Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betul-betul;

Puisi
 

Sayang mastali benang mastali,
     Anak patu dikasi makan;
Betul-betul memegang janji,
     Seperti paku lekat di papan.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Diindang ditampi teras,
     dipilih antah satu-satu.

Bermaksud :

Jika hendak mencari isteri, menantu atau pegawai hendaklah diusul periksa betul-betul jangan tersalah pilih.

 

Lihat selanjutnya...(15)

25

Dogs that bark don't always bite

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/puan. Untuk penggunaan 'memang' dan 'betul-betul' dalam contoh ayat berikut, adakah ia membawa maksud yang sama? "Saya memang tak tahu." "Saya betul-betul tak tahu." Jika maksud ayat-ayat tersebut adalah berbeza, bolehkah tuan/puan jelaskan penggunaan yang betul? Terima kasih.
Kedua-dua ayat tersebut membawa maksud yang sama.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, "betul-betul" bermaksud tidak main-main, benar  dan sungguh-sungguh.
Makna24.06.2020
Apa perbezaan antara "benar-benar" dan "betul-betul" dari segi penggunaannya? Apakah perbezaan antara "sebagai" dan "yang merupakan" dari segi penggunaannya? Terima kasih.

"Benar-benar" dan "betul-betul" secara umumnya mempunyai maksud yang bersinonim iaitu  1.  sangat benar, sangat betul 2. sungguh-sungguh,  3. sudah sempurna,    4. tepat benar: 5. dgn baik dan sempurna. Walau bagaimanapun perkataan tersebut boleh memberi maksud yang sama dan juga maksud yang berbeza berdasarkan konteks ayat. Contohnya: 
1) Saya betul-betul berasa lapar sekarang/ Saya benar-benar berasa lapar sekarang (bermaksud sangat lapar) 
2) Dia betul-betul berdiri di hadapan saya (membawa maksud kedudukan yang tepat) 
3) Dia benar-benar berdiri di hadapan saya. (membawa maksud jarak yang sangat hampir)
4) Kata-katanya itu benar-benar meninggalkan kesan di hatiku (nilai rasa - sangat terasa)

Manakala contoh penggunaan "sebagai" dan "yang merupakan" ialah: 
1) Sebagai seorang sahabat, dia sentiasa memberi semangat dan dorongan  kepada Aishah untuk pulih daripada penyakit kanser.  
2) Dialah yang merupakan sahabat terbaik yang sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada Aishah untuk pulih daripada penyakit kanser.  


 

Tatabahasa28.04.2020
Salam sejahtera Tuan. "Analisa" atau "Analisis" betul? Jika kedua-duanya betul, apakah perbezaan antara kedua-duanya dan mohon berikan contoh ayat. sekian, terima kasih.

Perkataan yang betul ialah “analisis” yang dipinjam daripada perkataan bahasa Inggeris, iaitu analysis yang membawa maksud:

1.    Penghuraian atau pengupasan sesuatu perkara untuk mengetahui selok-beloknya (buruk baiknya dan lain-lain) atau ujian.

2.    Pemisahan bahagian sesuatu sebatian atau bahan dengan kaedah kimia.

Contoh ayat, ”Satu analisis tentang tindak-tanduk pengguna telah dilaksanakan.”

Ejaan05.02.2020
apakah ejaan semula jadi yang betul? Dalam masukan PRPM ada semulajadi & semula jadi? Ini sangat mengelirukan. Bolehkah PRPM memberikan ejaan yang betul?Ejaan yang betul ialah semula jadiEjaan16.09.2019
Mengulangkaji atau mengulang kaji? Ejaan yang manakah betul?Ejaan yang betul ialah mengulang kaji, sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=mengulang+kaji bagi mendapatkan panduan ejaan yang betul.Ejaan16.05.2020
BETUL KE YANG SAYA ISI BORANG TU. JIKA ADA KESILAPAN BLEH DAFTAR SEMULA KESalam sejahtera,

Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat DBP. Harap maaf, soalan yang telah dikemukakan oleh saudari agak kurang jelas di sini.
Lain-lain15.06.2020
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya ingin bertanya ejaan yang betul. Adakah nyah beku atau nyahbeku? Adakah perkataan pengsubkulturan betul? Sekiranya salah, apakah penggunaan imbuhan apitan yang betul untuk proses subkultur? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah "nyah beku" dan tidak ada imbuhan "pensubkulturan" dalam data kami. 
Istilah10.07.2019
Ejaan Aladin atau Aladdin yang betul?Ejaan yang betul dalam bahasa Melayu ialah Aladin.Ejaan11.05.2020
Assalamualaikum . Adakah ejaan jawi ini betul?Ejaan yang betul ialah اودا هولديڠ س برحد.Ejaan13.01.2020
berjalan menuju ke arah kantin . ayat tersebut betul?Ayat tersebut betul.Tatabahasa26.03.2019
12345678910...

Kembali ke atas