Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bia.sis.wa] | بياسيسوا

Definisi : wang yg diberikan kpd pelajar utk membiayai atau membantu membiayai pelajarannya (biasanya di maktab atau di universiti); berbiasiswa mempunyai biasiswa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bia.sis.wa] | بياسيسوا

Definisi : wang bantuan yg diberikan kpd pelajar atau kpd mahasiswa utk membantu mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biasiswa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dia ditawari biasiswa untuk melanjutkan pelajara atau ditawarkan biasiswa. tuan..(kerajaan menawari saya biasiswa. kerajaan menawarkan biasiswa kepada saya)..adakah betul pandangan saya ? tq

Ayat yang betul ialah:

1. Dia ditawari biasiswa untuk melanjutkan pelajaran.

2. Kerajaan menawarkan biasiswa kepada saya.

Tatabahasa19.09.2011
Assaalamualaikum... Bagaimana untuk mendapatkan borang biasiswa DBP. dan apakah syarat-syarat untuk memohon biasiswa tersebut? Bilakah borang akan dikeluarkan?Borang biasiswa DBP boleh diperolehi di Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Tingkat 7 Menara DBP.Iklan biasiswa akan dikeluarkan dalam akhbar tempatan sekitar bulan Mei/Jun 2008.Syarat-syarat tawaran ialah telah mendapat tempat untuk ijazah pertama dalam bidang bahasa/sastera/penerbitan di IPT tempatan dan lulus dengan cemerlang dalam STPM.  Lain-lain10.03.2008
untut Tajuk bagaimana huruf untuk kata sendi 1. Permohonan Jalan di Parit Satu atau Permohonan Jalan Di Parit Satu 2. Pertanyaan Tentang Biasiswa atau Pertanyaan tentang BiasiswaAyat yang gramatis dengan tanda baca yang betul ialah: 1. Permohonan Jalan di Parit Satu; dan 2. Pertanyaan tentang Biasiswa. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan. Tatabahasa05.03.2012
beliau menawari pelajar yang pintar itu biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. (bagaimana membezakan menawari dan menawarkan? tq)

1. Beliau menawari pelajar yang pintar itu biasiswa untuk melanjutkan pelajaran.

2. Beliau menawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran kepada pelajar yang pintar itu.

Untuk keterangan lanjut tentang apitan meN-...-kan dan meN-...-i, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ms. 191-197 dan ms. 202-208. 

Tatabahasa09.08.2011
saya ingin bertanya tentang biasiswa yang ditawarkan oleh pihak DBP. Bilakah permohonan untuk biasiswa tersebut bagi tahun 2009 dibuka?

Untuk keterangan lanjut tentang persoalan tersebut kepada Puan Norma binti Mohd. Nazim, Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka, melalui no. telefon 03-21439135 atau e-mel: norma@dbp.gov.my.

Lain-lain12.06.2009
Salam. Saya melihat tertapat biasiswa yang ditawarkan pada 2005 yang lalu bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda. saya pelajar semester akhir di Universiti Putra Malaysia dan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dalam bidang bahasa Melayu. Pertanyaan saya adalah sama ada terdapat biasiswa untuk saya mohon bagi melanjutkan pengajian saya kelak?Biasiswa untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana hanya disediakan untuk staf DBP yang sedang berkhidmat sahaja. Lain-lain22.04.2008
bagaimana cara nya untuk memohon biasiswa dari DBPUntuk makluman puan pada masa ini DBP tidak lagi menyediakan kemudahan biasiswa untuk pengajian peringkat ijazah pertama.Lain-lain07.08.2012
Salam, saya ada terjumpa satu ayat ini : 1)Lihan turut melahirkan kekaguman dengan semangat Randy. betulkah ayat ini?bolehkah perkataan "kekaguman" digunakan dalam ayat ini? ataupun ia perlu digantikan dengan "rasa kagum". situasi yang bagaimana perkataan kekagumaan boleh digunakan dalam ayat? 2) Serupa juga dalam permohonan mendapatkan biasiswa yang membabitkan anak-anak di kawasan luar bandar, yang mana ibu bapa mereka tidak brpelajaran serta tidak tahu bagaimana untuk memohon biasiswa. banyak kesalahan yang terdapat dalam ayat ini,minta tolong betulkan kesalahan-kesalahn tersebut dan terangkan mengapa? terangkan secara terperinci maksud "di dalam" dan "dalam" beserta contoh.

1. Ayat tersebut betul kerana kekaguman bermaksud keadaan atau hal kagum. Walau bagaimanapun,  perkataan tersebut boleh digantikan dengan rasa kagum. Penggunaan kekaguman lebih sesuai digunakan untuk menerangkan perihal kagum, contoh faktor kekaguman.

2) Ayat tersebut dibetulkan begini: Masalah bagi permohonan mendapatkan biasiswa yang membabitkan anak-anak luar bandar ialah ibu bapa mereka tidak berpelajaran dan tidak tahu cara memohon biasiswa tersebut.

3) Penggunaan kata sendi "di" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, misalnya di Kuala Lumpur dan di lapangan terbang, manakala "dalam" di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak seperti perkara, peristiwa dan sebagainya. Sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 265.

Tatabahasa07.08.2010
saya tidak tahu bagaimana hendak menghasilkan satu "resume" untuk saya sambung belajar ke IPTA dan mendapatkan tajaan biasiswa dari syarikat korporat sebagai contoh petronas dan MISC. saya juga memerlukan contoh "resume" seperti ini.... segera..... tolong.

Format menyediakan resume ada berbagai-bagai dan formatnya bergantung kepada tujuan dan siapakah penerimanya. Pada umumnya, format resume adalah seperti berikut :

    i. Nama

   ii. Pengalaman : persatuan, kerjaya, karya, luar negara

   iii. Pendidikan

   iv. Bahasa

   v. Kegiatan

  vi. Alamat

  vii. Profil : anugerah, sumbangan.

 

Lain-lain17.03.2008
Terima kasih atas bantuan. Seterusnya saya ingin kepastian tentang jawapan bagi soalan-soalan yang berikut: 1. Abu berasa _____ apabila melihat Rokiah yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya. A kaget B takjub C kagum D pelik 2. Masih ada ____ pendapat dalam kalangan orang ramai tentang punca kenaikan harga barang. A kekelituan B kegusaran C perselisihan D perbandingan 3. SUNGGUH AMAT INDAH pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu. A AMAT TERINDAH B SUNGGUH AMAT INDAH C AMAT SUNGGUH TERINDAH 4. Biasiswa itu DIBERI KEPADA PELAJAR yang kurang berkemampuan bagi meringankan bebanan keluarga mereka. A DIBERI KEPADA PELAJAR B DIBERIKAN PADA PELAJAR C DIBERI UNTUK PELAJAR Terima kasih

1. Abu berasa kaget apabila melihat Rokiah yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya.

2. Masih ada perselisihan pendapat dalam kalangan orang ramai tentang punca kenaikan harga barang. 

3. SUNGGUH AMAT INDAH pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu.  

4. Biasiswa itu DIBERIKAN KEPADA PELAJAR yang kurang berkemampuan bagi meringankan bebanan keluarga mereka.

Tatabahasa19.10.2010
12

Kembali ke atas