Apakah fungsi ayat songsang dalam bahasa Melayu? | Ayat songsang bermakna ayat yang ditulis terbalik daripada gaya biasa. Ayat biasa ialah ayat yang dimulai dengan subjek dan diikuti dengan predikat. Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat. Sebagai contoh: Ali sudah mengambil barang itu semalam. ("Ali" ialah subjek, manakala "sudah mengambil barang itu semalam" ialah predikat atau frasa yang menerangkan subjek) Ayat songsang: 1. Sudah mengambil barang itu semalam Ali. 2. Semalam Ali sudah mengambil barang itu. | Tatabahasa | 15.06.2016 |
Saya Faisol Kama Sedang Belajar Baahasamelayu Dasar di Universiti Fatoni. ingin DBP,Maksud Ayat Sunsung Terima kasih. | Ayat songsang bermakna ayat yang ditulis terbalik daripada gaya biasa. Ayat biasa ialah ayat yang dimulai dengan subjek dan diikuti dengan predikat. Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat. Sebagai contoh: Ali sudah mengambil barang itu semalam. ("Ali" ialah subjek, manakala "sudah mengambil barang itu semalam" ialah predikat atau frasa yang menerangkan subjek) Ayat songsang: 1. Sudah mengambil barang itu semalam Ali. 2. Semalam Ali sudah mengambil barang itu. | Tatabahasa | 08.09.2016 |
Saya Chenabilah binti Chebueraheng sedang belajar di universiti Fatoni, bahasa melayu dasar ingin tentang bertanya bahas. apakah ayat sungsang? Terimakasih. | Ayat songsang bermakna ayat yang ditulis terbalik daripada gaya biasa. Ayat biasa ialah ayat yang dimulai dengan subjek dan diikuti dengan predikat. Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat. Sebagai contoh: Ali sudah mengambil barang itu semalam. ("Ali" ialah subjek, manakala "sudah mengambil barang itu semalam" ialah predikat atau frasa yang menerangkan subjek) Ayat songsang: 1. Sudah mengambil barang itu semalam Ali. 2. Semalam Ali sudah mengambil barang itu. | Tatabahasa | 29.01.2016 |
Songsangkan ayat berikut: Program itu dilaksanakan sepanjang tahun. Bolehkah ayat songsangnya seperti berikut: Sepanjang tahun program itu dilaksanakan. Jika tidak boleh kemukakan alasan dan jawapan yang betul. | Ayat songsang bermakna ayat yang ditulis terbalik daripada gaya biasa. Ayat biasa ialah ayat yang dimulai dengan subjek dan diikuti dengan predikat. Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat. Dilaksanakan sepanjang tahun (predikat) program itu (subjek). | Tatabahasa | 05.09.2016 |
PINTU BIASA THC SECURITY DOOR | Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my) | Lain-lain | 16.01.2019 |
Kita biasa dengar atau baca sumbangan DBP kepada masyarakat, tetatpi jarang sekali kita dengar tentang sumbangan masyarakat kepada DBP. Adakah apa-apa artikel atau pendapat tenteng sumbangan masyarakat kepada DBP? Dimana boleh saya dapatkan maklumat tentang perkara ini? | Saudara bolehlah ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP bagi mendapatkan maklumat berkenaan. | Lain-lain | 28.07.2010 |
Saya biasa dengar peribahasa menahan lukah di pergentingan, baru-baru ini saya terbaca pulak ada menahan lukah di penggentingan. Adakah pergentingan dan penggentingan itu perkataan yang sama maksud walaupun sedikit berlainan ejaan dan boleh juga diterima dari segi bahasa? | Ejaan yang betul ialah pergentingan yang bermaksud tempat yang genting. Penggentingan bermaksud perihal atau perbuatan menggentingkan. | Ejaan | 04.03.2008 |
Terjemahan yang biasa dipakai bagi perkataan bahasa Inggeris 'natural' adalah 'semula jadi'. Contoh,' alam semulajadi'. Pada pandangan saya, ini bertentangan dengan shariat Islam kerana tiada sesuatu pun di muka bumi ini yang terjadi dengan sendirinya atau secara semulajadi. Semuanya dijadikan atau dicipta oleh Allah SWT. Mohon pihak DBP memberi perhatian terhadap perkara di atas. | Kami ambil maklum pandangan tuan. Sedikit maklumat yang dapat diberikan ialah Kamus Dewan menakrifkan semula jadi sebagai bukan buatan manusia. Kami berpandangan takrifan ini jika tidak persis serratus peratus tetapi hampir kepada maksud semula jadi mengikut konteks tertentu. | Makna | 16.09.2018 |
Ayat susunan biasa: Murid murid beratur di luar kelas. Jika tukar kepada ayat songsang ialah: (1) Di luar kelas murid-murid beratur ATAU (2) Beratur di luar kelas murid-murid. Ayat songsang 1 atau ayat songsang 2 betul? Minta penjelasan berkaitan dengan ayat songsang, terima kasih. | Tiga ayat songsang yang boleh dihasilkan daripada ayat ‘Murid-murid beratur di luar kelas’ adalah seperti yang berikut: (1) Beratur di luar kelas murid-murid. (pendepanan seluruh predikat) (2) Beratur murid-murid di luar kelas. (pendepanan frasa kerja) (3) Di luar kelas murid-murid beratur. (pendepanan frasa sendi nama sebagai predikat | Tatabahasa | 22.08.2017 |
Saya sudah biasa menggunakan ungkapan “mutiara kata”. Tajuk buku “Mutiara Kata Sasterawan Negara” terbitan DBP menunjukkan penggunaan ungkapan itu sudah mantap. Saya mendapati “mutiara kata” ialah istilah Malaysia dan Brunei bagi apothegm. Namun, saya menjadi serba salah apabila ada rakan ahli bahasa di Malaysia cuba mempopularkan ungkapan “kata mutiara”, iaitu istilah yang diterima di Indonesia. Apakah nasihat pihak KNDBP kepada saya? | Berdasarkan aturan Hukum D - M dan beranalogikan ungkapan "kata hikmat", maka ungkapan "kata mutiara" adalah yang paling tepat. Walau bagaimanpun ungkapan "mutiara kata" juga boleh digunakan dan penggunaan ini telah mantap dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 01.05.2012 |