berkaitan perkataan biadap/biadap adakaha kedua-duanya boleh di gunakan | Ejaan yang betul ialah biadab. | Ejaan | 12.06.2012 |
Selamat sejahtera, saya nak tanya perkataan biadap boleh digunakan dalam buku cerita saya tak. Nama buku cerita saya ialah Serigala yang biadap. Adakah perkataan biadap ini betul? Kerana saya check kamus, didapati perkataan biadap tidak ada, tetapi check online kamus ada. Tolong bagitau perkataan yang sepatut saya gunakan pada buku cerita saya. Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Tuan, Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, biadap bermaksud tidak ada budi bahasa atau tiada beradab. Perkataan ini boleh digunakan. Sila rujuk Kamus Dewan yang bercetak untuk makluman lanjut. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 03.10.2019 |
Nadi Merah assalamualaikum.. mama perkataan yang betul, 'biadab' @ 'biadap'? terima kasih. mana perkataan yang betul, 'biadab' @ 'biadap'? terima kasih. | Conversation started today Nadi Merah 12:14pm Nadi Merah assalamualaikum.. mama perkataan yang betul, 'biadab' @ 'biadap'? terima kasih. mana perkataan yang betul, 'biadab' @ 'biadap'? terima kasih. Dewan Bahasa Dan Pustaka 12:29pm Dewan Bahasa Dan Pustaka Waalaikumussalam. Terima kasih bersahabat dengan DBP. Ejaan yang diterima ialah biadab bukan biadap. Antara kata terbitannya ialah kebiadaban dan sebiadab. Biadab terbentuk daripada kata ‘bi’ (dari bahasa Parsi yang membawa makna ‘tiada’ ) dan ‘adab’ (Wilkinson, 1959). Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada saudara yang memperlihatkan kesilapan ejaan ‘biadap’ dan ‘kebiadapan’ dalam ‘carian kata’ yang akan kami selaraskan dengan ‘biadab’ dan ‘kebiadaban’ yang wujud sebagai entri dan subentri dalam kamus-kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kami mencadangkan agar saudara menjadikan http://prpm.dbp.gov.my sebagai teman di hujung jari. Moga membantu. Sekian. | Lain-lain | 03.06.2014 |
salam, saya keliru dengan ejaan sebenar bagi perkataan 'biadap'. mana satu yang betul? 'biadap' atau 'biadab'? 'kebiadapan' atau 'kebiadaban'?. utk pengetahuan saudara, saya telah merujuk dlm 'carian kata' tetapi saya dapati kedua-dua perkataan tersebut wujud dalam bm dan mempunyai maksud yang sama. diharap saudara dapat membantu saya. terima kasih. | Ejaan yang diterima ialah biadab bukan biadap. Antara kata terbitannya ialah kebiadaban dan sebiadab. Biadab terbentuk daripada kata ‘bi’ (dari bahasa Parsi yang membawa makna ‘tiada’ ) dan ‘adab’ (Wilkinson, 1959). Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada saudara yang memperlihatkan kesilapan ejaan ‘biadap’ dan ‘kebiadapan’ dalam ‘carian kata’ yang akan kami selaraskan dengan ‘biadab’ dan ‘kebiadaban’ yang wujud sebagai entri dan subentri dalam kamus-kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Tatabahasa | 26.08.2010 |
ejaan untuk kata biadap atau biadab? lembab atau lembap? terima kasih. | Ejaan yang betul ialah biadab dan lembap. | Tatabahasa | 13.05.2013 |
Assalamualaikum tuan, Mohon panduan bagi maksud frasa "perbuatan tidak sopan". segala perhatian pihak tuan dalam perkara ini amat dihargai. | Waalaikumussalam, maksud frasa bagi perbuatan tidak sopan ialah biadap | Istilah | 30.09.2019 |
ayat mana yg betul? 1)mulutnya tu kurang ajar 2)mulutnya tu kurang sopan | Istilah kurang ajar atau kurang sopan agak kurang tepat digunakan kerana ia membawa maksud yang agak umum sebenarnya. Kami mencadangkan agar istilah seperti biadap atau lancang digunakan untuk melengkapkan ayat di atas. | Istilah | 19.04.2011 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang ayat ini. Aminah dimarahi oleh ibunya kerana bersikap biadab terhadap orang - orang tua. Soalan saya: Orang-orang tua atau orang tua-tua? Mengapa? Terima kasih | Waalaikumsalam. Ayat yang betul ialah "Aminah dimarahi oleh obunya kerana bersikap biadap terhadap orang-orang tua." 1. Orang tua-tua bermaksud orang-orang lama yang merujuk pengalaman atau petua orang-orang lama. 2. Orang-orang tua pula bermaksud golongan warga emas.
| Tatabahasa | 18.03.2015 |
Dalam pengajaran, guru suka mengajar pelajar sekolah rendah dengan memecahkan suku kata bagi pengejaan perkataan, sehingga wujud kata-kata yang sumbang didengar - seperti bi - a - dap, bi- a- ya, bu- a- yan. Bagaimanakah kata- kata tersebut dilafaz dalam sebutan baku? | Sebutan bakau ialan sebutan standard yang telah diterima pakai dengan sewajarnya. Oleh itu, penyebutan yang betul ialah seperti penyebutan yang sedia diterima pakai oleh masyarakat umum. Sebutan yang betul ialah "biyaya bagi "biaya" , biyadap bagi "biadap" dan buwaiyan bagi "buaian" | Lain-lain | 18.09.2014 |
salam, saya ingin tahu perbezaan antara 'seperti' dan 'sebagai' serta 'terhadap', 'kepada' dan 'pada', dari segi makna dan penggunaan perkataan dalam ayat. dan yang mana satu betuk: 1. Ada juga segelintir remaja yang dianggap seperti/sebagai rumput di tepi jalan dan langsung tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa 2. seperti contoh atau sebagai contoh. (kalau salah satu tidak diterima, mengapa?) terima kasih | Seperti, terhadap, bagai/sebagai dan sebagainya ialah kata sendi nama dan hadir sebelum kata nama dalam ayat. Walau bagaimanapun aspek semantik dan kelaziman penggunaan dalam masyarakat juga perlu dilihat untuk mengenal pasti kata sendi nama yang sesuai. Contoh dalam ayat, hatinya keras seperti batu dan janganlah bersikap biadap terhadap orang tua. Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, frasa yang betul ialah "seperti rumput" dan "sebagai contoh". Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 265. | Tatabahasa | 27.03.2020 |