Ejaan yang betuk bagi Kontinjen atau Kontingen? | Ejaan yang betul ialah kontinjen. | Ejaan | 05.06.2008 |
manakah antara perkataan yang berikut betul komplek membeli-belah atau komplek beli-belah. nyatakan juga alasannya. | Tengku Noor terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Penggunaan yang betuk ialah Kompleks Beli -belah kerana ini merupakan nama sesuatu tempat manakala Kompleks Membeli belah lebih membawa seolah-olah kompleks itu sedang membeli belah. Terima kasih | Istilah | 29.08.2009 |
Assalamualaikum wbt Encik. Saya ingin mendapat kepastian berhubung ayat di bawah sama ada betul atau sebaliknya. 1) Seorang pekerja yang baik sentiasa melaksanakan/menunaikan tanggungjawabnya dengan sebaik yang mungkin. 2) Polis itu tidak berasa gentar/gerun ketika berhadapan dengan sekumpulan perompak tersebut. 3) Pak Tua menggagahkan/menguatkan diri untuk menebang pokok rambutan di hadapan rumahnya dengan sebilah kapak. 4) Zainun agak gugup/gagap ketika menyampaikan pidato di hadapan para penonton. Terima kasih. | Perkataan yang betuk bagi ayat tersebut ialah; 1. melaksanakan tanggungjawab 2. tidak berasa gerun 3. menguatkan diri 4. agak gugup. Harap maklum. | Tatabahasa | 14.07.2008 |