Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.dang] | بيدڠ

Definisi : 1. permukaan yg datar (batasnya tertentu): maka seludang mayang itu menjadi gong, Jeming namanya, ~nya menjadi pedang; 2. ukuran lebar sesuatu (spt kain, tikar, dll): kain ini ~nya 39 inci atau satu meter; 3. lebar: dadanya ~; 4. ukuran panjang (kira-kira lima hasta): dua ~; 5. penjodoh bilangan bagi benda yg luas (spt tanah dsb): di tengah-tengah se~ sawah; 6. kegiatan yg diceburi, lapangan: berkecimpung dlm ~ seni lakon; 7. bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan dsb) yg tertentu, lapangan, jurusan: melanjutkan pelajaran dlm ~ kejuruteraan awam; 8. bahagian drpd permukaan sesuatu yg datar dan mempunyai keluasan yg tertentu: kotak itu mempunyai enam ~; ~ kuasa ketentuan-ketentuan yg menyatakan sejauh mana atau sebanyak mana kuasa yg ada pd atau yg boleh digunakan oleh seseorang; ~ tugas butir-butir mengenai tugas seseorang; membidangkan membentangkan (kulit dll) pd bingkai; ~ dada membusungkan dada; bidangan ark bidang, petak; pembidang, pembidangan bingkai (tempat membentang kulit, gambar, dll): ~ sebuah gambar harganya drpd harga gambar itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.dang] | بيدڠ

Definisi : sl sj perahu perang: maka segala lancang kenaikan baginda pelang peraduan, jong pebujangan, ~ kekayuhan serta jong penanggahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.dang] | بيدڠ

Definisi : 1 bahagian drpd sesuatu yg datar lagi tertentu luasnya: Kotak itu enam ~nya. 2 terbuka dgn lebar; luas: Dadanya ~. 3 ukuran panjang yg besarnya lebih kurang 5 hasta: Berapa ~nya tikar ini? 4 penjodoh bilangan utk benda-benda yg luas spt layar, tanah: Saya memiliki dua ~ tanah sawah di kampung. 5 sesuatu jurusan ilmu pengetahuan, penyelidikan dsb yg diikuti; lapangan hidup yg dijalani: Kita masih ketinggalan dlm ~ ekonomi. ~ kuasa kuasa yg telah ditetapkan batasannya dan diberikan kpd sesebuah badan kerajaan atau pejabat sesuatu jawatan utk membolehkannya menjalankan tugas dgn berkesan. membidangkan 1 membentangkan kulit (belulang dsb) dgn bingkai. 2 mengelompokkan sesuatu mengikut bidang (lapangan dsb) yg sama. 3 membuat jadi bidang; melebarkan: ~ dada membusungkan dada. pembidangan perbuatan atau hal membidangkan; pengelompokan mengikut bidang (lapangan) yg sama. pembidang bingkai tempat membentangkan atau tempat meregangkan kulit (kain tenunan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bidang

Puisi
 

Senggarang Batu Pahat,
     Emak garang bapa jahat;


Lihat selanjutnya...(1000)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hi, Adakah matematik kata nama am?Menurut data kami, ejaan bagi nama bidang seperti bidang sains, bidang matametik dan sebagainya harus dieja menggunakan huruf kecil kerana ia merupakan kata nama am kecuali nama mata pelajaran perlu dieja dengan huruf besar kerana merupakan nama khas.Lain-lain17.07.2017
Tuan yang berkenaan, Apakah terjemahan yang betul untuk istilah 'Cloud Computing' dan 'Cloud Services' bagi bidang komputer/IT? Saya telah mencari di dalam Carian Kata namun gagal menjumpainya. Terima kasih

Belum ada lagi istilah cloud dalam bidang Komputer atau Teknologi Maklumat, manakala dalam bidang-bidang lain seperti Fizik, Kejuruteraan dan Komunikasi istilah cloud diterjemahkan kepada awan. Berdasarkan istilah tersebut kami cadangkan padanan cloud computing dan cloud services ialah pengkomputeran awan dan servis awan.

Istilah17.08.2011
Adakah wujud istilah survival dalam Bahasa Malaysia kerana kebelakangan ini sering saya temui istilah ini dalam petikan Bahasa Melaysia.Istilah survival diterima dalam bidang perubatan seperti cumulative survival probability diterjemahkan kepada kebarangkalian survival kumulatif. Walau bagaimanpun dalam konteks umum dan bidang-bidang lain perkataan survival diterjemahkan mengikut konteks penggunaannya. Untuk maklumat lanjut, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=survival.Istilah20.04.2012
Tuan, antara "bidang bahasa" dengan "bidang kebahasaan", frasa manakah lebih tepat?

Bidang bahasa ialah bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan) yang berkaitan dengan bahasa, lapangan bahasa, jurusan bahasa. Contoh ayat: Ali melanjutkan pelajaran dalam bidang bahasa. Perkataan kebahasaan ialah hal yang berkaitan dengan bahasa, contohnya ayat: Soal-soal kebahasaan dibincangkan dalam seminar itu; meninjau masalah-masalah kebahasaan.

Makna06.02.2015
tuan, bidang mengkarya adalah salah, dan sepatutnya digantikan dengan apa?

Antara maksud bidang termasuklah  bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan dan sebagainya) yang tertentu, seperti  bidang kejuruteraan awam dan bidang sejarah. Tidak ada kata terbitan mengkarya, yang ada ialah berkarya, perkaryaan dan pengkaryaan. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan makna setiap perkataan dan sesuaikan dengan konteks ayat atau maksud yang hendak disampaikan. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16.

Tatabahasa15.08.2011
apakah maksud keamatan moral(moral intensity)Mengikut data kami dalam bidang kebanyakan bidang termasuk psikologi,  intensity diterjemahkan sebagai keamatan namun ada istilah tertentu menggunakan perkataan intensiti. Frasa moral intensity tidak ada dalam pangkalan data kami. DBP mencipta istilah dan memberikan padanan istilah berpandukan maksud istilah dalam bahasa sumber tetapi kami tidak mengubah maksud istilah dalam bahasa sumber tersebut.Istilah01.01.2015
Says terjumpa rangkaian kata 'bidang tujahan pertahanan dan keselamatan' dalam majalah Dewan Masyarakat edisi Julai 2015 di muka Surat 11. Setelah merujuk kamus dewan saya dapati ada ketidaksesuaian penggunaan perkataan ' tujahan'. Apakah sebenarnya maksud perkataan ini? Terima kasih.Bidang tujahan ialah bidang kepakaran utama atau bidang pengkhususan. Kata bahasa Inggeris yang sama erti ialah "niche" atau dalam konteks semasa selalu dituliskan sebagai "niche area".Penyemakan dan penterjemahan14.07.2015
Assalamualaikum. Saya ingin memohon pengambilan Munsyi Dewan (Bahasa) 2018.Bidang pengajian pendidikan awal kanak-kanak (Sarjana muda) bidang pengurusan pendidikan(sarjana) bidang pengajian saya di maktab perguruan sandakan(pendidikan awal-kanak-kanak / Bahasa Melayu sekolah rendah.soalan saya adakah saya berkelayakan untuk memohon pengambilan Munsyi dewan ini.Bagaimana caranya.Sekian terima kasihWaalaikumsalam. Pertamanya kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih tentang hasrat dan minat puan untuk menjadi Munsyi Dewan. Sehubungan itu, bagi mendapatkan maklumat yang tepat berhubung tatacara untuk memohon menjadi Munsyi Dewan, puan diminta menghubungi Encik Mohd. Jusoh bin Majid menerusi talian telefon: 03-21470210/019-2744848 atau menerusi e-mel: jusoh@dbp.gov.my.

Sekian.
Lain-lain21.03.2018
TERJEMAHAN Terdapat beberapa laman web yang menterjemahkan 'setting' kepada 'seting' sbg contoh: http://www.microsoft.com/windowsphone/ms-my/howto/wp7/start/recommended-settings-in-phone-setup.aspx Pandangan DBP dialukan.Dalam daftar istilah DBP bidang Kesusasteraan dan Komunikasi Massa yang menerima pakai seting sebagai padanan daripada setting, manakala  bidang-bidang lain menerima pelbagai istilah yang sesuai mengikut konteks dan penggunaan seperti pengesetan, latar dan persekitran. Untuk mendapatkan maklumat lanjut lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=setting.Istilah08.03.2012
Bidang matematik: Apakah kata berganda untuk segi empat tepat atau segi tiga? Adakah 'contoh, Luas segi empat tepat - segi empat tepat itu ' atau 'Luas segi-segi empat tepat itu '? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah segi-segi empat dan segi-segi tiga.Lain-lain07.08.2018
12345678910...

Kembali ke atas