Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betul-betul pada


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, apakah kata hubung yang sesuai digunakan untuk arahan berikut? Tandakan ( ) pada ayat yang betul dan ( ) pada ayat yang salah. Tandakan ( ) pada ayat yang betul atau ( ) pada ayat yang salah. Sekian terima kasih.Tandakan ( ) pada ayat yang betul atau ( ) pada ayat yang salah.Lain-lain10.07.2014
frasa yang betul: Pada hari Sabtu yang lepas Pada minggu lepas Frasa yang salah : Pada hari Sabtu lepas Pada minggu yang lepas Boleh tuan jelaskan kenapa "pada minggu yang lepas" ialah frasa yang salah?Penggunaan yang lebih gramatis adalah dengan menyelitkan kata hubung pancangan relatif yang.Tatabahasa10.01.2017
Yang manakah yang betul? pada mata masyarakat atau di mata masyarakat?Frasa yang betul ialah "pada mata masyarakat".Lain-lain01.03.2016
Adakah penggunaan perkataan 'pada' betul dalam perenggan ini ? Keperluan teknikal bagi pembangunan Portal dan Dashboard adalah pada LAMPIRAN B3-3: TECHNICAL REQUIREMENTS 1GovEA PORTAL AND 1GovEA DASHBOARD DEVELOPMENTPenggunaan kata sendi nama pada dalam ayat adalah betul.

Keperluan teknikal bagi pembangunan portal dan Dashboard adalah pada LAMPIRAN B3-3: TECHNICAL REQUIREMENTS 1GovEA PORTAL AND 1GovEA DASHBOARD DEVELOPMENT
Tatabahasa27.12.2014
Manakah yang betul? 1. Olahragawan pada tahun ini ( jatuh pada / jatuh pada tangan ) Jimmy Liu, dari Rumah Hijau.Ayat yang betul ialah "Olahragawan pada tahun ini jatuh kepada Jimmy Liu, daripada Rumah Hijau".Tatabahasa22.09.2014
Selamat sejahtera. Yang mana satukah betul, terima kasih. 1. cari jawapan di / pada muka surat 2. muka surat lapan / kelapan 3. muka surat lima belas / kelima belasKata sendi nama yang betul ialah pada, ...pada muka surat lapan... dan ...pada muka surat 15....Tatabahasa08.01.2014
dari segi tatabahasa, yang mana satukah betul penggunaan 'di' dan 'pada': - di peringkat atau pada peringkat - di setiap atau pada setiappada peringkat dan pada setiap.Tatabahasa17.08.2015
Salam, bagaimanakah untuk membezakan kata sendi nama yang betul antara 'di' dengan 'pada'? 1. pada pangkal ayat/di pangkal ayat? 2. pada awal ayat/di awal ayat? 3. pada permulaan ayat/di permulaan ayat? Boleh tuan/puan jelaskan? Terima kasih.Kata sendi nama digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.  Dalam konteks contoh yang diberikan, pangkal ayat, awal ayat dan permulaan ayat merujuk kepada tempat. Oleh itu, kata sendi yang sesuai ialah "di". Untuk makluman, kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, digunakan dalam ungkapan ada + pada  (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu, seperti yang berikut:
a. menunjukkan keterangan waktu apabil mendahului kata nama yang menyatakan waktu atau masa
b. kata sendi nama "pada" apabila didahului perkataan "ada", mesti diikuti oleh kata nama yang merujuk manusia dan haiwan.
c. sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja

Oleh itu, sila berikan ayat penuh untuk menentukan sendi nama yang tepat.
Tatabahasa18.07.2014
Adakah penggunaan memaklumi betul pada ayat dibawah? Memaklumi Syarikat dengan segera jika pekerja melanggar peraturan Syarikat. Adakah oenggunaan "memaklumkan" lebih tepat?Untuk makluman, perkataan yang lebih tepat ialah "memaklumkan". Akan tetapi, ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang lebih tepat, "Sila memaklumkan kepada pihak syarikat dengan segera jika terdapat pekerja yang melanggar peraturan".Tatabahasa28.12.2016
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai urutan perkataan yang betul pada satu ayat yang telah diterjemahkan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Contoh: XXX AdjustableSystem Urutan perkataan 1: Sistem Boleh Laras XXX Urutan perkataan 2: XXX Sistem Boleh Laras "XXX" merupakan nama produk. Sila berikan pendapat DBP tentang urutan perkataan yang betul. Terima kasih.Mengikut data kami, adjustable peg system diberikan padanan ‘sistem pancang mudah laras’.  Tidak dijelaskan sama ada XXX nama produk merupakan sistem atau alat. Susunan yang dicadangkan sekiranya  XXX merujuk pada sistem ialah   XXX:Sistem Mudah Laras.  Tatabahasa08.12.2014
12345678910...

Kembali ke atas