Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[biang] | بياڠ

Definisi : 1. induk (binatang, tumbuh-tumbuhan, dsb); ayam ~ induk ayam; ~ jari = ~ tangan ibu jari; ~ lebah induk lebah; 2. Jk jenis yg murni (asli); ~ ayam ayam jenis yg asli (bukan campuran); 3. pati, sari; ~ cuka pati drpd cuka; ~ roti ragi utk membuat roti; 4. pokok pangkal, asal mula: berjudi adalah ~ segala kejahatan; ~ keladi a) umbi keladi; b) orang (hal dll) yg menjadi punca kejahatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[biang] | بياڠ

Definisi : gatal (perempuan dll), gasang: pemuda lawa yg ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[biang] | بياڠ

Definisi : Mn hampir tembus; ~-~ kain ki lupa-lupa ingat; ~ menanti tembus prb perkara yg hampir putus (perceraian dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[biang] | بياڠ

Definisi : 1 induk atau ibu (ttg tumbuh-tumbuhan, binatang): ~ lebah ibu lebah. 2 sari atau pati drpd sesuatu (yg dpt dijadikan banyak dgn menambahkan air): ~ gula. 3 tidak bercampur (ttg baka); tulen: ayam ~. 4 pokok pangkal (sesuatu perkara); punca; asal mula. 5 ketua; kepala: ~ penjahat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[biang] | بياڠ

Definisi : hampir tembuk atau hampir tembus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[biang] | بياڠ

Definisi : lubang-lubang kecil pd dinding atau pd atap yg bocor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biang

Peribahasa

Genting putus,
     biang tembuk.

Bermaksud :

Perkara yang sudah putus dan tidak dapat diubah lagi, suami isteri yang sudah bercerai.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
senarai nama sasterawan negara keseluruhanSenarai nama Sasterawan Negara ialah: 1. 1981 - Keris Mas (Kamaludin Muhamad) 2. 1982 - Dato' Shahnon Ahmad 3. 1983 - Dato' (Dr.) Usman Awang 4. 1985 - Datuk (Dr.) A. Samad Said 5. 1987 - Arena Wati (Muhamad Abdul Biang) 6. 1991 - Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh 7. 1993 - Dato' Noordin Hassan 8. 1996 - Dato' Abdullah Hussain 9. 2003 - S. Othman Kelantan (Syed Othman Syed Omar)Lain-lain11.11.2007
apakah istilah bahasa Melayu baku bagi penyakit kulit (kemerah-merahan) pd bhg muka atau pipi bayi (mungkin berpunca drpd lelehan air susu yg melekat pd kulit). Di Brunei kami menggunakan istilah kurap susu. Terima kasih.Istilah bagi penyakit itu dipanggil ruam, iaitu bintil-bintil merah pada kulit (pada anak-anak kerana biang, peluh, dll).Lain-lain04.03.2010

Kembali ke atas