| Tuan, Mana satu yang betulnya dalam penggunaan kata pemeri seperti perkataan di bawah? Pertanian adalah peniagaan atau pertanian ialah peniagaan. Nyatakan alasan dan rasionalnya, terima kasih. | Jawapan yang betul ialah: Pertanian ialah perniagaan. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. | Tatabahasa | 28.10.2011 |
| Hal ini bermakna, yg betulnya ialah memerdaya, menadbir, dan sebagainya. JIka salah, mengapa pula demikian? | Kata daya apabila mendapat imbuhan menjadi berdaya, memperdaya, mendayai Tidak ada bentuk memerdaya. Tadbir apabila menerima imbuhan meN menjadi mentadbir. Huruf t dalam kata tadbir tidak gugur apabila mendapat imbuhan meN. | Tatabahasa | 05.10.2007 |
| terdapat beberapa perkataan yang ejaan betulnya telah dipersetujui seperti sama ada reka bentuk dsbnya. Tetapi apabila menggunakan perkhidmatan PRPM masih ada lagi perkataan yang ejaan nya salah seperti samada, rekabentuk. Jadi ini mengelirukan terutama pelajar sebab ia ada dalam PRPM DBP yang dianggap sentiasa betul. Harap maklum. | DBP sentiasa memastikan maklumat yang dipaparkan dalam PRPM sentiasa betul. Oleh sebab itu, PRPM menyediakan pilihan perkhidmatan bergantung pada keperluan pengguna. Sekiranya pengguna ingin menyemak ejaan, silalah klik Khidmat Nasihat Bahasa. Contohnya, taip samada, klik Khidmat Nasihat Bahasa, semua jawapan yang diberikan memaklumkan ejaan “sama ada’ yang tepat. | Ejaan | 24.02.2014 |
| "terbaru" atau "terbaharu"? | Jawapan yang betulnya ialah terbaharu. | Ejaan | 16.07.2007 |
| di kalangan Muslim dikatakan salah dan dikatakan betulnya dalam kalangan Muslim. Adakah kedua-duanya betul dalam BM dan DBP? | Frasa "dalam kalangan" dan "di kalangan", kedua-duanya boleh digunakan. Walau bagaimanapun merujuk panduan dalam buku Tatabahasa Dewan, frasa "dalam kalangan" yang gramatis kerana kata sendi nama "dalam" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak (kalangan). Sementara kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. | Tatabahasa | 07.11.2012 |
| Perkataan 'Arab, "ukhwah". Apa ejaan yang betul? | Ejaan betulnya ialah ukhuwah yang bermaksud persaudaraan. | Ejaan | 28.08.2006 |
| adakah perkataan "samada" wujud?atau kesalahan ejaan "sama ada" | Ejaan betulnya ialah sama ada. | Lain-lain | 16.08.2010 |
| sakit hati ataupun hati sakit bagi orang yang tersentuh | Yang betulnya ialah sakit hati. | Tatabahasa | 18.07.2010 |
| Saya ingin mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan 'BUMIPUTRA'. | Ejaan yang betulnya ialah 'bumiputera'. Merujuk Kamus Dewan Edisi keempat, bumiputera ialah anak negeri, peribumi. Harap maklum. | Makna | 19.02.2008 |
| Adakah perkataan "diperolehi" terdapat dalam kamus dewan edisi ke-4? | Yang betulnya ialah diperoleh. | Lain-lain | 16.11.2010 |