apakah penjodoh bilangan untuk bibir | Saudara/saudari, Bibir tidak memiliki penjodoh bilangan. Tidak semua perkataan mempunyai penjodoh bilangan. Namun dalam karya kreatif 'seulas' boleh digunakan untuk menunjukkan penjodoh bilangan bagi bibir. "Seulas bibir" | Tatabahasa | 09.08.2012 |
Puan, Bolehkah kita gunakan penjodoh bilangan "biji" untuk "bibir"? Ayat: Miki memiliki sebiji bibir yang cantik. Jika "biji" tidak sesuai untuk dipakai, jadi apakah cadangan puan? Tolong berikan tunjuk ajar. Terima kasih. | Saudara/saudari, Bibir tidak memiliki penjodoh bilangan. Tidak semua perkataan mempunyai penjodoh bilangan. Namun dalam karya kreatif 'seulas' boleh digunakan untuk menunjukkan penjodoh bilangan bagi bibir. "Seulas bibir" | Tatabahasa | 21.07.2013 |
adakah benar sumbing bibir/lelangit menurut DBP adalah kesumbingan bibir dan lelangit atau mempunyai istilah yang lain ? | Yang betul ialah sumbing bibir. | Istilah | 20.08.2009 |
Saya inginkan kepastian peribahasa mana yang betul? Tanam tebu di bibir atau tanam tebu di tepi bibir? | Menurut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa yang betul ialah Bertanam tebu di bibir. Takrifannya, mengeluarkan perkataan yang manis-manis (untuk membujuk dan sebagainya). | Sastera | 31.10.2015 |
1. Bibir gadis itu merah. 2. Baju merah itu mahal. 3. Merah lambang keberanian. 4. Warna merah warna kegemaran adik. Apakah fungsi kata 'merah' dalam keempat-empat ayat itu. | Dalam ayat pertama dan kedua "merah" berfungsi sebagai kata adjektif. Dan "merah" dalam ayat ketiga ialah adjektif yang mengambil tugas kata nama dan berfungsi sebagai subjek ayat sama seperti ayat keempat, ayat yang gramatis merah warna kegemaran adik. Untuk maklumat lanjut, lihat buku Tatabahasa Dewan di bawah tajuk binaan ayat. | Tatabahasa | 09.11.2012 |
Assalamualaikum, Apakah penjodoh bilangan bagi: 1. Bibir 2. Senyuman | Waalaikummussalam saudari Anzalina, Tidak kesemua perkataan memiliki penjodoh bilangan. Sama halnya dengan perkataan bibir dan senyuman. Kedua-dua perkataan tersebut tidak memiliki penjodoh bilangan. Namun dalam karya kreatif sering digandingkan bahasa puitis seperti seulas bibir dan sekuntum senyuman. | Tatabahasa | 07.10.2012 |
Salam sejahtera. Berdasarkan Tatabahasa Dewan (TD), kata sendi nama ‘di’ digunakan untuk kata nama ataupun frasa nama yang merujuk kepada tempat. Adakah ‘di tingkatan lima’ merujuk kepada tempat? Bagaimanakah pula rangkai kata ‘disebut-sebut di bibir’ ataupun ‘tidak lekang di bibir’ Kata sendi nama dan kata arah pula boleh berdampingan untuk menunjukkan hala ataupun jurusan. Persoalannya, adakah ‘di bawah naungan/perlindungan/pengawalan’ ataupun ‘di bawah Kementerian Pelajaran/Ordinan Kemajuan Tanah 1956’ merujuk kepada hala ataupun jurusan? Penjelasan Munsyi Dewan amat dihargai! Sekian. | Salam Sejahtera. Kata sendi "di" yang digunakan dalam frasa "di tingkatan lima", "disebut-sebut di bibir" dan "tidak lekang di bibir" merujuk tempat. Kata sendi nama dan kata nama arah "di bawah" dalam contoh frasa yang diberikan merujuk jurusan. | Tatabahasa | 28.04.2014 |
(1) Bibir gadis itu merah. (2) Baju merah itu mahal. (3) Merah lambang keberanian. (4) Warna merah warna kegemaran adik. Perkataan "merah" dalam ayat (1) hingga (4) di atas mengandungi pelbagai fungsi dalam ayat. Apakah fungsi kata "merah" dalam keempat-empat ayat itu dan berikan sebabnya. | (1) Bibir gadis itu merah. (2) Baju merah itu mahal. (3) Merah lambang keberanian. (4) Warna merah warna kegemaran adik. Dalam ayat 1, 2 dan 3, merah berfungsi sebagai warna yang dapat dilihat secara fizikal. Manakala bagi ayat 3, merah menunjukkan konotasi dengan warna merah yang terang dan mempunyai maksud tersembunyi iaitu berani.
| Tatabahasa | 25.10.2012 |
Unta memilik bibir yang kuat yang membolehkannya memakan makanan berduri. memakan atau makan? | Perkataan seperti makan, minum boleh menerima awalan me-.... Merujuk Kamus Dewan, terdapat sedikit perbezaan makna antara kata makan dengan memakan. Makan bermaksud memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dan lain-lain) sesuatu, dan memakan bermaksud makan dengan lebih aktif. Bagi perkataan minum sama makna dan penggunaannya dengan meminum. Berdasarkan huraian tersebut ayat "Unta memiliki bibir yang kuat yang membolehkannya memakan makanan berduri. Kedua-dua memakan dan makan adalah betul bergantung pada konteks makna yang dibawa atau visual yang disertakan. Walau bagaimanapun kata makan tanpa adanya awalan me-... lebih mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 23.11.2012 |
maksud menyeringai | Maksudnya menggerenyotkan bibir atau mulut untuk mencebik, mengeji, mengejek, dan lain-lain. | Makna | 19.11.2008 |