Saya amat menghargai slogan "Betulkan yang biasa, biasakan yang betul". Sejauh manakah amalan slogan tersebut terpakai dalam memperbetulkan sebutan dan fahaman masyarakat yang tersilap sejak dahulu - merujuk kepada salah satu perkataan di dalam Kamus Dewan dan Kamus Pelajar - iaitu perkataan "muhrim" dan "mahram"? | Untuk makluman tuan, pelbagai program/aktiviti yang dijalankan oleh DBP bagi memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul. Selain Khidmat Nasihat DBP yang membantu menyelesaikan hal berkaitan bahasa, sastera, penerbitan, korporat dan pentadbiran DBP, terdapat banyak program/aktiviti lain yang dilaksanakan oleh DBP. Antaranya ialah Khidmat Pengesahan Bahasa, Pantau Tegur Bahasa, program promosi seperti kerjasama dengan media elektronik dalam rancangan radio, Klinik Jawi, rujukan Siri Pedoman Bahasa dan Lembar Bahasa, serta banyak lagi. Tuan boleh melayari laman web DBP untuk mengetahui dengan lebih lanjut. DBP sentiasa mengalu-alukan kerjasama dan sokongan pengguna bahasa bagi memastikan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara digunakan secara betul dan baik. | Lain-lain | 12.09.2013 |
Dewan Bahasa dan Pustaka sudah perkenalkan perkataan "Swafoto" bagi perkataan "Selfie"yang kita selalu guna selama ini. Ayuh, kita ubah kebiasaan itu. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa. Swafoto - gambar kendiri Berswafoto - mengambil gambar kendiri Menswafoto - perbuatan merakam gambar sendiri Jom guna Bahasa Melayu yg betul, indahnya bahasa kita. Suri Teladan – Role Model Jerayawara – Road Show Latar Pentas – Back Drop Gegantung – Bunting Imej Tumpu – Highlight Parkir – Parking Pascanilai – Postmortem Swafoto - Selfie ---adakah ini hebahan yang benar? | Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan oleh DBP adalah seperti yang berikut: Selfie - Swafoto Role Model – Suri Teladan Road Show - Jerayawara Back Drop - Latar Pentas Bunting - Gegantung Highlight - Imej Tumpu Parking - Tempat Letak Kereta Postmortem - Pascanilai | Istilah | 05.12.2016 |
Roselina Abdul Aziz Feb 7th, 10:58pm Assalamualaikum w.b.t... Saya terima maklumat ini berkaitan terma Tengahari, iaitu dr pukul 12.00-1.59 pm. dr whassap. Persoalan saya, maklumat ini sahih atau tidak? Saya sebagai guru Bahasa Inggeris keliru kerana sistem masa ini tidak bertepatan dengan istilah Noon yg merujuk tepat2 pukul 12. Saya mohon penjelasan kerana saya perlu perjelaskan pada pelajar2 saya sistem masa yang digunapakai, terkini di Malaysia. Makluman dan tindakan untuk semua Sistem pemenggalan waktu - Kategori Waktu (Sumber DBP) Sila gunakan..... Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59 Petang -dari pukul 2.00 hingga 6.59 Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59 Tengah malam-dari pukul 12.00 hingga 12.59 Pagi -dari pukul 1.00 hingga 11.59 Diharap semua warga Sek yang menyediakan buku program, kertas kerja, laporan, surat, tentatif atur cara majlis, minit mesyuarat, penulisan RPH dan dokumen-dokumen lain dapat menggunakan sistem pemenggalan waktu ini. 'Biasakan yang betul, betulkan yang biasa' Terima kasih. ABDUL RAHMAN JURI Munsyi DBP | Waalaikumusalam.. Puan, maklumat yang disampaikan itu benar. | Ejaan | 07.02.2015 |