sains dan Teknologi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 18, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 04.04.2009 |
Salam sejahtera dan terima kasih atas nasihat yang telah diberikan. Saya ingin mohon sedikit penjelasan lanjut tentang maksud dan fungsi perkataan 'baru' dan 'baharu' dalam kamus DBP dan Buku Tatabahasa DBP yang sememangnya dijadikan pedoman. Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan kita dan orang ramai selalunya merujuk kepada kamus DBP sebagai panduan. Jadi, mengapakah fungsi tersebut tidak dijelaskan dalam kamus DBP supaya tidak mengelirukan mana-mana pihak? Adakah penggunaan penjodoh bilangan di bawah betul? 1. pintu, tingkap - buah 2. cawan, gelas - biji 3. betik yang sudah dipotong dua - sepotong betik (untuk separuh betik? Terima kasih. | Menjawab persoalan saudara, "baru" dan "baharu" boleh digunakan. Perkataan baru atau baharu digunakan dalam konteks tahun baru/baharu; rumah baru/baharu. Perkataan tersebut dalam konteks ini ialah kata sifat atau adjektif. Perkataan baru digunakan dalam konteks baru tiba atau baru-baru ini dan dalam konteks ini perkataan baru ialah kata bantu. 1. Pintu, tingkap, cawan, gelas - buah 2. Sebelah betik | Tatabahasa | 11.02.2015 |
Salam sejahtera . Penggunaan perkataan "umpamanya" dalam ayat ini betul? Ayat: Siti suka makan buah-buahan umpamanya betik, manggis dan epal . | Perkataan yang lebih sesuai ialah seperti. | Tatabahasa | 15.02.2014 |
hendak tahu tentang pola keselarasan vokal | Terdapat 18 pola keselarasan vokal, iaitu: 1. a-a (asah, balak) 2.a-i (alih, balik) 3. a-u (asuh, datuk) 4. e pepet - a (emas,kelam) 5.e pepet -i (lebih, betik) 6. e pepet - u (telur, tempuh) 7. e taling - a (elak, dewan) 8. e taling - e taling (leceh, gelek) 9. e taling - o (esok, telor) 10. i - a (ingat, kilang) 11. i - i (intip, sisih) 12. i - u (riuh, tidur) 13. O - a (otak, borang) 14. O - e taling (oleh, boleh) 15. O - o (obor, borong) 16. u - a (ubat, tumpang) 17. u - i (usik, kuih) 18. u - u (untuk, tunduk) Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. | Tatabahasa | 24.05.2010 |
Assalamualaikum... saya nak tanya tentang pola keselarasan vokal. terdapat 18 bentuk pola keselarasan vokal. Bolehkah tolong senaraikan kesemua pola keselarasan tersebut beserta dengan contohnya sekali. Sekian,terima kasih | 1. a-u (asah, balak) 2.a-i (alih, balik) 3. a-u (asuh, datuk) 4. e pepet - a (emas,kelam) 5.e pepet -i (lebih, betik) 6. e pepet - u (telur, tempuh) 7. e taling - a (elak, dewan) 8. e taling - e taling (leceh, gelek) 9. e taling - o (esok, telor) 10. i - a (ingat, kilang) 11. i - i (intip, sisih) 12. i - u (riuh, tidur) 13. O - a (otak, borang) 14. O - e taling (oleh, boleh) 15. O - o (obor, borong) 16. u - a (ubat, tumpang) 17. u - i (usik, kuih) 18. u - u (untuk, tunduk) Maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. | Istilah | 07.04.2009 |
saya ingin meminta tolong dr pihak tuan,utk memberi maksud ttg ayat dibwh,sya berharap sgt pihak tuan dpt membantu sya dlm mnyiapkan tesis saya... 1.tubuh langsir batang menjelai. 2.jari halus tombak serai. 3.tumit seperti telur burung. 4.besarnya bagai telur itik. 5.muka bujur daun sirih 6.dahi sehari bulan 7.hidung kuntum seroja 8.telinga telepuk layu 9.pipi pauh dilayang 10.bibir pati 11.gigi delima merkah 12.dada bidang awak 13.lengan baur panah 14.paha seperti paha belalang 15.betis bunting padi 16.Selama enggan mengeram 17.Selangkas betik berbuah 18.bagai pucuk dilancarkan 19.bagai kumbang putus tali 20.umpama belut diketil ekor 21.Selenjang kuda berlari | Untuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian mendalam. Bagi membantu saudara menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan yang lain untuk membuat rujukan. Saudara juga boleg menggunakan prpm.dbp.gov.my untuk rujukan kesesuaian penggunaan bahasa dalam tugasan/tesis tuan. | Tatabahasa | 25.02.2013 |
Pihak DBP yang dihormati, kuih ialah ejaan baharu bagi kueh. bolehkah saya mendapatkan penjelasan mengapakah ejaannya tidak seperti sebutannya iaitu 'kueh'? Terima kasih DBP | Ejaan kuih dieja mengikut sistem ejaan Rumi sekarang. Dalam sistem ejaan Rumi sekarang, terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal yang utama seperti yang berikut: 1. a-a (asah, balak) 2.a-i (alih, balik) 3. a-u (asuh, datuk) 4. e pepet - a (emas,kelam) 5.e pepet -i (lebih, betik) 6. e pepet - u (telur, tempuh) 7. e taling - a (elak, dewan) 8. e taling - e taling (leceh, gelek) 9. e taling - o (esok, telor) 10. i - a (ingat, kilang) 11. i - i (intip, sisih) 12. i - u (riuh, tidur) 13. O - a (otak, borang) 14. O - e taling (oleh, boleh) 15. O - o (obor, borong) 16. u - a (ubat, tumpang) 17. u - i (usik, kuih) 18. u - u (untuk, tunduk) Maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, penyusun Encik Ismail Dahaman. | Ejaan | 21.05.2010 |