Assalamualaikum.apakah ungkapan menarik yang sesuai utk ganti tajuk kata alu-aluan dalam majalah sekolah..contoh bicara cendekia/bicara/amanat pemimpin..ataupun ada ungkapan lain.terima kasih | Waalaikumsalam. Ketiga-tiga ungkapan "bicara cendekia/bicara/amanat pemimpin" boleh digunakan sebagai kata alu-aluan atau ungkapan dalam majalah sekolah. | Lain-lain | 14.03.2015 |
maksud bagi Bual Bicara? | Kalau dilihat dari sudut kata, bual bermaksud: borak. Manakala bicara pula bermaksud: pendapat, fikiran, akal budi, muslihat dll. Frasa 'bual bicara' pula membawa maksud: perbincangan mengenai sesuatu pendapat atau buah fikiran. | Makna | 23.04.2009 |
Mohon pihak DBP berikan jawapan untuk mengelakkan kekeliruan. Ayat & perkataan manakah yang betul? 1. bicara bukan SEBARANG bicara 2. dia bukan orang SEMBARANGAN Saya keliru untuk menggunakan perkataan SEBARANG, SEBARANGAN, SEMBARANG & SEMBARANGAN. | Merujuk Kamus Dewan, sebarang bermaksud a) bukan yang biasa sahaja; b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dan lain-lain); c) bukan apa-apa; sebarangan lazimnya digunakan dalam istilah bagi padanan arbitrary dalam bahasa Melayu; sembarang bermaksud apa-apa atau sesiapa saja; asal saja; juga bermaksud sebarang; dan sembarangan bermaksud tidak dengan usul periksa; dengan begitu saja; tidak dengan pilih-pilih lagi. Berdasarkan maksud yang diberikan kedua-dua ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 07.01.2011 |
Sekiranya kami menjemput seorang sahaja tamu (VVIP) untuk menjadi orang yang berucap dalam satu Program Bual Bicara, apakah kata nama yang sesuai untuk beliau? adakah kata nama Pembual Bicara itu tidak sesuai? atau Panel? atau Tamu Bual Bicara? Pengucap Utama ? Terima kasih | Tetamu dalam program bual bicara masih digelar tetamu dan jika seorang VVIP yang diundang lazimnya yang diuar-uarkan sebagai tetamu istimewa. | Istilah | 12.04.2013 |
Tolong terangkan maksud 'Bicara Berirama' (salah satu program dalam BBSN),contoh skripnya dan cara penyampiannya. | Bicara berirama ialah bercakap atau berkata menggunakan bahasa berirama dalam nada suara panjang atau pendek dengan bunyi yg teratur. Atau turun naik bunyi yg teratur pd lagu dll, rentak gaya, tingkah, ragam atau rentak. Mengenai skrip yg dinyatakan, bicara berirama ini bukan sahaja boleh diaplikasikan pada teks ucapan, bahkan sewaktu menyampaikan syair, pantun, gurindam dan lain-lain.Kebiasaannya seseorang yang menggunakan bicara berirama akan memastikan intonasi suara, irama, lenggok bahasa dan kepetahan disatukan dalam menyampaikan sesuatu teks itu. Ini juga bergantung pada latihan yang dilakukannya. Terima kasih. | Tatabahasa | 23.10.2008 |
As salam. Kami sedang menaik taraf beberapa bilik dengan menamakan bilik tersebut. Salah satunya ialah BICARA PENDETA ZA'BA. 1. Adakah nama tersebut sesuai dari segi maksud dan ejaannya. 2. Adakah perlu diletakkan perkataan BILIK dihadapannya. Mohon respon. | Nama BICARA PENDETA ZA'BA yang digunakan ini adalah betul ejaannya dan sesuai sahaja untuk digunakan bagi menamakan sesebuah bilik. Tuan/puan boleh sahaj meletakkan perkataan Bilik bagi menerangkan sesuatu nama bilik tersebut seperti BILIK BICARA PENDETA ZA'BA. Jika dewan boleh juga diletakkan perkataan DEWAN BICARA PENDETA ZA'BA. | Lain-lain | 18.03.2016 |
apakah istilah atau ayat yang sesuai digunakan bagi menggantikan perkataan kata alu-aluan untuk penerbitan sesebuah buku cenderamata selain daripada sekapur sirih, seulas pinang, secubit gambir? | Cadangan lain ialah perutusan, petikan kata, sebait madah, sepatah bicara, dan pembuka bicara. | Lain-lain | 25.01.2008 |
salam...tuan/puan,,perkataan budi bicara dieja dengan jarak,,,tetapi dengan ada imbuhan -nya;bagaimanakah ayat itu dieja??terima kasih | Puan Nurul, Perkataan budi bicara apabila menerima imbuhan -nya dieja sebagai budi bicaranya. | Ejaan | 23.06.2010 |
Salam. Harap pihak tuan/puan dapat mengesahkan pengejaan perkataan di bawah: - BUDIBICARA / BUDI BICARA - BERTANGGUNGJAWAB / BERTANGGUNG JAWAB - WARGANEGARA / WARGA NEGARA - TATASUSILA / TATA SUSILA - BERPUASHATI / BERPUAS HATI Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul : budi bicara; bertanggungjawab; warganegara; tatasusila; berpuas hati. | Ejaan | 13.11.2009 |
Salam sejahtera., Saya merupakan penganjur program Bual Bicara Ilmu di Miri pada 23/6/2018 nanti. Saya ingin memohon sumbangan dalam bentuk bahan bacaan (Kamus Dewan) untuk diberikan kepada 10 orang peserta daam Slot Cabutan Bertuah. Kami amat berterima kasih sekiranya pihak tuan sudi menaja Kamus Dewan kepada peserta yg bertuah tersebut sebagai tanda menghargai kehadiran mereka. Sebagai tanda penghargaan, kami akan memasukkan logo syarikat tuan ke dalam sijil penyertaan dan buku penghargaan program kami nanti. Sebarang pertanyaan, sila hubungi saya di no.telefon : 0168332757. Sekian, terima kasih. Makluman program kami adalah seperti di bawah : | Wassalam Puan. Berhubung dengan permohonan puan untuk mendapatkan tajaan Kamus Dewan, saya mencadangkan agar pihak puan menyatakan hasrat tersebut menerusi surat rasmi kepada DBP dan dilampirkan sekali kertas kerja program berkenaan. Surat hendaklah ditujukan kepada Ketua Pengarah DBP dan e-mel kepada saya/03-21479485 (Shahrulnizam@dbp.gov.my) atau Encik Faisal/03-21479487 (muhdfaisal@dbp.gov.my) untuk tindakan kami. Untuk makluman awal, stok untuk cenderamata amat terhad dan pihak kami mengucapkan terima kasih atas pelawaan puan untuk menjadi rakan penganjur program Sekian terima kasih. | Lain-lain | 16.05.2018 |