Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bibliografi 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara rujukan dan bibliografi?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kedua-dua perkataan adalah seperti yang berikut:

1. rujukan - keterangan lanjut mengenai se­suatu perkara (buku dan lain-lain), sumber untuk dirujuk

2. bibliografi - 1. senarai terbitan (buku dan lain-lain) tentang sesuatu subjek atau daripada seseorang pengarang 2. senarai buku, makalah, dan lain-lain yang digunakan atau dirujuk dalam menghasilkan sesebuah karya.
Makna08.05.2012
Assalamualaikum. (1) Bagaimana format bibliografi bagi rujukan yang dipetik daripada rencana/artikel yang terbit dalam buku. (2) Untuk bibliografi, editor ditulis (ed.), penyususn ditulis (peny.), dan bagaimana pula bagi penyelenggara?

Format penulisan bibliografi penerbitan buku di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah mengikut panduan penerbitan DBP, iaitu buku Gaya Dewan Edisi Ketiga. Antara contoh penulisan bibliografi bagi rujukan yang dipetik daripada rencana/artikel yang terbit dalam buku adalah seperti yang berikut:

A. Samad Said, 1979. Dari Salina ke Langit Petang: Proses Mencipta Novel.    

     Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kata “penyelenggara” pula dieja penuh dalam penulisan bibliografi contohnya:

Hamzah Hamdani (penyelenggara), 1988. Konsep dan Pendekatan Sastera.   

    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Walau bagaimanapun, “penyelenggara” tidak lagi digunakan dalam penerbitan buku terkini DBP. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, halaman 170 – 180.

Tatabahasa03.02.2022
BAGAIMANAKAH MENULIS BIBLIOGRAFI YANG BETUL BAGI SUMBER BUKU, MAJALAH DAN LAMAN WEB

Saudara/saudari,

1.   Pangkat atau gelaran seseorang penulis tidak perlu dinyatakan dalam penulisan bibliografi.  Sehubungan itu, cara menulis bibliografi (Gaya Dewan) adalah seperti yang berikut:

  A. Samad Said 2009. Salina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.   Kandungan  cara penulisan bibliografi (seperti yang ditunjukkan ini) mengandungi maklumat seperti yang berikut:

   (a)         Nama penulis atau editor diikuti dengan tahun terbit dengan tanda noktah (.).

   (b)         Judul terbitan dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah.

   (c)         Tempat terbit diikuti dengan tanda noktah bertindih (:)

   (d)        Nama penerbit diikuti dengan tanda noktah.

3.     Untuk maklumat tambahan tentang penulisan bibliografi mengikut panduan kerja penerbitan DBP, saudara/saudari dicadangkan agar membaca buku Gaya Dewan, terbitan DBP. 

         

Lain-lain23.04.2009
Tuan/Puan, Apakah perbezaan di antara bibliografi dengan bibliografik?Perkataan yang betul ialah bibliografi yang bermaksud 1. senarai terbitan (buku dan lain-lain tentang sesuatu subjek atau daripada seseorang pengarang 2. senarai buku, makalah dan lain-lain yang digunakan atau dirujuk dalam menghasilkan sesebuah karya.Istilah16.12.2016
Salam. Dalam penulisan bibliografi gaya dewan, perlukah diletakkan pangkat atau gelaran seperti dato', dr., phd? Contoh: Amani zamani, phd.,1990. salam ….. Karim halim, dato',2007. gunung ganang….?

Puan Nurulhuda,

1.   Pangkat atau gelaran seseorang penulis tidak dinyatakan dalam penulisan bibliografi.  Sehubungan itu, cara menulis bibliografi (Gaya Dewan) adalah seperti yang berikut:

  A. Samad Said 2009. Salina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.   Kandungan  cara penulisan bibliografi (seperti yang ditunjukkan ini) mengandungi maklumat seperti yang berikut:

   (a)         Nama penulis atau editor diikuti dengan tahun terbit dengan tanda noktah (.).

   (b)         Judul terbitan dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah.

   (c)         Tempat terbit diikuti dengan tanda noktah bertindih (:)

   (d)        Nama penerbit diikuti dengan tanda noktah.

3.     Untuk maklumat tambahan tentang penulisan bibliografi mengikut panduan kerja penerbitan DBP, puan dicadangkan agar membaca buku Gaya Dewan, terbitan DBP. 

         

  

Lain-lain04.03.2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Soalan saya, bagaimanakah untuk menulis bibliografi bagi buku yang tidak ada tahun terbit, tempat terbit atau penerbit (buku-buku lama). Di mana saya boleh dapatkan rujukan penulisan bibliografi yang tidak lengkap maklumat sebegini? Terima kasih.

Cara untuk menulis bibliografi bagi buku yang tidak ada tahun terbit dan tempat terbit/penerbit, mengikut Gaya Dewan Edisi Keempat (2021) adalah seperti yang berikut:

1Nama penulis/editor/penyusun diikuti dengan tanda koma.

2.  Tahun terbit (t.t. sekiranya tiada tahun terbit) diikuti dengan tanda noktah.

3.  Judul dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah.

4.  Jilid (jika berkenaan), diikuti dengan tanda noktah.

5.  Edisi dan cetakan (jika berkenaan), diikuti dengan tanda noktah.

6.  Tempat terbit (t.t. sekiranya tiada nama tempat terbit)diikuti dengan tanda titik bernoktah.

7.  Nama penerbit, diikuti dengan tanda noktah.

 

Contoh: Al-Ghazāliyy, Muḥammad Ibn Muḥammad, t.t. Iḥyā’ ‘Ulūm al-Dīn. t.t.: Maṭba‘aṯ ‘Īsā al-Bābiyy al-Ḥalabiyy.

Panduan untuk menulis bibliografi mengikut gaya penerbitan DBP, tuan/puan boleh merujuk Gaya Dewan Edisi Keempat (2024) terbitan Dewan bahasa dan Pustaka.

Lain-lain25.11.2024
Salam 1Malaysia Bagaimanakah caranya untuk menulis rujukan atau bibilografi untuk rujukan yang diperolehi dari: 1. Surat khabar 2. Laman sesawang 3. Majalah Terima kasihContoh penulisan bibliografi:
1. Samad Ahmad, "Santun Berbahasa". Berita Harian, 11 November 2013..
2. Samad Ahmad, 2013. "Santun Berbahasa". www.dbp.gov.my.
3. Samad Ahmad, "Santun Berbahasa". Dewan Budaya, Ogos 2013.
Lain-lain08.01.2014
Assalamualaikum, 1.Yang mana patut saya tulis, dimuat turun atau dicapai apabila saya menggunakan sumber internet sebagai rujukan dalam menyiapkan tugasan saya pada bahagian rujukan/bibliografi? 2. Adakah kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang berbeza?Memindahkan data atau menyalin data daripada Internet ke dalam fail komputer lain disebut memuat turun data, bukan capai/akses data, iaitu melihat data dalam komputer yang sama.Tatabahasa28.04.2012
Bagaimana untuk menulis bibliografi seperti berikut? Al-Hajjaj, Abul Husain Muslim, 2009. Adab Makan dan Minum serta Hukum-hukumnya 1. Hadis tentang Bab Minuman (Shohih Muslim) (14121).Al-Hajjaj, Abul Husain Muslim, 2009. Adab Makan dan Minum serta Hukum-hukumnya 1. Hadis tentang Bab Minuman. Shohih Muslim. 14121.


Ejaan07.08.2015
Salam, Apakah yang dimaksudkan dengan "redaktur ahli" yang biasanya wujud dalam bibliografi bahasa Indonesia? Sekian, terima kasih.Untuk makluman, perkataan "redaktur ahli" tidak ada dalam pangkalan data DBP. Dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia, redaktur bermaksud 1. orang yang menangani bidang redaksi  2. pemimpin (ketua atau penerbit) surat khabar dan sebagainya.Makna24.01.2014
12

Kembali ke atas