Penterjemahan mengenai istilah 'pool betting'. Pool Betting Act 1967(Act 384) sebelum ini diterjemahkan sebagai "Akta Pertaruhan Pool 1967". Saya sedang menyemak Akta ini, memandangkan Pool adalah bahasa Inggeris saya bercadang perkataan pool dieja condong. Walau bagaimanapun, lebih wajar jika dimelayukan. Mohon cadangan. .Terima kasih. Perlu jawapan sebelum 2.7.2014. | Pool dalam konteks ini dapat diterjemahkan sebagai "kumpulan wang". Maka, cadangan yang dapat diberikan ialah "Akta Kumpulan Wang Pertaruhan 1967". | Penyemakan dan penterjemahan | 30.06.2014 |
Terjemahan bagi istilah "odds" dalam konteks Pool Betting Act 1967 (Akta 384). Perlu jawapan sebelum 2.7.2014. | Pool dalam konteks ini dapat diterjemahkan sebagai "kumpulan wang". Maka, cadangan yang dapat diberikan ialah "Akta Kumpulan Wang Pertaruhan 1967". | Penyemakan dan penterjemahan | 30.06.2014 |
Saya ingin bertanya mengenai hukum DM bagi terjemahan "pool betting" sama ada "pertaruhan kumpulan wang" atau "kumpulan wang pertaruhan" jika konsepnya mengenai wang yang dikumpul yang dipertaruhkan bagi sesuatu peristiwa yang ditetapkan. Perlu jawapan sebelum 18.7.2014 | Kumpulan wang pertaruhan. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.07.2014 |
Salam Sejahtera, apakah perbezaan di antara pemegang taruh dan pihak berkepentingan? | stakeholder | n 1. (in betting, race) pemegang taruh; 2. (leg.) pemegang amanah harta. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan | stakeholder | pihak berkepentingan | Pentadbiran | Pengurusan | - | Padanan dalam bahasa Inggeris bagi perkataan pemegang taruh dan pihak berkepentingan ialah kedua-duanya menggunakan perkataan stakeholder. Bezanya, konsep pemegang taruh digunakan dalam sesuatu pertaruhan atau perlumbaan manakala pihak berkepentingan digunakan dalam bidang pentadbiran dan pengurusan. | Makna | 26.03.2018 |